...السلام عليكم
Semasa idah ke Pagoh, Johor... dalam program Insan Prihatin Warga Emas tempohari... rupa²nya tidak jauh dari rumah yang kami tinggal itu adalah terletaknya Makam Sultan Alauddin Riayat Shah... makam ini terletak di Kampung Raja, Pagoh, Johor...
Terlanjur dah terlalu dekat tu... kami singgah juga walaupun hanya seketika...
Sultan Alauddin Riayat Shah adalah sultan Melaka yang ketujuh, memerintah dari tahun 1477 hingga 1488. Sultan Alauddin memerintah kerajaan Melaka selama kira-kira 11 tahun. Baginda merupakan sultan yang bijaksana dan tidak terlalu bergantung kepada Bendahara Tun Perak di dalam mentadbir negeri.