30 September, 2013

Server Down Again...

2 ulasan


Server down again... dan lagi.. dan lagi.. tapi Idah ok jer.. hehe.. fuh nasib ada belog nie.. facebook dah bosan.. twitter tak pernah ada account.. :D 



Blog walking jer la sepanjang hari nie nampaknya.. :D




Server Down Again...

Pagi tadi sampai office.. setelkan budak² support team dulu.. dorang kena backup kat kaunter² dbkl untuk onkan offline system sementelah server down nie.. kalau tak menjerit lah pelanggan² dan staff dbkl nie.. hehe..





Birthday cake


Hari nie dapat kek lagi.. hehe.. birthday cup cake from Cupcake Chapter .. stakat nie tengok jer la kek tu.. tak sanggup nak potong atau makan.. comelll sesangat okayy..! :D Special Thanks to Cik Arpah Ahmad dari belog "Arfah Ahmad:: Agent Sah GCP dan Shaklee" @ officemate atas ingatan dan juga kek yang sangat comel kiut miut dan kreatif inie.. :D dan susah payah bawak naik lrt lagi tu.. huhu terharu.. tahun depan nak lagi yerr.. wakakakaka...




Birthday cake

Kepada adik² akak yang lain kat opis nie..korang tengok jer ler yerr.. jangan ada yang mengada nak terai² atau cubit² kek akak nie.. hehehe..


Diary 29 September 2013..

2 ulasan

Assalamualaikum..


Diary 29 September 2013..

Tanggal 29 September 2013, alhamdulillah.. syukran ya ALLAH kerana memberi diri ini peluang untuk terus berada di dunia ini bersama² dengan orang² yang tersayang dan juga memberi peluang diri ini untuk menjadi hambamu yang lebih baik dari yang lalu...


Seperti Ibu² yang lain... paginya Idah buat sarapan untuk anak² dan suami.. takde yang special pun.. lempeng cecah sambal sardin je.. hehe..


Ada kenduri kahwin yang perlu dihadiri.. tapi pada jam 10 pagi dapat call dari mak mengatakan ibu mertua abg sulung Idah meninggal dunia.. Idah beritahu hubby... dan bincang skit dengan dia camana.. akhirnya kami terpaksa pisah dua.. Idah pergi melawat dan hubby pegi kenduri kawin dengan mak dan adik perempuan dia di Saujana Impian, Kajang.


Idah terus siap² dan drive pegi rumah mak ambil mak, abang dan kakak.. kami pergi 1 kereta.. ke Klang.. arwah meninggal kerana sakit jantung.. alhamdulillah kami berpeluang menatap wajahnya untuk kali terakhir.. dimandi dan disolatkan di Masjid Baru, Kg Raja Uda, Klang.. lepas zohor jenazah dibawa ke tanah perkuburan tidak jauh dari masjid tadi.. semoga diampunkan segala dosa²nya didunia dan rohnya ditempatkan bersama orang² yg soleh..


On da way balik tu.. mak dan kakak buka rahsia.. sebenarnya they all dah plan nak buat besday party untuk Idah.. :D .. kononnya nak buat kek bagai.. tapi sebab dah ada kematian nie.. jadi tak sempat nak buat kek.. tapi parti tetap ada.. :D rupa²nya mak dan kakak dah order Nasi Maqlubah untuk buat majlis harijadi Idah..



Diary 29 September 2013..


Terima Kasih Mak.. tiada kata yang dapat mengungkap perasaan ini.. hanya yang mampu Idah ucapkan adalah "Idah sayang mak sangat².."



Diary 29 September 2013..


Terima kasih and I luv you.. kepada my lovely Husband dan anak² Atikah, Nuqman, Nabihan, Adelia & Ayesha diatas hadiah yang diberikan.. dan yang paling penting adalah ingatan kalian pada Ibu.. Ibu sayang kalian sangat-sangat..



Diary 29 September 2013..


