19 September, 2014

Jangan Meniup Air Panas Untuk Diminum

16 ulasan
Assalamualaikum dan Salam Jumaat...


Jangan Meniup Air Panas Untuk Diminum
Sumber : google.com


Jangan Meniup Air Yang Panas Untuk Diminum...


Mengapa Nabi Muhammad SAW melarang kita dari meniup air yang panas?


Dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma,

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُتَنَفَّسَ فِي الإِنَاءِ أَوْ يُنْفَخَ فِيهِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang bernafas di dalam gelas atau meniup isi gelas.” 
(HR. Ahmad 1907, Turmudzi 1888, dan dishahihkan Syuaib Al-Arnauth).



Dari Abu Qatadah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَتَنَفَّسْ فِي الإِنَاءِ، وَإِذَا أَتَى الخَلاَءَ فَلاَ يَمَسَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ…

Apabila kalian minum, janganlah bernafas di dalam gelas, dan ketika buang hajat, janganlah menyentuh kemaluan dengan tangan kanan… 
(HR. Bukhari 153).


Maka inilah jawapannya...


Nabi Muhammad SAW melarang sahabatnya meniup air panas yang akan diminum. Baginda tidak menerangkan tetapi melarang keras akan hal tersebut. Rupa²nya di dalam penelitian sains, air panas (H2O) yang bertemu dengan karbon dioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut, maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3  (asam karbonat). Dan jika asam karbonat itu memasuki tubuh manusia, maka dapat menyebabkan Penyakit Jantung...




Patutlah en.suami selalu melarang idah dan anak² dari meniup air yang panas... rupa²nya nabi kita juga melarangnya atas sebab² kesihatan... okay sekarang dah tau... so jangan buat yer... :)




Okay petua untuk nak menyejukkan air yang panas dengan cepat pula ialah dengan cara memasukkan sudu besi ke dalam cawan yang berisi air panas tersebut... atau pun goyang²kan cawan tersebut perlahan² untuk mengeluarkan wap panas dari dalam cawan keluar... ermmm mudah jer kan... pokok pangkalnya kena sabarr... tapi kalau en.suami punya cara ialah dia campurkan sedikit air sejuk... haaa.. lagi cepat suam air tu kan... hehehe... :D





Tak kira laa... apa cara pun kita buat untuk menyejukkan air selain dari tiup... yang penting adalah niat kerana mengikut sunah nabi... so dengan mudah kita dah dapat pahala... hoyeehhh...!!! :D



16 ulasan :

  1. Setiap yg rasulullah beritahu jangan dan boleh sudah pasti adalah hikmahnya
    Jadi macam suami Idah tu betullah campur aje dgn air sejuk kan senang dah...

    BalasPadam
  2. Betul tu. Apabila kita rajin membaca panduan kesihatan dalam Islam, banyak sebenarnya tips yang selalu mengagumkan dunia sains.

    BalasPadam
  3. kdg2 terlupa sbb dah biasa masa kecil dulu buat mcm tu kan..tapi InshaaAllah lama2 jadi kebiasaan..sebenarnya amalan sunnah ni byk sgt kebaikannya tapi dulu kita x tahu,..skrg bila dah tahu cuba amalkan..mcm mkn kat restoran pun kdg2 kami makan guna tgn je..hehe..

    BalasPadam
  4. sama-sama kita mengikuti sunah nabi..good sharing Idah..:)

    BalasPadam
  5. sis JM pernah dgr petua dari org2 tua..jgn tiup air panas sbelum minum nanti capat NYANYUK..ntah lah benar ke tidak

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Idah....terima kasih atas perkongsian ini....semoga kita dapat mengamalkan segala sunnah Nabi...

    BalasPadam
  7. betul betul.. mak selalu pesan ni hihihi..

    BalasPadam
  8. nice info... dulu kecik-kecik tuang dalam piring ;)

    BalasPadam
  9. Dalam sunnah pasti ada kebaikan & kejayaan.. T kasih atas peringatan Idah.

    BalasPadam
  10. Betul tu... elok lah, sunnah nabi kita amalkan...

    BalasPadam
  11. nak cepat, tuang dalam piring..heee..
    tulah yg kak buat zaman budak2 (la ni pun ada buat!)

    BalasPadam
  12. klu tunggu sejuk pun bkn ambil masa berjam2 cuma perlu sabar je sikit ... sabar tu separuh drp iman ... heee

    BalasPadam
  13. A'a tahu pasal nie.. btw nice sharing...=D

    BalasPadam
  14. saya tahu jug pasal ni
    tapi dah nama manusia, terbabas juga

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D