Memaparkan catatan dengan label gadgets. Papar semua catatan

10 Februari, 2017

Android/Mini TV Box, Sekarang Tak Perlu Lagi DVD dan Channel TV Berbayar

17 ulasan

Assalamualaikum Dan Heyy! 😀✋


Hari ni nak cerita tentang gadget baru acikidah... 😃 Android/Mini TV Box ... aper tu?? 😉 rasanya ramai yang dah tau kan... tapi bagi yang belum tau lagi tu, alat ini kecil² cili api tapi power tau... ringkasnya dia boleh menukarkan tv yang biasa tu menjadi Smart TV you!... janji TV tu ada HDMI port. Kita boleh menonton pelbagai filem dan drama tempatan mahupun antarabangsa dengan percuma... sekarang tak perlu beli DVD dan melanggan Channel Tv berbayar (yang selalu tak ada coverage bila hari hujan tu) lagi... hehehe...

Mini TV Box Model T95N

Haa...inilah rupa Android/Mini TV Box idah tu... saiznya hanya sebesar tapak tangan sahaja... kecil kan? tidak sepadan dengan keupayaannya... idah diperkenalkan dengan device ini oleh rakan² sekerja yang juga memiliki Android Box ini cuma model kami saja yang berbeza.  Cuti panjang Tahun Baru Cina baru² ini idah sekeluarga layan movie jer satu persatu... dari movie yang baru keluar di pawagam sehinggalah movie yang dah berzaman lamanya.. koleksi cerita² P.Ramlee pun banyak.. 😀


Android/Mini TV Box, Sekarang Tak Perlu Lagi DVD dan Channel TV Berbayar

Android/Mini TV Box ini idah beli di lazada.com dengan harga RM157.70 sahaja. murah kan? di pasaran macam² brand, model dan keupayaan ada... dari yang semahal²nya sehinggalah yang semurah² nya. Idah beli yang murah² saja cukup laa... jenama tidak penting pun... yang penting  fungsinya dapat dimanfaatkan sepenuhnya... saiznya kecil jadi mudah untuk kita bawa kemana² saja asalkan ada internet dan tv. Remote control ada disediakan namun begitu boleh juga menggunakan handphone menggantikan remote, cuma perlu install sahaja applikasinya.

Spesifikasi Mini TV Box Model T95N 
OS Android5.1
KODI 16.0
WIFI 2.4G /2GB DDR3
CPU:S905 quad-core cortex-A53
GPU:Mali-450,5-Core GPU
FLASH 8GB emmc ;SDRAM 2GB DDR
Power Supply DC 5V/2A
Power Indicator (LED)
Video compression : 4K, H.265 HEVC, HD2.0
Port : 2 USB , 1 LAN/Ethernet, 1 HDMI, 1 SD Card, 1 AV
Saiz : 92mm



Kodi Android/Mini TV Box, Sekarang Tak Perlu Lagi DVD dan Channel TV Berbayar

Android/Mini TV Box ini telah dilengkapi dengan aplikasi Kodi, tapi jika tiada pun tak per boleh download jer cuma kena install sendiri jer la.. 😀 applikasi kodi ini juga boleh digunakan di pelbagai device termasuk laptop... tidak terhad kepada android sahaja malah OS seperti windows, Linux, OSX, Xbox, Mac OS X dan sebagainya... oh ya... aplikasi kodi ini adalah berfungsi untuk menjalankan hampir semua format audio dan video yang ada di pasaran pada ketika ini.


Android/Mini TV Box, Sekarang Tak Perlu Lagi DVD dan Channel TV Berbayar

Dengan Android/Mini TV Box ini, kita boleh menonton movie, tutorial, melayari internet, youtube, main game, muzik, haaaa... blogging dan blogwalking pun boleh tau pada tv... hehehe... ada berjuta movie yang kita boleh tonton... melangkaui negara, bahasa, tema, kiranya macam² ada laa... kualiti movienya juga pelbagai... ada HD, bluray dan sebagainya... drama pun ada... Korea, Siam, Indonesia, haa sebut jerr semua ada... ada subtitle juga... nak bahasa apa pun majoriti ada jer... Pelbagai channel seperti sukan, masak, dokumentari, makanan, berita dan banyak lagi la... yang paling penting adalah semuanya PERCUMA... kalau nak yang berbayar seperti netflix atau iflix pun boleh juga.


Android/Mini TV Box, Sekarang Tak Perlu Lagi DVD dan Channel TV Berbayar

Dalam dunia ni setiap yang baik itu pasti ada buruknya kan... jadi pandai² la kita menyeimbangkannya...