Kepada kakak Idah.. Marziah dan anak²nya.. terima kasih banyak².. semuga dipermudahkan segala urusan kalian disini dan disana nanti.. :) Luv ya..



Diary 29 September 2013..


Kepada Abang Man.. takziah dan terima kasih.. Idah sayang abang.. semuga detik 29 September ini dapat membuka lembaran baru dalam hidup mu..



Diary 29 September 2013..


Pembantu ku.. Epah.. terima kasih juga buat mu.. cantek shawl tu.. liplap² lagi.. :D ..terima kasih kerana menjadi pembantu yang baik, setia dan amanah selama ini.. hanya Allah Taala saja yang dapat membalas budi mu..


Diary 29 September 2013..


Sepanjang hari henfon Idah asik berbunyi jer.. tet..tett..tet..tett.. sms, facebook alert, whatsapp, call dari kawan2 yang mengucapkan selamat hari jadi.. tapi pukul 10 malam baru sempat nak tengok semua ucapan² tu... kepada sahabat² sekelian.. TERIMA KASIH diatas segala Ingatan dan Ucapan selamat harijadi kepada Idah dan juga terima kasih banyak² atas DOA kalian.. semuga kita semua senantiasa mendapat Rahmat dariNYA.. Ameen.. ameen ya rabbal alamin...



26 September, 2013

Compact Camera Baru Ku... Fujifilm X20

9 ulasan

Assalamualaikum..


Lebih 2 minggu dah Idah beli compact camera ni.. hampir² terlupa laa nak memperkenalkannya kepada rakan².. hehehe..


Compact bukan sebarang compact tau.. hehehe.. walaupun dia kecik.. dia DSLR juga ye.. hehe.. untuk mereka² yang dah biasa pakai DSLR ni.. tidak boleh tidak mesti nak pakai DSLR juga.. :D hanya yang mengetahui saja tau feelnya.. hehehe.. poyoo!


Fujifilm X20 (Silver)
Haa.. tarranngg.. ini dia Compact Camera Baru Ku.. kecil molek je kan.. comell! suka sangat.. ala² retro gitu.. huhu.. Fujifilm X20 (Silver)


Fujifilm X20 (Silver)

Sehingga hari ini Idah still tak katam² lagi manualnya.. hehe.. banyak features dia yang Idah belum explore.. tapi setakat ni yang Idah dah gunakan.. hmm memang sangat puas hati.. gambarnya clear.. bersih.. dan warnanya pun cantek..


DSLR Compact Camera X20

Fungsi DSLR biasa tu.. semua ada.. ISO, metering, AV & TV mode dan yang best pada Idah ialah aperturesnya starting at F2.. huhu.. nak tengok contoh gambar boleh tengok kat post Idah yang Perarakan Raksasa ,Bunga Api atau Putrajaya.. full spec dia boleh tengok kat Fujifilm.com ..


Setakat ni kelemahan yang Idah nampak ketara pada X20 ni ialah bateri dia.. hmm.. kalau cas penuh tu.. boleh ambik gambar dalam few hundreds je.. bila indicator dia dah kaler merah tu.. jawabnya memang pastu dia terus padam.. hmm.. dah biasa pakai Canon boleh tahan berhari².. huhu.. tapi apa pun bateri spare dia Idah dah survey.. murah je.. less than RM50.. size dia pun kecil dan nipis..


Setelah test drive untuk beberapa minggu nie.. Idah sangat berpuas hati dengan performance, features, rupa bentuk.. dan yang paling penting.. mudah untuk dibawa oleh Akakk.. :D


** Test tukar font baru.. :D


24 September, 2013

Follower #24

4 ulasan

Assalamualaikum..



Hehe.. Idah sangat teruja nie.. excited, seronok, happy, terharu.. dan macam² perasaan lagi laa.. hehe.. bercampur baur.. semuanya kerana follower #24 ... :D tak sangka otai blogger yang power sudi jadi follower kepada blog baru yang carca marba nie.. huhu..


