Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
19 September, 2014
Jangan Meniup Air Panas Untuk Diminum
Assalamualaikum dan Salam Jumaat...
Sumber : google.com
Jangan Meniup Air Yang Panas Untuk Diminum...
Mengapa Nabi Muhammad SAW melarang kita dari meniup air yang panas?
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُتَنَفَّسَ فِي الإِنَاءِ أَوْ يُنْفَخَ فِيهِ
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang bernafas di dalam gelas atau meniup isi gelas.”
(HR. Ahmad 1907, Turmudzi 1888, dan dishahihkan Syuaib Al-Arnauth).
12 September, 2014
05 September, 2014
29 Ogos, 2014
22 Ogos, 2014
Penghormatan Terakhir Buat Mangsa MH17
Assalamualaikum...
Hari ini merupakan hari ketibaan jenazah mangsa MH17, oleh itu kita rakyat Malaysia disarankan agar bertafakur selama seminit di antara 10.45 pagi sehingga 11.15 pagi walau dimana kita berada. Ini adalah sebagai penghormatan terakhir buat mangsa² yang terlibat dan mengenang tragedi tersebut.
18 Julai, 2014
Renungan Jumaat #13 : Pesanan Buat Sahabat
Assalamualaikum...
Imam Al Syafi'ie berpesan:
“Jika engkau punyai sahabat yang selalu membantu mu dalam rangka ketaatan kepada Allah; maka peganglah dia erat-erat; dan jangan sesekali kau lepaskannya. Kerana mencari teman baik itu susah. Tetapi melepaskannya sangat mudah sekali”
20 Jun, 2014
25 April, 2014
28 Mac, 2014
14 Mac, 2014
07 Februari, 2014
24 Januari, 2014
10 Januari, 2014
27 Disember, 2013
20 Disember, 2013
13 Disember, 2013
Kisah Kerana Sebiji Kurma.
...السلام عليكم
Kisah di bawah ini mungkin boleh dijadikan tauladan bagi kita semua untuk lebih berhati-hati dalam bertindak. Jangan sampai ada barang atau sesuatu yang bukan hak kita, lalu kita kuasai atau kita mengambilnya. Kisah seorang lelaki yang telah termakan sebiji kurma yang bukan miliknya. Hatinya tidak tenang sehingga memaksanya mencari siapa pemilik biji kurma tersebut.
Kisah Sebiji Kurma.
29 November, 2013
25 Oktober, 2013
Renungan Jumaat #2 : Syiling Dari Langit.
Assalamualaikum dan Salam Pagi Jumaat...
Sumber : Google
" Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .
Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. "
Sumber : Facebook Heliza Helmi
Langgan:
Catatan
(
Atom
)