13 Mac, 2014

Jerebu Di Kuala Lumpur Petang Ini.

12 ulasan
...السلام عليكم


Ingatkan pagi tadi jerebu di Kuala Lumpur dah teruk dah... tapi rupa²nya petang nie lagi teruk...



Jerebu Di Kuala Lumpur Petang Ini.
Pagi tadi...

Jerebu Di Kuala Lumpur Pagi Ini.

15 ulasan
...السلام عليكم


Semalam jerebu di Kuala Lumpur bermula lagi... tapi pagi nie semakin teruk... jarak penglihatan juga semakin terbatas...



Jerebu Di Kuala Lumpur Pagi Ini.
Dataran Merdeka


Di Dataran Merdeka, kebiasaannya bangunan yang belakang² tu boleh jelas kelihatan... tapi pagi nie dah tak nampak dah...



12 Mac, 2014

Nabihan Semakin Sihat.

13 ulasan
...السلام عليكم



Nabihan Semakin Sihat.


Semenjak dari kisah Nabihan sakit tempohari... ramai yang bertanyakan tentang perkembangan kesihatan Nabihan... Alhamdulillah... Nabihan dah sihat walaupun batuk² kecil masih ada... kerana treatment antibiotiknya hanya akan berakhir pada esok hari... dia pun dah bersekolah semula... 



Walaubagaimana pun rabu minggu depan kami kena bawa dia semula ke HUKM untuk rawatan susulan berikutan ada benjolan kecil di leher sebelah kirinya... harap² hanya benjolan biasa saja...

11 Mac, 2014

Pulanglah MH370.

12 ulasan
...السلام عليكم


Seluruh dunia sedang menanti kepulangan mu wahai MH370... pulang lah...
Rungkaikanlah misteri ini Ya Allah...
Pulangkanlah mereka kepada kami Ya Allah...
Walau dengan apa keadaan sekalipun... kami Redha......



Pulanglah MH370.
Source : facebook



Kronologi Kehilangan MH370

Mac 08, 2014 12:41am
- MH370 berlepas dari KLIA menuju ke Beijing.


07 Mac, 2014

Nabihan Demam Kuat Tiba-Tiba.

18 ulasan
...السلام عليكم


Semalam... merupakan hari yang penuh dugaan buat idah sekeluarga... 



Tengahari dalam lebih kurang jam 12 tengahari... idah di pejabat dan dapat call dari hubby... katanya sekolah Nabihan call dia dan mengatakan yang Nabihan demam kuat sampai menggigil²... so idah suruh dia balik dulu tengok Nabihan... kalau dia ambil idah lagi lambat jadinya kan...




Ermm... malam tadi ok jerr... pagi² bangun pegi sekolah pun dia okay jerr... badan dia tak panas pun dan dia pun ceria seperti biasa jerrr... kenapa tiba² jer boleh demam sampai menggigil yerr... fikir idah...


Semasa on da way balik tu... hubby talipon sekolah lagi... suruh sekolah masukkan ubat bontot dulu... tapi cikgunya kata tak ada ubat kat sekolah... ;( ... pastu hubby suruh cikgunya ambil suhu Nabihan... cikgunya kata... tiada penyukat suhu di sekolah... uwarrghhh... sekolah punya la bayar mahalll... tapi tak ada emergency support... huhhh..! kemudian hubby suruh cikgunya hantar Nabihan ke klinik berdekatan... tapi cikgunya kata nak tunggu parents datang juga... noo... kena hantar dulu.. sementara menunggu kami sampai... segala perbelanjaan kami akan tanggung kata hubby... akhirnya cikgunya pun akur dan menghantar Nabihan ke klinik berdekatan...


Sesampai hubby di klinik... doktor kata semasa Nabihan datang suhunya 41 darjah... doktor dah beri Nabihan 2 dos ubat di bontot tapi sudah hampir sejam suhu turun terlalu perlahan... doktor arahkan hubby bawak Nabihan ke hospital yang berdekatan... hubby call idah... dan idah minta hubby bawa Nabihan ke PPUM... tapi doktor tak galakkan kerana katanya jauh dan takut semasa dalam perjalanan suhu akan meningkat naik lagi... so hubby pun buat keputusan bawa Nabihan ke KPJ Kajang...