Follower #24


Happy sangat² nie... :D nak story skit pasal blog follower #24 nie.. actually dah lama Idah stalk blog dia.. baca dari kejauhan jee.. huhu.. nak komen pun segan blog otai² nie..  Idah suka baca setiap entrynya.. ayatnya bersahaja.. gambar pun cantik².. boleh dikatakan blognya menjadi tempat rujukan Idah laa..


Waktu mula² Idah belajar apa itu blogging.. Idah rasa google yang menunjukkan Idah blognya.. mungkin blognya antara ranking tertinggi kot.. hmm.. memang pun.. setiap hari tidak kurang dari 300 orang yang melawat blognya.. :D huhu.. mimpi guling² laa Idah nak dapat camtu.. hehe..


Apa pun Idah nak ucapkan terima kasih sangat² kepada Sis Eynda yang cantik dari blog Eynda's Diary.. kerana sudi melawat blog Idah ni dan sudi pula menjadi follower di blog picisan ini.. huhu.. terharu nie.. semuga Sis Eynda gembira selalu dan terus sukses dalam apa jua yang dilakukan.. :) .. stay cun.. :D


** Tidur dalam senyum la malam nie.. :D


23 September, 2013

Mini Barbecue..

4 ulasan

Assalamualaikum..


Semalam, jam menunjukkan pukul 5.00 petang.. "Apa kita nak buat petang ni?" tanya Idah.. jalan-jalan pun tak tahu nak kemana dah.. tiba² EN.Babah kata "tadi kemas bawah katil tu.. ada barang² yang takmo pakai lagi dah jual kat kedai besi buruk dapat RM40.. apa kata kita buat barbecue nak?"



Hehe.. Idah okay je.. tapi syarat kena ada kambing :D .. En.Babah pun siap pastu terus pegi Jusco cari bahan² .. kambing dah siap marinate kat Jusco tu sedap dan harga dia pun reasonable.. 


Idah kat rumah buat rencah untuk perap ayam.. hmm.. senang je.. bawang besar blend dengan bawang putih.. taruk cili powder, oregano, lada hitam, garam, madu dan sos barbecue.. siappp! hehe.. perapnya kejap jee.. sebab nak buat pun bidan terjun je kan.. jadi laa.. dapat perap dalam 2 jam..


Lepas maghrib je.. En.Babah dah siap dapur dan bakar arang.. menu malam ini adalah Barbecue Ayam, Kambing dan sayur lobak merah dan terung.. yang sayur tu En.Babah punya.. resepi dia.. so dia je yang makan orang lain tak lalu nak makan.. hehehe..


Mini Barbecue..
Hehe.. cam piknik lak ek.. a'ah piknik malam² .. posing dulu sambil menunggu ayam masak.. sabar menanti.. huhu


BBQ Ayam & kambing
Ayam.. hmm.. sedap jugak walau perap kejap je.. :D


Lamb Shoulder
Lamb.. yang ni separuh darinya Idah punya.. sebab orang lain tak makan sangat.. huhu.. heaven.. :D


Nur Adelia
Nur Adelia dengan posing biasa dia tu la.. lari sana.. lari sini.. takleh duduk diam..

  
Nur Ayesha
Hehehe.. Ayesha pun makan.. walau pedas.. dia bedal jugak..


Nabihan Aziz
Nabihan.. nampak behave je.. jangan tertipu.. tu ce tengok rambut dia lencun.. basah peluh berlari sakan..


Mini Barbecue..
Hmm.. chedapp.. sehingga menjilat jari..


Mini Barbecue..
Nuqman.. pelayan setia makcik² yang berat b****t.. 


Mini Barbecue..
En.Babah yang setia mengipas.. :D sambil² tu sempat juga dia masak nasi goreng bawang dia kat dapur.. huhu..


