29 Ogos, 2013

Development Server Down...

2 ulasan

Salam & selamat petang..

Development Server Down...

Ermm.. dah hampir seminggu development server kat opis nie down.. tiba-tiba jer source code semua hilang.. saje merengek nak mintak belai la tu..!



So orang-orang yang terlibat untuk memulihkan server tu masih bekerja keras untuk menyelamatkan source code Idah dan kawan-kawan yang lain.. Aper jer la penyakit server tu kann! 


Oleh itu hampir seminggu jugak la kami-kami developer nie nga-nga.. takder keje.. surfing.. blogwalking.. surveying.. jangan cakap laa.. sampaikan dah tak tau aper nak survey dah.. kritikal kan?? :D


Nasib la ada blog nie.. hehehe.. ader la jugak keje akak nak buat.. tu yang banyak jer post lately ek.. :D  cuma bahan nak tulis tu jer yang tak tau ape.. yer la.. saya kan budak baru belajarr.. belum pandai nak create bahan celotehan :')


Yang kelakar nyer kan... semua orang kat opis ni senyap dan kusyuk jer dok mandang skrin laptop masing-masing.. hik..hik..hik.. macammm banyak keje.. padahal semua orang dok kusyuk membaca blog/website.. haa.. ada gak yang nampak bukak mudah.com.. :D survey aper tu.. hehehe..


Esok Idah cuti.. nak pegi Melaka.. esok kita cerita melaka plak ekkk.. tu pun kalau sempat update..! hik3x..


Harap-harap Isnin Idah datang keje.. server nie dah pulih la hendaknya... :)


28 Ogos, 2013

Hasil Buruan Di SOGO...

Tiada ulasan

Bersambung kembali setelah balik dari memburu di SOGO.. :D


First of all... Yahooo..! gaji dah masukk..!!!! hik3x.. 


SOGO?? ermm..biasakk.. sale sepanjang tahunnn! :D 
Semenjak dari 5th floor Home Centre tu siap renovate.. baru nie la Idah sempat mengukur setiap kaki persegi floor tu.. hik..hik..hik.. Ermmm.. tapi rasanya Idah suka susun atur yang dulu lagi kot.. mungkin sebab dah biasa dan dah hafal tiap sudut barang-barang tu.. :D


Actually tujuannya nak mencari hadiah untuk sepupu Idah iaitu Nurul & Hafiz (2 pasangan pengantin tau... so kena 2 hadiah laa).. yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 31 Ogos nie di Melaka.. 


Thermos Jug

Cari punya carii.. oppsss.. comeinya Termos niee... I likee...! Babahhhh..! .. bukan jug air panas kat umah kita dah patah riuk ke?? ermm ader la orang tu kan nak tunjuk teror main baling-baling jug kan.. so apa kata Encik Babah GANTIKAN dengan yang niee.. tak kecik sangat dan tak besar sangat.. 1 litre jer rasanya kot.. Just nice :D 



Ermm.. memang cantek pasu-pasu tu... Harga dia pun cantek gakk walaupun dah 70% off  :D



Alhamdulillah..! Inilah hasil buruan untuk hari ini... dah siap wrap dah.. balik rumah tinggal taruk riben kasi cantek-2 skit jer..!


Misi berjaya.. :D


Biskut Raya Puan Rohaya.

1 ulasan

Hehehe.. salam guys..



Short entry je nie... bukan ape nak tunjuk kuih raya jee ni.. hehehe.. tak abis lagi mood raya kat opis nie walau pun syawal dah nak dekat penghujung dah..


Tadi Pn. Rohaya (our Asst. Project Manager) bawak kuih raya dia.. actually dari semalam lagi dia nak bawak tapi dia kata dah siap masuk bekas tapi tertinggal la pulak.. So semalam siap letak reminder lagi kat handphone dia supaya tak tertinggal lagi.. so sweett! :D



Tiba-tiba Arpah datang bawak bekas berisi kuih raya.. eeeee.. cantek nyer bekas dia..siap ada separator skali tu... kuih dia lagi kiut miut.. macam-macam adaaa.. hik3x..

Biskut Raya


Semua kuih nak rasa.. hik3x.. buruk perangai.. dah la sikit.. kawan-kawan lain pun nak jugak kan.. tapi sebab kiut punya pasal tak kira nak rasa semua jugakk.. :D


Not bad.. sedap-sedap juga biskut raya Pn Rohaya nie.. Buat ke Puan??? :D Terima Kasihhh.. nanti bawak lagi yerr!!


Ok laa.. short entry jer kan.. nak keluar nie.. nak ke S O G O.. SoooGooooo (ala-ala lagu tema sogo laaa.. hehehe) nak pegi cari hadiah untuk sepupu-sepupu ku yang nak kawin this weekend. :D


Babai...