Kelemahannya
  • Perlu ada akses internet. Kalau nak play yang offline dari thumb drive atau external harddisk pun boleh jer cuma terhad la kan.
  • Kadang² bila dah tekan sana sini dia jadi hang la pulak.
  • Aplikasinya sedikit perlahan tidak macam channel tv sekali tekan terus keluar. Kena banyak bersabar.
  • Agak sukar untuk nak buat penambahan add-ons atau tambah repository. Nak set subtitle masa mula² tu pun agak payah. Banyak sangat step. Kena rajin google.

Kebaikan
  • Menjimatkan wang, sebab nak tonton tu percuma jer. Hanya beli device sekali sahaja. Tak perlu dah channel tv berbayar bulanan yang mahal dan selalu 'Service currently not available' bila time hujan tu.
  • Menjimatkan ruang penyimpanan. Kalau dulu kita siap ada almari, rak atau kotak khas untuk nak simpan koleksi² CD dan DVD kita tu kan, sekarang tak payah dah boleh simpan semua tu dalam kotak dan letak kat bilik stor jer... hehehe... koleksi movie seluruh dunia kita dah boleh ada sekarang.
  • Pemasangan juga mudah. Tidak ada kerja² hack dinding, wayar berjela²,  kuali atas bumbung rumah dan sebagainya.
  • Bagi yang tiada smart tv di rumah tu pasti ini berita gembira buat anda kerana tv lama tu boleh di transform menjadi tv pintar dengan modal yang kecil sahaja.


Perghh rasa macam dah panjang berjela entry acikidah kali ini... hehehe... tetiba jer teruja plak kan... menaip tak hingat... dah macam sales woman plak kekdahnya... hehehe... no no no... idah cuma berkongsi idea dan keterujaan diri ini sahaja taw... haaaa satu lagi nak cakap... nanti pasti akan ada yang berkata alat ini pembunuh industri perfileman kita, menutup periuk nasi artis² kita, menjahanamkan pengusaha² channel berbayar dan yang sewaktu dengannya... bagi idah, come on laa... hidup mesti diteruskan... persaingan, teknologi, perubahan zaman mesti diambil kira oleh para pengusaha bagi kelangsungan bisnes mereka. Ini juga merupakan satu dari risiko perniagaan yang perlu mereka hadapi dengan professional kan...  hahaha...  mohon  #JanganKecamSaya... k bai selamat berhujung mingguuu 😉. 



25 Februari, 2016

Hati-hati Berurusan Dengan Samsung Repair Centre Lowyat.

15 ulasan

Assalamualaikum Dan Salam Ceria...


Nie nak cerita pengalaman idah dengan Samsung Repair Centre di Lowyat... maaf la kalau criter panjang berjela yer...

Hati-hati Berurusan Dengan Samsung Repair Centre Lowyat. 

Alkisah... sebulan yang lalu Tablet anak-anak tiba-tiba rosak... bukan rosak tak boleh on langsung... tapi dia kejap-kejap keluar popup "Unfortunately, system has stopped." ... every few seconds tu... so annoying...

04 September, 2014

Baju Baru Note Ku

19 ulasan

Wings Penyet

Al-kisah Baju Baru Note Ku... Hari ini lunch makan Wings Penyet @ Dapur Penyet, Maju Junction... tanpa nasi... huhu... menu diet kan... :D huhu diet la sangattt... idah suka wings penyet nie... lama juga tak makan... kali terakhir sebelum puasa tu hari rasanya... alhamdulillah... :)




14 Julai, 2014

Powerbank Pineng 15000 mAh

16 ulasan

Assalamualaikum...




Sebelum ini idah tak tau pun kewujudan dan kegunaan powerbank nie... sehinggalah suatu hari idah nampak adik opismate idah guna... idah pun bertanya apa benda yang dia cucuk kat henpon tu... hehehe... nampak sangat aku nie buta technology... :D pastu dia pun cerita kegunaan benda powerbank tu... masa tu dia guna jenama yoobao... mahal juga harganya... dia beli lebih RM200 rasanya... peerghh... so rentetan dari peristiwa itu idah pun pasang angan² untuk memilikinya juga... :D




Powerbank Pineng 15000 mAh

29 Mei, 2014

Monopod, Selfie Dan Anak-Anak

13 ulasan

Assalamualaikum...