Nabihan Demam Kuat Tiba-Tiba.

04 Mac, 2014

Mencari Nama Di Tapak Tangan.

20 ulasan
...السلام عليكم



     Meriah pagi nie di office idah nie... bilamana Cik Project Admin kami datang dan menunjukkan sample t-shirt yang akan majikan berikan kepada kami... sample tu untuk pilih saiz jer... :D



Mencari Nama Di Tapak Tangan.

Inilah rupa t-shirt yang bakal diberikan kepada kami... nama setiap staf ada tertulis disitu... nampak tak nama akak??? :D besar tue.. hehehe... sorry ditengah² tu adalah nama syarikat yang terpaksa di sensed... harap faham kayy...! :D


03 Mac, 2014

Jualan Amal Al-Waasi' @ Car Boot Sale Puncak Jalil.

18 ulasan
...السلام عليكم


Jualan Amal Al-Waasi' untuk pertama kalinya telah diadakan pada 23 Februari 2014 yang lalu... dimana kami memilih Car Boot Sale, Puncak Jalil sebagai lokasi percubaan kami... di sini tiada sebarang bayaran tapak dikenakan... percumaa... :D dan bermula dari seawal jam 7 pagi hingga 12 tengahari setiap hari ahad... hanya barangan terpakai sahaja yang dibenarkan diperniagakan di sini... makanan dan minuman tidak boleh dijual...



Awal² pagi lagi idah dan teman² dah sampai untuk memilih lokasi yang strategik untuk kami berniaga... ini pengalaman pertama dalam hidup idah berniaga secara serius dan membuat jualan amal... :D hehe.. terujaaa dan suspen bercampur baurr :D... 



Jualan Amal Al-Waasi' @ Car Boot Sale Puncak Jalil.

Kami mengambil 2 tapak dengan menggunakan 2 buah kereta...

28 Februari, 2014

Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh.

17 ulasan
...السلام عليكم



Semasa idah ke Pagoh, Johor... dalam program Insan Prihatin Warga Emas tempohari... rupa²nya tidak jauh dari rumah yang kami tinggal itu adalah terletaknya Makam Sultan Alauddin Riayat Shah... makam ini terletak di Kampung Raja, Pagoh, Johor...




Terlanjur dah terlalu dekat tu... kami singgah juga walaupun hanya seketika...



Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh.

Sultan Alauddin Riayat Shah adalah sultan Melaka yang ketujuh, memerintah dari tahun 1477 hingga 1488. Sultan Alauddin memerintah kerajaan Melaka selama kira-kira 11 tahun. Baginda merupakan sultan yang bijaksana dan tidak terlalu bergantung kepada Bendahara Tun Perak di dalam mentadbir negeri. 

27 Februari, 2014

Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

19 ulasan

...السلام عليكم


Apa saja yang kita ada... tidak baik lokek... itu pesan mak dulu... sedikit sama dirasa... banyak sama dikongsi... pengalaman yang kami timba dalam membantu golongan gelandangan... kami turut berkongsi dengan persatuan² dan sahabat² yang lain... kami ingin mereka juga merasakan apa yang telah kami rasa disaat menghulurkan sedikit bantuan kepada golongan ini... kami suka berkongsi pengalaman kami dengan sesiapa saja....


Alhamdulillah... pada jumaat lepas 21 Februari 2014... sebuah persatuan kebajikan yang lebih kepada kebajikan untuk ahli² dan penduduk sekitarnya yang menggelarkan pertubuhan mereka sebagai Persatuan Sahabat Jiwa Murni... telah melantik idah dan skuad Al-Waasi' sebagai perancang dan sekaligus mengetuai rombongan persatuan mereka untuk turut sama² membantu golongan gelandangan ini di sekitar kuala lumpur...






