Majlis Resepsi ini diadakan pada 31hb Ogos 2013 (merdekaaaa!!!) adalah untuk meraikan dua pasang pengantin iaitu Nurul Farhana & Azleey Tasleem dan Mohamad Hafiz & Siti Normala yang berlangsung di Bukit Duyong, Melaka.
Mohamad Hafiz adalah abang kepada Nurul Farhana.
Sebelum kita tengok gambar, Kak Idah nak mohon maaf kat Hafiz & Mala sebab gambar korang takder.. sob..sob..sob.. sebabnya.. masa korang tengah sanding tu orang datang ramai gler.. tak cukup tangan rasanya nak lap meja.. angkat pinggan.. dll laa..! so bila dah nak hujung-hujung tu.. hafiz plak takder.. tu yang sikit jer gambar dapat tu.. huhuhu.. sorry naaa..!
Untuk pengetahuan teman-teman.. majlis nie Pakcik sengaja takmo guna khidmat katering.. masak semua sendiri gotong royong tujuannya adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama keluarga. Penat sikit tapi seronok!
Masa nie juga Idah ambil kesempatan train si Nuqman tu buat keja.. angkat pinggan & cawan kotor.. replace kendi air basuh tangan.. ambil cawan bersih.. refill jug air.. dan apa je laa.. hehehe.. bukan senang nak dapat pengalaman camnie kan.. kita kat KL datang kenduri pastu duduk makan jerr.. balik!
Pengantin berarak lebih kurang jam 1 petang dengan diiringi oleh paluan kompang.
Time berarak takder gambar.. hehehe..
Yang ada hanya gambar dah hujung..hujung majlis.. :D
:D Happy Ending..
Idah & kakak-kakak 3 kereta balik ke KL petang tu juga.. tapi sebelum tu sempat plak pegi beraya rumah mak sedara dulu.. hehehe.. Sampai rumah dalam jam 9.00 malam. Keletihan nul lazii!! :D
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')
Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..
Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D