22 September, 2013

Hujung Minggu @ Perarakan Raksasa ATM 2013

3 ulasan

Assalamualaikum..



Idah sekeluarga memang minat dengan apa saja berkaitan ketenteraan ni.. especially En.Babah laa :D .. so semalam kami tak mahu ketinggalan untuk menyaksikan Perarakan Raksasa ATM 2013 sempena Hari Angkatan Tentera Ke-80 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



Seawal jam 7.00 pagi kami dah keluar rumah.. Idah bawak Atikah dan Nuqman je.. yang lain tinggal rumah dengan Makcik.. park kereta kat Bandar Tun Razak.. dan kami naik STAR LRT ke stesen Masjid Jamek.. sms Adila (officemate) bagitau Idah dah sampai dan tunggu dia kat Dataran.. En.Babah dah tak sabar tak boleh tunggu lagi dah.. hehehe..


Sesampai di Dataran Merdeka.. orang ramai.. kami pun cari tempat yang sesuai.. cuaca okay.. belum panas lagi.. lebih kurang jam 8.30 perarakan pun dimulakan dengan kehadiran Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dengan menaiki kereta kebal..


Macam-macam ada.. perbarisan dari pelbagai batalion dan rejimen.. mengarak panji-panji.. perarakan aset dan kenderaan² tentera yang tak pernah dan sukar kita lihat.. persembahan udara.. unit payung terjun.. dan ada pertunjukan demonstrasi menyelamat golongan kenamaan.. pelbagai pameran juga diperlihatkan sehingga jam 5.00 petang ahad 22 September 2013.






Waktu itu juga dilancarkan baju celoreng tentera yang baru dengan corak digital.. ala-ala pixel tu.. ermm.. tapi Idah lebih suka corak yang lama kot.. lebih mesra alam.. :D



Heli ni turun rendah sangatt.. ni masa demonstrasi menyelamat.. orang ramai kat bawah tu lari bertempiaran sebabnya segala habuk semua terbang.. Idah pun rasa cam nak terbang jugak.. hehehe.. besttt!



Dah diselamatkan.. :D


Antara barangan pameran.. atas kiri tu adalah serpihan peluru.. bila peluru meletup dia berkecai dan part tu yang membunuh tu..



Adila lihat Pakaian Istiadat..



Ermm.. yang ini adalah tuala wanita dan baju dalam wanita PKM (Parti Komunis Malaya) yang diambil dari anggota yang terbunuh di Titi, Kuala Klawang, Negeri Sembilan.


Ambil kesempatan.. :D


Semua benda nak try.. huhu..


 Merahnya mak ngahhh!!..



 Ganas tak muka? :D



This time ber4 je.. :D


Acikidah bersama abang-abang PARA
 Jelir lidah lak yang belakang tu... :P (nak jelir balik)  Skuad PARA..


Sniper terbaek
Idah suka yang ni.. dah nampak masa perarakan.. pastu time pameran tu kami cari dia.. sebab nak bergambor.. :D



Penyamaran.. real kan.. :) apa rasanya dok kat dalam tu ek? 


Pendaftaran Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD
Ramai muda-mudi yang datang untuk pendaftaran Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD.. akak salute kat korang..


Keseluruhan pada hari ini yang paling Idah suka adalah pertunjukan udara.. kelass.. thumbs up (y) untuk Tentera Udara DiRaja Malaysia.. tak pernah tengok dalam pertunjukan sebelum² ni kat Malaysia.. 


Dalam jam 11 pagi.. kami beredar dari situ.. kononnya nak ke kenduri kawin kawan Idah lepas tu.. tapi atas sebab² tertentu tak dapat pegi.. uhuk².. :(


Gambar² perarakan boleh lihat di SINI .. :-D


3 ulasan :

  1. alamak,terasa sgt gemuk amek gamba sebelah tikah...huhu...

    BalasPadam
  2. Btw tq Kikda & family ajak...pengalaman baru, nak harap pegi sorang2 mmg x la kan...hehe

    BalasPadam
  3. No problemo.. nanti kita pegi jalan² tempat lain plak ek..!
    Broga amacam? :D

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D