27 Ogos, 2013

Tour Raya 2013.

6 ulasan

Assalamualaikum...


Apa khabar semua?? :D harap semua dalam keadaan yang happy sokmo.. hehehe..


Seperti yang idah janjikan semalam nak upload gambar Tour Raya Team & ex-Team DBKL kan.. hehehe.. tu sure ada yang dah tak sabar-sabar tu.. rileksss.. takkan gambar tu lari dikejarr.. :D 


Idah tak upload semua gambar.. kalau upload semua nanti cepat lah penuh kuota blog akak nie.. Saper nak gambar roger-roger akak kay.. WhatsApp tak bolehh.. besar nie size dia..


Okay.. senyum...senyumm..!


Tour Raya 2013
Amboii.. senyum meleret sorang-sorang..


Tour Raya 2013
Post-post menarik.. :-D Anak-anak daro kat atas nu amboii senyum melerett!


Tour Raya 2013
Para isteri team kami dan jiran akak pun ada.. :D


Tour Raya 2013
Ini yang terbaek.. walaupun tak semua yang ada dalam gambar nie sebab ada yang datang lambatt.. :( Kalau ada semua kan best..!


Begitulah alkisah Tour Raya 2013 kami.. Harap-harap tahun depan boleh buat lagi dan kalau boleh nak pegi umah lain plak.. :D


Kepada rakan-rakan yang sudi menjadi hosts kali nie..  Idah dan semua rakan-rakan lain mengucapkan jutaan terima kasih semuga ALLAH memurahkan lagi rezeki kalian sekeluarga dan mohon maaf jika ada yang tidak menyenangkan sepanjang acara ini.. :D


Luv ya.. muaahhss..!


26 Ogos, 2013

Tour Raya 2013 Team & ex-Team DBKL.

Tiada ulasan

Assalamualaikum...


Masih dalam suasana raya.. :D 
Tahun nie.. idah dan officemates telah sebulat suara bersetuju untuk meneruskan Tour Raya seperti yang pernah kami buat raya sebelum nie..


Setelah perbincangan yang panjaangg berjela-jela.. akhirnya 7 orang sedia untuk menjadi hosts untuk kali nie.. Termasuk laa akakk.. hik3x.. Yang lain tu jadi tukang makan dan memeriahkan suasana.. especially yang bujang-bujang laaa.. :D


Jangan tak percaya.. Tour Raya kali nie 2 hari okaayyy!! terpaksa buat 2 hari atas banyak sebab diantaranya ada host yang not available on certain days.. pastu this time ramai plak yang nak jadi host dan jarak rumah tu jauh-jauh juga.. tu yang terpaksa buat 2 hari.. fuhh!


Nie dia Route Raya kali nie..

Tour Raya
Day 1
Rumah Akak (Bandar Mahkota Cheras) --> Arfah (Desa Serdang) --> Kak Dini (Sg Buloh)

Tour Raya
Day 2
Hasnol (Bangi) --> Hamdan (Pinggiran Putra) --> Kak Ieta (Puncak Jalil) --> Mokta (Sg. Buloh)


Gambar-gambar akan diupload next entry yerr..! Tungguuu...! Hik3x.. sabar yerr.. :D


Wassalam.


22 Ogos, 2013

Event : Parents & Kids Expo 2013. (30 Aug - 1 Sept)

Tiada ulasan

Salam & Good Morning..! :D

Parents & Kids Expo 2013

Pada 30 August 2013 nie akan berlangsung acara seperti diatas. Kepada para ibubapa yang mempunyai masa terluang bolehlah membawa anak-anak kesana.. 

Event berlangsung selama 3 hari so boleh la plan awal-awal nie. 

Maklumat Ringkas


The Exhibition
:
Parents and Kids Expo 2013
Incorporating Early Childhood & Primary Education and Toy Show
Venue
:
Kuala Lumpur Convention Centre
Date
:
30 August - 1 September 2013
Time
:
10:30am - 9:00pm
Admission
:
Entrance is FREE
Exhibit Profile
:
FUN On Childhood Learning
- Early Childhood's Learning Programme/Products
- Brain Training and Development Test and Programme/Products
- Discipline and Behavior Building Programme/Products
- Crafts Fun, Science and Experiments, Enriching Workshops for Kids

Feeding, Nutritional/Health and Hygiene Care
- Health Check Stations
- Organics Formula Products
- Health, Nutritional and Dental Care Products for Kids
- Hygiene Care Products

Parenting Solutions
- Mommy's Groups
- Parenting Solutions for Bedwetting, Potty Trainings
- Parenting Tips/Styles Solutions
- Feeding and Picky Eaters Solutions
- Converting to a toddler's bedroom

Others
- Toddlers and Kids Clothing and Accessories
- Furniture and Toy Products
- Toddlers and Kids Injuries and Safety Products
- Medical Biology and Solutions for Infertility
- Child Care and Day Care Solutions
- Kids' Parties Providers
- Early Banking and Insurance for Kids
- Back to School Booths

Jadual aturcara boleh lihat disini.
Laman web rasmi Parents & Kids Expo 2013 boleh lihat disini.

