04 September, 2013

Flash mob Kenaikan Harga Minyak @ Dataran Merdeka.

4 ulasan

Assalamualaikum...


Petang semalam lebih kurang jam 6.30.. Idah balik keje seperti biasa.. 

Tiba-tiba dari jauh di persimpangan Jalan Raja di tepi Dataran Merdeka tu.. nampak ramai orang berkumpul..

Oooo... rupanya-rupanya.. ada segelintir Rakyat Malaysia yang ingin menzahirkan ketidak puashatiannya kepada kerajaan atas isu Kenaikan Harga Minyak Petrol & Diesel sebanyak 20 sen baru-baru ini..!

Flash mob Kenaikan Harga Minyak @ Dataran Merdeka
"Rakyat Bantah Kenaikan Harga Minyak"

Flash mob Kenaikan Harga Minyak @ Dataran Merdeka
"Petrol Should Be Reduced Not Raised"

Flash mob Kenaikan Harga Minyak @ Dataran Merdeka

Flash mob Kenaikan Harga Minyak @ Dataran Merdeka


Kalau tanya Idah.. Idah pun TIDAK bersetuju dengan kenaikan ini walau dengan apa alasan sekalipun.. pembangunan?? or wut everr... 

Mungkin yang berpendapatan sederhana ke atas kurang mengalami impaknya.. tapi bagaimana yang berpendapatan rendah.. bila harga petrol naik.. tidak mustahil harga-harga barangan lain juga akan naik.. Bas sekolah, public transport, tarif letrik dan banyak lagi kenaikan yang membebankan golongan berpendapatan rendah. 

Bapak-bapak menteri mungkin tak rasa impaknya.. sebab petrol mereka dibayar oleh 'Wang Rakyat' bukan wang dari poket mereka sendiri..

BRIM?? :D Adakah BRIM akan diberikan setiap tahun? dan golongan berpendapatan sederhana yang tidak layak menerima BRIM pula bagaimana? dah la dibebani dengan pelbagai jenis CUKAI.. agak-agaknya minyak naik.. golongan berpendapatan rendah dapat BRIM.. golongan berpendapatan sederhana ke atas dapat apa pula yee?? :D

Ekhh.. ekhh.. panjang lebar plak ngomel isu minyak nie.. hehehe.. 
Jangan Naik Minyak sudahh... :D



4 ulasan :

  1. isu ni tengah panas sekarang ..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lama lagi kewl la tue.. :D
      Thanx sis for dropping by.. :)

      Padam
  2. salam kenal.. golongan berpendapatan rendah je yang terima BR1M tu.. tapi golongan berpendapatan tinggi jadi pembayar cukai.. ada pro dan kontranya kenaikan harga minyak ni.. kalau setakat naik harga minyak takpe la juga, yang paling membimbangkan aiza ianya akan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan pula nanti.. mohon maaf jika salah bagi pendapat, ini hanya pandangan peribadi aiza.. p.s: singgah dan follow di sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. :D Firstly thanks sis singgah sini dan sudi follow pula..
      Setuju ngan pendapat Aiza.. Boleh ke kerajaan control kenaikan harga barang2 keperluan akibat dari kenaikan petrol. Banyak syarikat sedang berkira-kira nak naikkan harga perkhidmatan/barangan mereka. Banyak subsidi lain boleh dipotong.. cthnya.. subsidi korporat..
      Pasnie GST pulak.. :D

      Padam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D