Ziarah Gelandangan

24 Februari, 2014

Tidak Semudah Yang Disangka

26 ulasan
...السلام عليكم


Apa khabar rakan² sekelian?... ermm.. idah? alhamdulillah sihat seadanya... cuma semenjak dua menjak nie kesibukan ada sedikit melanda... :D sampaikan belog pun dah nak bersawang tak dikemaskini... hehehe....


Ini semua gara² Al-Waasi'... Semenjak pertubuhan Al-Waasi didaftarkan... rutin kehidupan dah jadi carca marba dah... masa rehat untuk diri sendiri pun kadang² terpaksa curi²... ku ingatkan selepas pendaftaran diluluskan... kerja akan menjadi lebih mudah... rupa²nya ianya tidak semudah yang disangka....




Tidak Semudah Yang Disangka


19 Februari, 2014

Kelulusan Pendaftaran Persatuan Kebajikan Al-Waasi

21 ulasan
...السلام عليكم


Kelulusan Pendaftaran Persatuan Kebajikan Al-Waasi


Semalam merupakan hari yang sungguh bermakna bagi idah dan rakan² Al-Waasi apabila persatuan kebajikan yang kami daftarkan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)… horaaayyy!!... :D



18 Februari, 2014

I'm Back.

10 ulasan
...السلام عليكم



I'm Back


Ahha... hampir seminggu juga blog ini di tinggalkan oleh tuannya... hampir bersawang juga laaa... hehehe... ermm... boss janji dipinjamkan sampai jumaat lepas jer... rupa²nya terlajak sampai ke isnin... apa pun tak per la... kerja² pun dah selesai... so i'm back to my own station now... :D





12 Februari, 2014

Sepanjang Minggu Ini

20 ulasan
...السلام عليكم




Minggu ini merupakan minggu yang sibuk untuk idah... ini adalah kerana idah dipinjamkan oleh syarikat tempat idah bekerja ke projek lain... ada misi yang perlu dilaksanakan...



Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberjaya


Sepanjang minggu ini bermula semalam idah akan berada di sini... Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberjaya... rakan² yang berada berdekatan kawasan nie boleh la kita lunch samaa.. :D



Terima kasih kepada rakan² yang sudi datang ziarah disini... insyaallah selesai semua kerja² dan jika ada waktu terluang akan idah balas kunjungan kalian kay...


Semuga kalian ceria² selalu... :D


✿◕ ‿ ◕✿

10 Februari, 2014

Sumbangan 40 Kotak Barangan Terpakai.

22 ulasan
...السلام عليكم


Alhamdulillah... semenjak kumpulan kebajikan kami beroperasi... ini adalah merupakan sumbangan terbesar yang kami terima... sumbangan ini adalah dari pihak Pusat Komuniti JIM yang merupakan 40 kotak pelbagai barangan terpakai... antaranya pakaian wanita, lelaki, kanak², tudung, telekung, sejadah, pakaian dalam (baru) dan macam² lagi...




Sumbangan 40 Kotak Barangan Terpakai.


08 Februari, 2014

Diskaun Saman Trafik DBKL.

21 ulasan
...السلام عليكم


Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2014 baru² ini,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberikan diskaun kompaun kadar rata RM30 bagi semua kesalahan trafik.




Pemberian diskaun ini bermula dari 
01 Feb 2014 hingga 08 Mac 2014.




07 Februari, 2014

Pemberian Tahun Baru Cina.

16 ulasan
...السلام عليكم


Malam tadi... jiran sebelah yang berbangsa cina datang ke rumah... dengan di tangannya penuh buah tangan sempena Tahun Baru Cina... :D







Segmen Jom Beramah Mesra

19 ulasan
...السلام عليكم


Segmen Jom Beramah Mesra
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Renungan Jumaat #8 : Lakukanlah Kebaikan.

9 ulasan
...اسلام عليكم 



Salam jumaat rakan² sekelian.... 
Peringatan bagi diriku dan semua... :)

Lakukanlah sebanyak mana kebaikan selagi hayat dikandung badan.




