As Salam & Hai semuaaa..!
Raya ni Idah sempat buat 6 jenis biskut raya je iaitu Tart Jem Strawberry, Biskut Cornflakes, Popiah Simpul, Cornflakes Chocolate, Chocolate chip & Semperit Susu.. Dan nampaknya biskut yang mendapat sambutan tertinggi tahun ini adalah Chocolate Chips.. :D Kehulu hilir balang tu dibawa.. Isi jer.. licinn...hik3x.. Kebanyakan yang makan akan bertanyakan resepinya. :D
Actually.. resepinya Idah ambik dari blog jer.. repair skit.. dan.. ermm.. meme sedapp laa.. kalah Famous Amos :D. Resepi biskut Chocolate chips sedap ni Idah ambik dari blog Hanida Moss.
Ok salin yerr..
Bahan-bahan :
2½ cawan tepung
gandum
2 cawan gula perang
250gm Butter
½ cawan serbuk koko
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 cawan chocolate chips
Cara-cara :
- Ayakkan tepung gandum & serbuk koko. Masukkan dalam 1 bekas bersama baking powder, soda bikarbonat dan gaul rata. Letak tepi.
- Pukul butter & gula perang sampai kembang.
- Masukkan telur & esen vanilla. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
- Masukkan campuran tepung & koko tadi sedikit demi sedikit hingga habis.
- Masukkan chocolate chips dan gaul hingga rata. (Idah tambahkan badam cincang yang disangai)
- Adunannya lembik sedikit. Simpan/rehatkan doh didalam peti ais sekejap sebelum dibakar.
- Bakar dalam suhu 170°C selama 11 @ 12 minit. (Jangan lupa pre-heat oven terlebih dahulu ye dan suhu adalah bergantung kepada berapa banyak doh yg diletakkan.. dan saiz biskut yg akan dihasilkan macam Idah prefer kecik-kecik.. skali ngap jer.. :D)
Selamat mencubaa ye..! Insyaallah jadi tu.. :D Kalau buat-buat tak jadi jugak.. ala.. order jer la kat akak nie.. ahaks...!
p/s : Gambar boleh dilihat disini.. (dah buat 2nd batch) :D
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')
Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..
Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D