Harap post ringkas ini dapat memberi informasi kepada rakan-rakan sekelian.

Ciaws..



20 Ogos, 2013

Wedding : Selamat Pengantin Baru Mohamad Ali Iqbal & Nurfazlin.

Tiada ulasan


Assalamualaikum…





Pada tanggal 17 August 2013 Sabtu malam yang lepas Idah dan suami telah mendapat jemputan ke Majlis Perkahwinan Mohamad Ali Iqbal & Nurfazlin yang diadakan di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

 
Setia City Convention Centre, Setia Alam


Tetamu yang dijemput diminta oleh tuan rumah untuk memakai Baju Raya.. hik3x.. Lelaki berbaju melayu manakala wanita berbaju kurung. 


Majlis sangat meriah walaupun ringkas dengan dihadiri oleh anak-anak tahfiz & anak-anak yatim.. Tidak ketinggalan juga para VIP. :D



Pasangan tuan rumah nie memang unik. Konsep hiasan yang dipilih pada malam itu ialah PETANI. Mesti u all pelik kan.. konsep PETANI???  Hehehe.. ermm.. PETANIII..! hiasan-hiasannya adalah terdiri dari hasil tani.. Nyiru yang diisi dengan sayur-sayuran.. ubi kayu, peria, kobis, serai, dan banyak lagi jenis sayuran laa.. Pokok strawbery yang berbuah ranum pula menjadi hiasan tiang-tiang sepanjang laluan. Dan yang paling menarik tentang tuan rumah nie.. nak dekat hujung-hujung majlis tu.. semua tetamu dibenarkan untuk ambil semua sayur-sayuran tu.. sampaikan licin.. dengan nyiru skali dorang tapau… Baguskan tuan rumah nie.. saper yang kenal beliau akan tau yang beliau adalah seorang yang tak suka membazir walaupun dia seorang hartawan.



Jom kita tengok gambar yang sempat Idah ambil.. tapi sorrryyy kualiti gambar sangat teruk okayy.. sebab ambik pakai camera hp jerr..! Tak rock la dah pakai cantek2 tetiba bawak camera besar gedabak kan.. hik3x.. Jom layann…!

Idah & En. Suami sempat posing sebelum majlis dimulakan. Hik3x..

 
Mohamad Ali Iqbal & Nurfazlin
Menu yang disajikan pada malam itu. Middle East cuisine.


Buah tangan yang diberikan kepada para tetamu. Hik3x.. macam-macam ada.. :D Diatas meja diletakkan chocolate bentuk love tu.. kemudian ada Jus Kurma  dan hehehe.. nampak tak ada pasu kecil polkadot tu.. hehehe.. cuba teka apa isinya?? :D Kemudian diatas kerusi diletakkan 1 beg yang berisi kotak yang agak besar juga.. hehehe.. di dalam kotak tersebut mengandungi sebiji buah melon yang sangat kuning dan manisss!! Bila Idah google namanya adalah Canary Melon.


Sultan Selangor
Majlis turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Pemuzik
Tetamu makan dengan diiringi oleh nyanyian lagu-lagu raya.. hehehe..


Pelamin
Pelamin yang simple dan dihiasi dengan pokok-pokok hijau dan bunga-bungaan segar.

Yang berbaju biru itu adalah tuan rumah bagi majlis malam itu iaitu Dato Menteri Besar Selangor.


 YB Bukit Lanjan
Sempat posing dengan YB Bukit Lanjan. :D 


Wedding : Selamat Pengantin Baru Mohamad Ali Iqbal & Nurfazlin.
 Akak posing laggiii.. :-D


Mohamad Ali Iqbal & Nurfazlin
Pasangan pengantin yang diraikan pada malam itu. Pengantin diapit oleh Ibu & Bapa pengantin perempuan. Selamat Pengantin Baru semuga cepat dikurniakan cahaya mata dan jodoh yang berkekalan.. :)
  

Terima Kasih diucapkan kepada tuan rumah Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim & Puan Sri Salbiah kerana sudi menjemput kami suami isteri dan terima kasih juga atas layanan yang sungguh mesra dari seisi keluarga. Jangan serik jemput kami yerr..! :D