Lakukanlah segala kebaikan sekecil apa pun




Renungan Jumaat #8 : Lakukanlah Kebaikan.


✿‿✿‿✿‿✿‿✿‿✿‿✿


06 Februari, 2014

Riadah Cuti Tahun Baru Cina

15 ulasan
...السلام عليكم


Jumaat lepas adalah merupakan cuti sempena Tahun Baru Cina... mesti ramai yang bawa keluarga pergi bercuti atau pulang ke kampung kan... sebab KL lengangggg... :D




Idah dan family... tak kemana pun... tahun ini segala percutian dibekukan sehingga hujung tahun... sebab Atikah akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini... so kena sacrifice sikit laaa.. :D



Bagi mengisi waktu yang terluang... idah bawa anak² melakukan aktiviti kesukaan mereka iaitu berenang... :D ... berjanji dengan kakak idah dan anak²nya juga... berjumpa di tempat biasa kami berenang... Hotel Palace Of The Golden Horses... tak jauh pun dari rumah kami... 




Kolam Renang

Sampai²... cop meja tempat letak barangan... cuaca pun baik hari nie...



Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..

24 ulasan
...اسلام عليكم 


 Ramaikan Follower, Raikan Ukhwah

Dah nak tamat tempoh baru nak join... hehehe.. ketinggalan zaman betul idah nie... :D
Tak pe la... janji join support rakan² blogger lain kan... syaratnya pun mudah ajerrr... 

Jom join segmen Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah..!


Syarat-syarat :

1. Follow Lorong Cinta
2. Buat Entri  Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..
3. Tampal Banner dan link kepada Lorong Cinta
4. Copy URL dan Paste dalam ruangan komen
5. Bermula 7 Januari dan berakhir 7 Februari 2014

(。◕‿◕。)


05 Februari, 2014

Tanpa Bicara #10 : Cabaran Ke Sekolah

26 ulasan
...السلام عليكم



Tanpa Bicara #10 : Ke Sekolah


✿◕ ‿ ◕✿


Segmen Blogger's Birthday by Invisible Me

6 ulasan
...اسلام عليكم 



 Segmen Blogger's Birthday by Invisible Me


Pagi nie baru terperasan yang blogger IM ada menganjurkan Segmen Blogger's Birthday... :D


Setiap peserta perlu meletakkan apa yang diinginkan dan tarikh lahir...

Yang Diinginkan : World Peace
Lahir :  29 September

Yang nak turut serta boleh klik SINI ... jomm! :D



04 Februari, 2014

Selamat Hari Lahir Ke 9 Nuqman

15 ulasan
...اسلام عليكم 



Entry ni idah terlambat buat... maklum jer la.. ibunya sibukkk... hehehe... tapi apa pun ibu still tak lupa kay... :D




Selamat Hari Lahir Ke 9 Nuqman



01 Februari, 2014

Giveaway Santai Hunyeda

9 ulasan
...اسلام عليكم 



Selamat berhujung minggu semua... :D hari ni idah ada mood dan nak join Giveaway Santai Hunyeda yang dianjurkan oleh Blogger Comel Hunyeda...



 Giveaway Santai Hunyeda


31 Januari, 2014

Penghargaan Kepada Blog Relaks Minda

16 ulasan

...اسلام عليكم  



Salam sejahtera dipetang jumaat yang penuh barakah ini... rasa sunyi jer di alam maya hari ini... mungkin kerana ramai yang pergi bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan memandangkan cuti yang panjang pada hujung minggu ini... :)



Penghargaan Kepada Blog Relaks Minda



Pada 2 jumaat yang lalu... menerusi segmen Komen Entry di blog Relaks Minda... admin blog tersebut yang ingin dikenali sebagai Bin Muhammad telah membuat sedikit ulasan berkenaan Entry idah berkenaan Gelandangan... iaitu 'Makanan Untuk Gelandangan' dan 'Gelandangan?' ...