Semenjak dua menjak inie... boleh dikatakan satu dunia sebut tentang Monopod dan Selfie nie... dah jadi macam fenomena dan trend pula... tapi selagi ianya tidak menyalahi batas agama dan sensitiviti... apa salah nyer kan... kan... kan...



Monopod, Selfie Dan Anak-Anak
Haha... idah pun terkena juga jangkitan trend ini... huahuahua... segalanya sebab ada kawan yang jual... ermmm tu yang TERbeli tu... :D ... so ini Monopod acikidah... kaler pink u... monopod nie pun ada kisahnya... ekceli semenjak beli idah pernah guna sekali jer... pastu 1 hari tu idah bawak pergi ada satu majlis tu laa... tiba² Monopod idah nie hilang di situ... oleh sebab orang ramai kat event tu... so idah memang tak harap la akan jumpa semula... huhuhu...

20 Mei, 2014

Testing Blogging From Samsung Galaxy Tab

14 ulasan

Ehsan : google.com

Selamat malam...

Tak tidur lagi???... idah nie... badan penat mata pun dah mengantuk... tapi otak nie belum nak berhenti lagiii....!

Dah malam nie tetiba gatal pulak nak cuba blogging guna tablet nie... perrghhh mencabar juga yer... selain dari menguji kesabaran... hik3x

Ini tah apps yang keberapa idah install dan uninstall... semua ada jer yang tak kena... hang laaa... payah laaa... akhirnya guna apps Blogaway For Androids nie... baru ok sikit tapi itu pun masih terkial-kial lagi nie....

Rasa-rasanya blogging menggunakan tablet/smartphone nie bukanlah mudah dan idah pun tak gemar laaa... tapi boleh laa kalau sekali sekala agak2 malas nak on laptop tu...

Okay laa... esok nak keje... nak kena tidur nie...

Good nite uols and have a good rest.... ;)

Sekian.. Wassalam....

Posted via Blogaway

26 September, 2013

Compact Camera Baru Ku... Fujifilm X20

9 ulasan

Assalamualaikum..


Lebih 2 minggu dah Idah beli compact camera ni.. hampir² terlupa laa nak memperkenalkannya kepada rakan².. hehehe..


Compact bukan sebarang compact tau.. hehehe.. walaupun dia kecik.. dia DSLR juga ye.. hehe.. untuk mereka² yang dah biasa pakai DSLR ni.. tidak boleh tidak mesti nak pakai DSLR juga.. :D hanya yang mengetahui saja tau feelnya.. hehehe.. poyoo!


Fujifilm X20 (Silver)
Haa.. tarranngg.. ini dia Compact Camera Baru Ku.. kecil molek je kan.. comell! suka sangat.. ala² retro gitu.. huhu.. Fujifilm X20 (Silver)


Fujifilm X20 (Silver)

Sehingga hari ini Idah still tak katam² lagi manualnya.. hehe.. banyak features dia yang Idah belum explore.. tapi setakat ni yang Idah dah gunakan.. hmm memang sangat puas hati.. gambarnya clear.. bersih.. dan warnanya pun cantek..


DSLR Compact Camera X20

Fungsi DSLR biasa tu.. semua ada.. ISO, metering, AV & TV mode dan yang best pada Idah ialah aperturesnya starting at F2.. huhu.. nak tengok contoh gambar boleh tengok kat post Idah yang Perarakan Raksasa ,Bunga Api atau Putrajaya.. full spec dia boleh tengok kat Fujifilm.com ..


Setakat ni kelemahan yang Idah nampak ketara pada X20 ni ialah bateri dia.. hmm.. kalau cas penuh tu.. boleh ambik gambar dalam few hundreds je.. bila indicator dia dah kaler merah tu.. jawabnya memang pastu dia terus padam.. hmm.. dah biasa pakai Canon boleh tahan berhari².. huhu.. tapi apa pun bateri spare dia Idah dah survey.. murah je.. less than RM50.. size dia pun kecil dan nipis..


Setelah test drive untuk beberapa minggu nie.. Idah sangat berpuas hati dengan performance, features, rupa bentuk.. dan yang paling penting.. mudah untuk dibawa oleh Akakk.. :D


** Test tukar font baru.. :D


13 September, 2013

Canon EOS 450D ku..

3 ulasan

Assalamualaikum & selamat sejahtera..


Canon EOS 450D With Tamron 18-270mm


Dear DSLR ku.. post nie ku tulis khas untuk mu.. (hehe cam sedih jer bunyik nyer).. jiwang karats la plak.. eee.. tak shesuai laa.. 


