10 Februari, 2017

Android/Mini TV Box, Sekarang Tak Perlu Lagi DVD dan Channel TV Berbayar

17 ulasan

Assalamualaikum Dan Heyy! 😀✋


Hari ni nak cerita tentang gadget baru acikidah... 😃 Android/Mini TV Box ... aper tu?? 😉 rasanya ramai yang dah tau kan... tapi bagi yang belum tau lagi tu, alat ini kecil² cili api tapi power tau... ringkasnya dia boleh menukarkan tv yang biasa tu menjadi Smart TV you!... janji TV tu ada HDMI port. Kita boleh menonton pelbagai filem dan drama tempatan mahupun antarabangsa dengan percuma... sekarang tak perlu beli DVD dan melanggan Channel Tv berbayar (yang selalu tak ada coverage bila hari hujan tu) lagi... hehehe...

Mini TV Box Model T95N

Haa...inilah rupa Android/Mini TV Box idah tu... saiznya hanya sebesar tapak tangan sahaja... kecil kan? tidak sepadan dengan keupayaannya... idah diperkenalkan dengan device ini oleh rakan² sekerja yang juga memiliki Android Box ini cuma model kami saja yang berbeza.  Cuti panjang Tahun Baru Cina baru² ini idah sekeluarga layan movie jer satu persatu... dari movie yang baru keluar di pawagam sehinggalah movie yang dah berzaman lamanya.. koleksi cerita² P.Ramlee pun banyak.. 😀


Android/Mini TV Box, Sekarang Tak Perlu Lagi DVD dan Channel TV Berbayar

Android/Mini TV Box ini idah beli di lazada.com dengan harga RM157.70 sahaja. murah kan? di pasaran macam² brand, model dan keupayaan ada... dari yang semahal²nya sehinggalah yang semurah² nya. Idah beli yang murah² saja cukup laa... jenama tidak penting pun... yang penting  fungsinya dapat dimanfaatkan sepenuhnya... saiznya kecil jadi mudah untuk kita bawa kemana² saja asalkan ada internet dan tv. Remote control ada disediakan namun begitu boleh juga menggunakan handphone menggantikan remote, cuma perlu install sahaja applikasinya.

Spesifikasi Mini TV Box Model T95N 
OS Android5.1
KODI 16.0
WIFI 2.4G /2GB DDR3
CPU:S905 quad-core cortex-A53
GPU:Mali-450,5-Core GPU
FLASH 8GB emmc ;SDRAM 2GB DDR
Power Supply DC 5V/2A
Power Indicator (LED)
Video compression : 4K, H.265 HEVC, HD2.0
Port : 2 USB , 1 LAN/Ethernet, 1 HDMI, 1 SD Card, 1 AV
Saiz : 92mm



Kodi Android/Mini TV Box, Sekarang Tak Perlu Lagi DVD dan Channel TV Berbayar

Android/Mini TV Box ini telah dilengkapi dengan aplikasi Kodi, tapi jika tiada pun tak per boleh download jer cuma kena install sendiri jer la.. 😀 applikasi kodi ini juga boleh digunakan di pelbagai device termasuk laptop... tidak terhad kepada android sahaja malah OS seperti windows, Linux, OSX, Xbox, Mac OS X dan sebagainya... oh ya... aplikasi kodi ini adalah berfungsi untuk menjalankan hampir semua format audio dan video yang ada di pasaran pada ketika ini.


Android/Mini TV Box, Sekarang Tak Perlu Lagi DVD dan Channel TV Berbayar

Dengan Android/Mini TV Box ini, kita boleh menonton movie, tutorial, melayari internet, youtube, main game, muzik, haaaa... blogging dan blogwalking pun boleh tau pada tv... hehehe... ada berjuta movie yang kita boleh tonton... melangkaui negara, bahasa, tema, kiranya macam² ada laa... kualiti movienya juga pelbagai... ada HD, bluray dan sebagainya... drama pun ada... Korea, Siam, Indonesia, haa sebut jerr semua ada... ada subtitle juga... nak bahasa apa pun majoriti ada jer... Pelbagai channel seperti sukan, masak, dokumentari, makanan, berita dan banyak lagi la... yang paling penting adalah semuanya PERCUMA... kalau nak yang berbayar seperti netflix atau iflix pun boleh juga.


Android/Mini TV Box, Sekarang Tak Perlu Lagi DVD dan Channel TV Berbayar

Dalam dunia ni setiap yang baik itu pasti ada buruknya kan... jadi pandai² la kita menyeimbangkannya...

Kelemahannya
  • Perlu ada akses internet. Kalau nak play yang offline dari thumb drive atau external harddisk pun boleh jer cuma terhad la kan.
  • Kadang² bila dah tekan sana sini dia jadi hang la pulak.
  • Aplikasinya sedikit perlahan tidak macam channel tv sekali tekan terus keluar. Kena banyak bersabar.
  • Agak sukar untuk nak buat penambahan add-ons atau tambah repository. Nak set subtitle masa mula² tu pun agak payah. Banyak sangat step. Kena rajin google.