30 Januari, 2014

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 3 ~ Kasihi Warga Emas

6 ulasan
...اسلام عليكم 



19 January 2014.





Hari ni merupakan hari terakhir kami di Pagoh, Johor... masih ada tugas yang perlu dilaksanakan... awal pagi semua dah bersedia untuk meneruskan misi untuk hari ini... :)




Sebelum meninggalkan rumah yang kami tumpangi itu... kami kemaskan dahulu... bersihkan apa yang patut... sudah adat orang kita kan... lepas gunakan barang orang kena la pulangkan semula dengan keadaan yang baik... :)





Perkarangan rumah
Kenangan terakhir di perkarangan rumah yang kami tumpangi...



29 Januari, 2014

Tanpa Bicara #9 : Getah

18 ulasan
...السلام عليكم


Pokok, Mangkuk & Susu Getah



Mesin Penggelek Getah


✿◕ ‿ ◕✿


28 Januari, 2014

Review Blog bersama Fara (PART1)

14 ulasan

Assalamualaikum...



Petang nie acikidah nak join segmen anjuran blogger huda... tak pernah ke blog dia sebelum nie :) ... segmen nie simple jer.. idah memang suka kalau segmen yang simple² macam nie... tak libatkan twitter atau facebook... :D


Kepada yang nak join sama boleh klik pada banner dibawah yer... :)


Tarikh tamat segmen ni ialah pada 
28 Jan 2014, pada jam 10 malam.

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Jejak Warga Emas

13 ulasan
...السلام عليكم


Alhamdulillah niat utama kami untuk menziarahi Pakcik Yani sekeluarga di Muar telah termakbul... seterusnya kami pada awalnya telah memilih beberapa warga emas lagi di sekitar Pagoh untuk disampaikan sumbangan yang diberikan oleh para penyumbang...



Bergerak dari rumah Pakcik Yani, kami terus ke medan selera di tengah bandar Muar untuk makan tengahari. Macam² adaa... mee bandung muar dan rojak petis antara menu yang popular di sini...





Jejak Warga Emas

Sabar menunggu makanan... dah kebuloq nie.... :D



24 Januari, 2014

1st Mini Giveaway By Ainim Rashihah

19 ulasan

" Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


1st Mini Giveaway By Ainim Rashihah

Renungan Jumaat #7 : Bersedekah.

15 ulasan
...السلام عليكم


Salam jumaat rakan sekelian.... semoga segala apa yang kita lakukan pada hari ini akan lebih baik dari semalam.... dan selamat berhujung minggu... :)



Renungan Jumaat #7 : Bersedekah.



23 Januari, 2014

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.

22 ulasan
...السلام عليكم


18 January 2014.


Hari kedua kami di Pagoh... selesai solat subuh berjemaah bersama rakan²... dan minum pagi ringkas sandwich sardin dan air kopi yang kami masak sendiri... rakan² lelaki Rafizal, Eical dan hubby memeriksa dan memuatkan barangan yang perlu dibawa ke dalam kereta...




Niat kami hari ini adalah untuk menjejak keluarga kurang bernasib baik Encik Ghani @ Yani di Muar dengan hanya berbekalkan nama kampung sahaja tanpa alamat lengkap yang kami perolehi dari artikel di Sinar Harian... agak mencabar juga... tapi kami saling meyakini antara satu dengan lain... insyaallah Allah akan bantu kita...


22 Januari, 2014

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar ~ Day 1

22 ulasan
...السلام عليكم



Kita sering merungut makanan tidak enak... penghawa dingin yang tidak cukup sejuk... rumah yang sempit... kos sara hidup yang tinggi dan banyak lagi rungutan demi rungutan... tapi... tanpa kita sedari di kala kita sedang menikmati segala kesenangan dan kemewahan hidup ini... masih ada diluar sana yang kehidupan mereka umpama kais pagi makan pagi... kais petang makan petang... setiap saat memikirkan bagaimana untuk menghadapi hari esok...



Pada December 2013 yang lalu, di dalam akhbar sinar harian... idah telah terbaca kisah kehidupan sebuah keluarga yang kurang bernasib baik di Muar, Johor... sungguh daif kehidupan mereka... umpama sudah jatuh ditimpa tangga... suaminya yang merupakan tonggak utama keluarga jatuh sakit pula...




