...السلام عليكم
Apa khabar rakan² sekelian?... ermm.. idah? alhamdulillah sihat seadanya... cuma semenjak dua menjak nie kesibukan ada sedikit melanda... :D sampaikan belog pun dah nak bersawang tak dikemaskini... hehehe....
Ini semua gara² Al-Waasi'... Semenjak pertubuhan Al-Waasi didaftarkan... rutin kehidupan dah jadi carca marba dah... masa rehat untuk diri sendiri pun kadang² terpaksa curi²... ku ingatkan selepas pendaftaran diluluskan... kerja akan menjadi lebih mudah... rupa²nya ianya tidak semudah yang disangka....
Selepas sesuatu pertubuhan itu didaftarkan... ada lebih banyak perkara lagi yang perlu difikirkan dan dilakukan... 1 contoh... pembukaan akaun persatuan... bagi membuka akaun persatuan ini banyak dokumen² dan komitmen yang diperlukan... untuk menyediakan syarat² bank saja pun dah wujudkan masalah lain pulaa.... ohh...! bila difikirkan... memang sungguh meletihkan... itu baru bab akaun... belum bab² yang lain lagi... program, membership, sponsorship dan banyak lagi laaa...
Segalanya perlukan perhatian dan komitmen yang sepenuhnya... dari semua ajk... ini bukan kerja individu... oleh itu ajk² perlu lebih serius dalam setiap tugas yang telah diamanahkan... juga perlu lebih prihatin tentang perasaan sahabat²... kata² dan tindakan perlu dijaga agar tidak ada yang terasa hati dan juga perlu saling maaf memaafkan...
N3 ini bukan lah rungutan... tetapi cuma sekadar luahan hati seorang insan yang baru saja mendapat pengalaman baru dalam penubuhan persatuan kebajikan berdaftar... :) tiada istilah sesal atau ingin berpatah balik dalam fikiran ini... yang ada hanyalah tekad dan semangat untuk membantu saudara² yang kurang bernasib baik di luar sana tanpa mengira agama, bangsa dan negara...
Maafkan diri ini yer jika kunjungan rakan² sekelian lambat untuk idah balas... Insyaallah... semuga setelah semua kerja² setup ini selesai nanti rutin harian idah akan menjadi lebih tersusun... :) ♥
Semoga perjalanan menubuhkan persatuan ini dipermudahkan. InsyaAllah, persatuan yang ditubuhkan ini mampu bergerak lebih jauh.
BalasPadamInsyaallah...semoga Allah permudahkan segala urusan..
BalasPadamsemoga segala urusan kak idah berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..
BalasPadamsemoga dipermudahkan Allah.
BalasPadamSabarlah acik idah... mmg bnyk dugaan dlm melaksanakan kebaikan, in shaa Allah... pasti besar keberkatannya nanti. Didoakan agar dipermudahkan & segalanya berjalan lancar demi kebaikan insan & ummah... aamiin.. All the best..
BalasPadambergerak dgn persatuan berdaftar ni lebih mudah mengatur pelbagai rencana kebajikan...tahniah idah.
BalasPadamTerus berikhtiar, semoga lancar untuk segala urusanya :)
BalasPadamSetiap yang baik yang kita ingin kita lakukan pasti ada dugan kan. In Shaa Alaah dengan niat yang ikhlas, pasti ALLAH permudahkan...we will support you k..Salam Selasa ya!!!
BalasPadamsemoga tenaga dan masa yg dicurahkan mendapat balasan dari ALLAH...
BalasPadamSemoga semua urusan dipermudahkanNya, aamiin
BalasPadamPertubuhan kebajikan adalah pertubuhan yg dinantikan mereka yg memerlukan.
BalasPadamBanyak ganjaran kepada yg terlibat kerana menjadikan org ramai peka keadaan sekeliling
Semoga dipermudahkan segala urusan acik idah tue yer..=D
BalasPadamsemoga di permudahkan urusan.. benda baik yang kita lakukan in sha Allah akan mendapatkan keredhaan
BalasPadamJadi pengerusi mungkin hanya mengarah tapi perlu ada kreadibiliti dan ketegasan...yang paling susah kerja adalah setiausaha dan bendahari. Pengalaman jadi AJK Persatuan Penduduk yg berdaftar banyak beri saya pengalaman.
BalasPadamMula2 jer...bila dah biasa OKlah nanti... Semoga dipermudah urusan, sabar dan berjaya ya.
Melakukan suatu perkara yang baru dan tidak biasa dengan perkara tersebut adalah satu pengalaman baru dan juga pengetahuan baru... seperti kata @BM di atas, mula2 susah... sebab baru berjumpa dan baru belajar... :D. Dah biasa nanti... senang dan silap2 boleh bantu orang lain yang tiada pengalaman jugak!!! Tahniah kerana dapat pengalaman baru!!!... :D
BalasPadambeginning it harder... when it turn to normal. we will cal it, routine.....
BalasPadamthen when it become routine, we will start bored... then we will find something more adventure and challenging . and at the end of the day.. all of this are very valuable experience in our life..
respect you. buat kerja kebajikan bukannya mudah. perlu di bayar dengan tiket yang bernama "pengorbanan".
TQVM Wantie... atas kata2 hikmat yang sangat berharga buat idah dan rakan2...
PadamSangat terkesan... :) TQVM again...
Assalammualaikum...acikidah,
BalasPadamlepas dah tubuh kelab atau persatuan , byk komitmen kan.. pening2 kalau tak betul2 kan..
mselim3
nak memulakan sesuatu memang bukan perkara yang mudah kerana semua urus tadbir persatuan lepas ini adalah berdasarkan daripada set up yang dibuat pada peringkat awal nie..
BalasPadamRegards,
-Strider-
insyaAllah...nana doakan semoga semuanya dipermudahkan.....amin...
BalasPadambetul tu..akak pun mcm dah penat dgn kerja2 admin NGO ni..nak siapkan minit mesyuarat agong, notis mesy, update keahlian, kejar pengerusi/bendahari minta signature, nak siapkan dokumen utk submit pd ROS (nasib baik dah ada e-ROSES, tapi belum buat lg..)..belum lagi dgn kertas kerja program..rasa bertambah stress...bersabar jelah..
BalasPadamsalam kak Acik.. semoga terus diberikan kekuatan utk mbantu saudara kta diluar sana. mmg sy akui bukan mudah... tapi tiada mustahil bagi yang mahu..kan kak.. be strong.. ^__^
BalasPadamSelalunya begitulah, apabila sudah didaftarkan ianya akan menjadi rasmi dan haruslah mengikut prosedurnya.
BalasPadamSemoga Allah permudahkan semuanya untuk Idah... Amin
BalasPadamSemoga kerja-kerja amal macam ni dipermudahkan Allah di atas segala urusan
BalasPadambab akaun persatuan tu mmg renyah.. saya dulu pernah aktif dengan persatuan pelajar. last2, kami buka akaun underground je.. heheh
BalasPadam