Kebaikan
  • Menjimatkan wang, sebab nak tonton tu percuma jer. Hanya beli device sekali sahaja. Tak perlu dah channel tv berbayar bulanan yang mahal dan selalu 'Service currently not available' bila time hujan tu.
  • Menjimatkan ruang penyimpanan. Kalau dulu kita siap ada almari, rak atau kotak khas untuk nak simpan koleksi² CD dan DVD kita tu kan, sekarang tak payah dah boleh simpan semua tu dalam kotak dan letak kat bilik stor jer... hehehe... koleksi movie seluruh dunia kita dah boleh ada sekarang.
  • Pemasangan juga mudah. Tidak ada kerja² hack dinding, wayar berjela²,  kuali atas bumbung rumah dan sebagainya.
  • Bagi yang tiada smart tv di rumah tu pasti ini berita gembira buat anda kerana tv lama tu boleh di transform menjadi tv pintar dengan modal yang kecil sahaja.


Perghh rasa macam dah panjang berjela entry acikidah kali ini... hehehe... tetiba jer teruja plak kan... menaip tak hingat... dah macam sales woman plak kekdahnya... hehehe... no no no... idah cuma berkongsi idea dan keterujaan diri ini sahaja taw... haaaa satu lagi nak cakap... nanti pasti akan ada yang berkata alat ini pembunuh industri perfileman kita, menutup periuk nasi artis² kita, menjahanamkan pengusaha² channel berbayar dan yang sewaktu dengannya... bagi idah, come on laa... hidup mesti diteruskan... persaingan, teknologi, perubahan zaman mesti diambil kira oleh para pengusaha bagi kelangsungan bisnes mereka. Ini juga merupakan satu dari risiko perniagaan yang perlu mereka hadapi dengan professional kan...  hahaha...  mohon  #JanganKecamSaya... k bai selamat berhujung mingguuu 😉. 



08 Februari, 2017

Semangat Padi ~ Wordless Wednesday #33

22 ulasan
Assalamualaikum dan Salam Ukhwah 🌼


Semangat Padi ~ Wordless Wednesday #33

Semangat Padi ~ Wordless Wednesday #33

07 Februari, 2017

Wajah Baru Blog 2017

17 ulasan

Assalamualaikum Dan Salam Mesra 🌹


Minggu lepas lawat blog rakan²... perghh..! cantik² blog masing² dengan pelbagai warna dan reka bentuk. Terasa kerdil sungguh diri ini 😔... tiba² terasa nak tukar wajah baru jugak laa... hikhikhik... wajah baru blog 2017 acikidah taraannngggg!! 😉👇


Wajah Baru Blog 2017


Masih mengekalkan latar belakang yang berwarna cerah dan juga font yang besar... mudah nak membaca kan... kalau dulu simple rasanya yang ini lebih simple lagi kot... 😀



Wajah Lama


Haaa... Ini pula wajah lama... Lebih 2 tahun juga idah gunakan template ini. Header tak pernah tukar dari mula berblogging... hahaha sadis betul...


Setelah bertahun² gunakan header lama tu... untuk tahun 2017 ni buat pertama kalinya kita tukar laa... 😁 gunakan header yang lebih simple lagi kankankan... sebenarnya bukan idah tak buat design header... tapi setelah beberapa design image dibuat pilih punya pilih akhirnya tak payah pakai header image langsung la... hahahaha... guna tulisan jerr... sempoii... latar header tu pun sebenarnya adalah gambar background jer.. 



Penukaran wajah baru ini idah buat sendiri sepenuhnya... tiada khidmat pakar digunakan.. idah hanya ambil jer template percuma yang ada di bloggertemplates20.com . Walaupun begitu... untuk nak buat pilihan pun susah juga tau.. dah pilih yang berkenan kena lihat pula sesuai ke tidak dengan template yang sedang kita gunakan. Kemudian template baru ini biasanya didatangkan sekali dengan widget² yang kadang² kita tidak perlukan, jadi kita kena edit la pula selepas itu.


Memandangkan skill web programming ku dah berkarat jadi idah mengambil masa 2 hari suntuk untuk membuat kerja² mengedit bagi mengikut citarasa serta buang dan tambah widget baru... sampai jam dah pukul 5.30 pagi pun tak perasan punyalah khusyuk... chia chia chia..


Idah suka template baru ini kerana dia responsif page iaitu dia akan outomatik mengubah saiznya mengikut peranti (tablet, handphone, dsb) yang pembaca gunakan dan juga jika pembaca mengubah saiz browsernya sekaligus page ini akan disesuaikan untuk kelihatan tersusun dan nampak kemas.. 😍



Wajah baru ini nak kata siap 100% tu tidak lagi... sebab biasalah kan... kalau dah kata programmer tu ada jer yang dia nak touch up tambah itu ini... boleh dikatakan sehingga hujung tahun nanti pun takkan capai 100% hahaha... haa ok la setakat ini saja nanti sembang punya sembang jadi cerpen pulak... hahaha... okay tata selamat malam... ✋💋