Mengenangkan kisah kesusahan mereka ini... idah dan rakan² Team Insan Prihatin (TIP) terpanggil untuk menjejak keluarga malang ini untuk melihat sendiri akan kehidupan sebenar mereka ini sekaligus menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban dan menggembirakan sedikit hati mereka...


 https://www.sinarharian.com.my/dapur-rumah-tanpa-dinding-1.232767


20 Januari, 2014

Hari Ini Saya Demam.

19 ulasan
...السلام عليكم


Salam semua... 3 hari tak update belog terasa rindunyaa... walaupun hari ini idah tak berapa sihat tapi ku gagahkan juga untuk menulis di sini.. :)



3 hari cuti... bagaimana rakan² habiskan cuti kalian? tentu melakukan sesuatu yang menyeronokkan bukan... :D... begitu juga idah... 3 hari yang penuh bermakna dalam hidup ini untuk permulaan tahun 2004 ini... nanti kemudian idah kongsikan yerr... :)



Sijil Cuti Sakit



16 Januari, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014.

17 ulasan
...السلام عليكم



Sambutan Maulidur Rasul 2014 : Perarakan

Hari selasa kelmarin, masjid sebelah sekolah KAFA Atikah & Nuqman buat sambutan Hari Maulidur Rasul... mereka menjemput semua guru², murid² dan juga ibubapa untuk sama² meraikannya... Acara bermula dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi...




15 Januari, 2014

Tanpa Bicara #8 : Pokok Cili Ku.

18 ulasan
...السلام عليكم



Tanpa Bicara #8 : Pokok Cili Ku.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Salam Maulidur Rasul 1435H/2014.

13 ulasan
...السلام عليكم




Salam Maulidur Rasul 1435H/2014.




Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW... 




Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul kepada semua
kaum keluarga dan sahabat handai sekelian... 



Semuga kita semua menjadi umat yang senantiasa
menghidupkan sunnah baginda...♥



13 Januari, 2014

Makanan Untuk Gelandangan.

14 ulasan
...السلام عليكم



Pada sabtu malam (11 january 2014) yang lalu , team misi kemanusiaan kami meneruskan lagi program #Makanan_Untuk_Kehidupan... dan ini merupakan program pertama kami bagi tahun 2014... :)



Bagi program pada malam itu, team Azizi Anas Society Group (AASG) telah berkolaborasi dengan team Pengakap Kelana "A" Lembah Pantai... dan alhamdulillah makanan yang diberikan kepada para gelandangan pada malam tersebut adalah dari sumbangan team Pengakap Lembah Pantai...





Kolaborasi Team AASG Dan Pengakap Kelana "A" Lembah Pantai

GA Tip-top Bloglist Ibu 2014

9 ulasan
...السلام عليكم



Ini segmen pertama yang idah join untuk tahun 2014 ini... 


Segmen ini dianjurkan oleh blogger Marlina Sahar... 
dan mudah saja syarat² penyertaannya... 
tarikh luput adalah pada 30 January 2014


Meh kita join ramai² bagi sokongan kat ibu sorang nie... :)



GA Tip-top Bloglist Ibu 2014


✿◕ ‿ ◕✿  

12 Januari, 2014

2 Tahun Gantung Baju Pengakap.

15 ulasan
...السلام عليكم



Setiap dari kita yang bergelar manusia... pasti ada kisah suka dan dukanya yang tersendiri... terserah samada kita ingin terus mengingatinya atau melupakannya saja... bagaimanapun ianya akan menjadi kenangan yang abadi dalam hidup kita...



Ini kisah my lovely husband... :D beliau adalah seorang yang sangat sayangkan dan aktif dalam bidang berpengakapan sejak dari kecil lagi... memang jiwanya dengan pengakap telah sebati... tetapi atas sebab² tertentu yang berlaku beberapa tahun lalu... beliau telah mengambil keputusan "menggantung" seragam pengakapnya tanda boikot atas perkara² yang tidak disenanginya...