Okay.. ! Ini  DSLR Canon EOS 450D ku.. selama nie ambil gambar kalau tak dari Samsung Galaxy Note ku bermakna ianya dari hasil kerja DSLR ku ini lah.. lebih 3 tahun dia bersama ku.. banyak jasanya... kenangan pahit manis pun banyak.. hehehe.. pahitnya bila dah puas setting pun gambar cam tahapahapa.. bukan salah dia pun.. salah aku la yang tak pandai-pandai setting.. hehehe..



Sejak dua menjak kebelangan nie aku rasa cam dah tak larat nak bawak dia lagi.. rasanya puncanya adalah semenjak kit lens aku rosak.. tak boleh fokus.. tu la bahana bagi budak-budak pegang menda-menda sensitif camnie.. so semenjak tu la aku terpaksa pakai lens Tamron 18-270mm aku tu.. nasib ada spare lens..


Tamron nie pulak.. berat nyerr.. ya rabbi.. campur dengan body.. ermm lagik laa.. ce banyangkan aku dengan beg kamera dengan berat ya rabbi nie.. pastu handbag.. pastu dokong si ecah tu lagi.. aduhhh... seksa + huduh kan.. :D hilang vogue mak.. :')


Tamron 18-270mm


DSLR nie aku nak rehatkan.. eceehhh.. nak start la tu.. hehe.. bukan rehat selamanya.. rehat seketika laa.. sebabnya..... huhuhuhu.. Akak dah beli yang baruuu...... :D beli compact camera je.. senang skit nak mobile.. dan kalau travel dengan anak-anak pun tak la penuh beg kat badan nie haa.. kan.. DSLR nie aku akan pakai bila jalan-jalan bujang laa.. **huhu perasan** .. 


Gambar-gambar diatas diambil menggunakan camera baru ku.. huhu.. cantek tak?? hehe.. aperr??? oo.. tunggu laa next post.. hik..hik..hik..


06 September, 2013

Pembantu Rumah Ku Celik IT.. :D

6 ulasan


Assalamualaikum & Selamat Pagi semua.. :D



Pembantu rumah Idah.. namanya EVA.. tapi kami sekeluarga panggil dia EPAH.. sebab di Indon V tu bunyinya P.. hehehe.. First time Idah tanya nama dia.. dia kata EPAH.. so kekal laa EPAH..! Anak-anak panggil dia Makcik Epah.. Dah hampir 3 tahun dia berkhidmat dengan Idah sekeluarga.


Lenovo IdeaTab A3000 7"


Tablet... Selama nie dia pakai anak-anak Idah punya Samsung Galaxy Tab.. dia yang kontrol Tab tu okayyy!! siap dia buat timetable.. sorang boleh main braper lama.. dan ikut giliran.. dia yang jaga Tab tu.. weekdays time, yang dah bersekolah tak boleh main.. Dia dengan anak Idah yang kecik-kecik jer boleh guna...! Kalau keluar rumah pun bawakkk tak tinggal.! :D



Idah & En Babah tak kisah.. asalkan keje yang sepatutnya dia tak abaikan.. anak-anak dia bagi makan dan jaga baik.. we all okay jer..!



Dah lama dia merengek nak Tablet nie.. Dia teringin nak dia punya sendiri.. senang nak download games dan layan criter hindustan/tamil banyak-banyak.. hehehe.. 



Ermm.. tiba-tiba suatu hari ada flyers yang datang kat rumah ada promosi gadjet IT nie.. so dia tunjuk kat Idah.. nak yang nie.. "kecik ni pun cukupp" (7 inch) katanya..



Kami peram quite some time gak la.. dan semalam baru pegi beli.. :D

Pembantu Rumah Ku Celik IT.. :D
Makcik Epah bersama Tablet barunya.. sedang melayan clip video.


Pembantu Rumah Ku Celik IT.. :D
Yang lain pun sibuk nak tompang sekaki.. :D


Lenovo IdeaTab A3000 7"
Inilah Tablet Makcik Epah.. Lenovo IdeaTab A3000 7"



Lenovo IdeaTab A3000 7" Price
Jumlah RM688.. Termasuk casing.


Table nie Idah beli kat New Tech Marketing cawangan Sg Long. Harga asalnya ialah RM699. Tapi since kami datang dengan membawa flyers promosi tu sekali.. jadi tokey tu kata dia bagi la harga promosi tu.. Promosi tu harganya ada diskaun RM60 dan ada percuma earphones sekali. Dan Idah make sure Its ORIGINAL kayy..!


Fuhh.. Rezeki pembantu rumah ku..! :D