12 September, 2013

Main-main bawa maut..

Tiada ulasan


Sumber : Harian Metro


Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.

“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.” 

Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya."


Subhanallah.. terkelu seketika bilamana ternampak muka depan akhbar Harian Metro hari ini tadi di kedai.. ingatan terus terfikirkan anak-anak dirumah.. semuga mereka dalam keadaan baik-baik saja..


Memang malang itu tidak berbau.. tetapi kecuaian sudah tentu boleh mengundang malang.. Idah bukan la pandai sangat.. tetapi sebagai ibubapa sebolehnya kita bekalkan anak-anak dengan sedikit pengetahuan tentang kenderaan.. jika kenderaan bergerak apa yang perlu dilakukan.. tarik handbrake.. contohnya laa.. dan juga info bahaya jika menekan salah satu dari alatan dalam kereta.. contohnya gear.. kereta akan melompat/bergerak..


Idah percaya jika anak-anak dibekalkan dengan sedikit maklumat dan ketakutan tentang bahayanya.. sure mereka takkan berani untuk bermain-main dengannya.. kecuali anak itu jenis yang sedikit nakal atau tidak mendengar kata.. setidaknya kita berusaha kan.. 


Kunci kenderaan simpanlah ditempat yang selamat.. jangan sepah-sepahkan.. teringat akan En.Babah yang selalu marah kami jika kunci kenderaan/rumah bersepah.. kunci mesti diletak ditempat yang telah dikhaskan.. jika ada kecemasan kita tau mana nak tuju.. tak perlu tercari-cari..


Ermm.. semuga ALLAH TAALA memberi ketabahan hati kepada ibu & bapa anak malang itu dan semuga kita dan anak-anak kita dilindungiNYA.. Ameen..



Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D