Seronok juga walaupun hanya kecil-kecilan dan tergempar je kan.. yang penting dapat melakukannya dengan seisi keluarga... :D


Tanpa Bicara #2 : Perarakan Raksasa ATM 2013

2 ulasan

Pertunjukan Udara




Perbarisan Membawa Panji-Panji

ATM New Uniform


Malaysian Sniper

Malbat

Navy

PASKAL

PASKAU



ATM Uniform

Military Police


22 September, 2013

Hujung Minggu @ Perarakan Raksasa ATM 2013

3 ulasan

Assalamualaikum..



Idah sekeluarga memang minat dengan apa saja berkaitan ketenteraan ni.. especially En.Babah laa :D .. so semalam kami tak mahu ketinggalan untuk menyaksikan Perarakan Raksasa ATM 2013 sempena Hari Angkatan Tentera Ke-80 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



Seawal jam 7.00 pagi kami dah keluar rumah.. Idah bawak Atikah dan Nuqman je.. yang lain tinggal rumah dengan Makcik.. park kereta kat Bandar Tun Razak.. dan kami naik STAR LRT ke stesen Masjid Jamek.. sms Adila (officemate) bagitau Idah dah sampai dan tunggu dia kat Dataran.. En.Babah dah tak sabar tak boleh tunggu lagi dah.. hehehe..


Sesampai di Dataran Merdeka.. orang ramai.. kami pun cari tempat yang sesuai.. cuaca okay.. belum panas lagi.. lebih kurang jam 8.30 perarakan pun dimulakan dengan kehadiran Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dengan menaiki kereta kebal..


Macam-macam ada.. perbarisan dari pelbagai batalion dan rejimen.. mengarak panji-panji.. perarakan aset dan kenderaan² tentera yang tak pernah dan sukar kita lihat.. persembahan udara.. unit payung terjun.. dan ada pertunjukan demonstrasi menyelamat golongan kenamaan.. pelbagai pameran juga diperlihatkan sehingga jam 5.00 petang ahad 22 September 2013.






Waktu itu juga dilancarkan baju celoreng tentera yang baru dengan corak digital.. ala-ala pixel tu.. ermm.. tapi Idah lebih suka corak yang lama kot.. lebih mesra alam.. :D



Heli ni turun rendah sangatt.. ni masa demonstrasi menyelamat.. orang ramai kat bawah tu lari bertempiaran sebabnya segala habuk semua terbang.. Idah pun rasa cam nak terbang jugak.. hehehe.. besttt!



Dah diselamatkan.. :D


Antara barangan pameran.. atas kiri tu adalah serpihan peluru.. bila peluru meletup dia berkecai dan part tu yang membunuh tu..



Adila lihat Pakaian Istiadat..



Ermm.. yang ini adalah tuala wanita dan baju dalam wanita PKM (Parti Komunis Malaya) yang diambil dari anggota yang terbunuh di Titi, Kuala Klawang, Negeri Sembilan.


Ambil kesempatan.. :D


Semua benda nak try.. huhu..


 Merahnya mak ngahhh!!..



 Ganas tak muka? :D



This time ber4 je.. :D


Acikidah bersama abang-abang PARA
 Jelir lidah lak yang belakang tu... :P (nak jelir balik)  Skuad PARA..


Sniper terbaek
Idah suka yang ni.. dah nampak masa perarakan.. pastu time pameran tu kami cari dia.. sebab nak bergambor.. :D



Penyamaran.. real kan.. :) apa rasanya dok kat dalam tu ek? 


Pendaftaran Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD
Ramai muda-mudi yang datang untuk pendaftaran Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD.. akak salute kat korang..


Keseluruhan pada hari ini yang paling Idah suka adalah pertunjukan udara.. kelass.. thumbs up (y) untuk Tentera Udara DiRaja Malaysia.. tak pernah tengok dalam pertunjukan sebelum² ni kat Malaysia.. 


Dalam jam 11 pagi.. kami beredar dari situ.. kononnya nak ke kenduri kawin kawan Idah lepas tu.. tapi atas sebab² tertentu tak dapat pegi.. uhuk².. :(


Gambar² perarakan boleh lihat di SINI .. :-D