Dan Alhamdulillah... semalam Sabtu 11/01/2014 buat pertama kalinya setelah sekian lama seragam tersebut disimpan rapi... beliau telah menyarungkannya semula... :D 




ASC WPKL yang baru
I'm very proud of you sir...



10 Januari, 2014

Hasil Kerja Tangan Pertama Adelia.

14 ulasan


...السلام عليكم



Setiap hari... bila idah pulang dari kerja... belum sempat buka pintu gate lagi... dah akan dengar suara budak sorang nie... setiap hari ada saja laporan demi laporannya... tentang abang dia laa... kakak dia laa... adik dia laa... kucing laaa... adaaaaa sajaaa...



Dan petang semalam... seperti biasa dengan bersungguhnya dia pot-pet... dan kali nie rupanya dia nak tunjukkan hasil kerja tangan pertama dia di sekolah... :D




Hasil kerja tangan Adelia



Renungan Jumaat #6 : Hanya 3 Perkara Dibawa Setelah Mati.

9 ulasan

...السلام عليكم




Tazkirah Jumaat : Meninggalnya seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara



✿‿✿‿✿‿✿

09 Januari, 2014

Jemputan Kahwin Idayu.

14 ulasan
...السلام عليكم


Hari nie pagi² masuk kerja dengan penuh semangat... semangat untuk menyiapkan kerja² yang perlu disiapkan... bak kata Cik Arpah sebelah idah nie... "Kak idah dari pagi tadi tegakk jerrr... " :D pulun nak menyiapkan kerja... Alhamdulillah yang perlu diselesaikan hari ini telah pun siap... so skarang boleh la buat n3 dan jalan² merendek kat belog kawan²... :D



Kad Undangan Perkahwinan Idayu & Hasbal



08 Januari, 2014

Anak Ku Nabihan Pengidap Ekzema.

30 ulasan
...السلام عليكم



Khamis lepas hari orientasi tadika Nabihan... balik dari sekolah dia tunjuk yang ketiak dia jadi merah... so idah pun tengok la... ya rabbi... merah menyala ketiak dia... dua-dua belah... kulit dia macam melecet... tapi ketika tu di ketiak kiri dan kanan sahaja... bila ditanya katanya tak sakit... so bila dia kata tak sakit tu... idah ingat mungkin sebab peluh.. so idah pun letak minyak gamat jerr... 




Ekzema : di bahagian ketiak menjadi tebal dan berkeping²



07 Januari, 2014

Kesibukan Melanda.

14 ulasan
...السلام عليكم



Gambar Hiasan : Google




Selamat petang :) ... beberapa hari ni idah tak sempat nak jalan² ke belog uols... banyak urusan yang perlu diselesaikan... semalam uruskan hal anak² sekolah dan pembantu rumah... hari nie pula uruskan kerja² di opis nie... bertimbun sebab semalam kan idah cuti... :)



03 Januari, 2014

Hari Orientasi Nabihan & Adelia Di Little Caliph.

26 ulasan
...السلام عليكم



Semalam dan hari nie idah keja separuh hari... pagi uruskan budak berdua nie masuk sekolah... ini adalah tahun pertama mereka berdua bersekolah di Little Caliph...




Semalam... hari orientasi bagi anak² yang berumur 5 & 6 tahun... Nabihan tahun nie 6 tahun... so tahun depan dia dah masuk darjah 1... :D tahun lepas dia bersekolah di Smart Little Beans... belajar membaca sahaja... 



Little Caliph Boy
Sebelum ke sekolah posing dulu... :D macam macho jerr... 


01 Januari, 2014

Tanpa Bicara #7 : Luahan Hati Rakyat Dalam Himpunan Turunkan Harga Malam Tahun Baru 2014.

26 ulasan
...السلام عليكم



Luahan Hati Rakyat Dalam Himpunan Turunkan Harga Malam Tahun Baru 2014.



Luahan Hati Rakyat Dalam Himpunan Turunkan Harga Malam Tahun Baru 2014.