Sesampai di Melaka, kami tak terus ke rumah pak cik.. tapi terus ke Perigi Hang Tuah.
Destinasinya adalah Homestay Hawajaya, ini pertama kali kami menginap disini walaupun dah banyak kali pakcik Idah promote tempat nie.. sebab owner tempat nie kawan pakcik :D Homestay nie betul-betul dekat belakang Perigi Hang Tuah.
Disebabkan homestay nielah yang paling dekat dengan rumah pakcik.. so kitorang mintak pakcik tolong book kan awal-awal. Senang skit nak berulang-alik tinggalkan budak-budak tu especially yang si kecik tu.. senang bila dah time dia nak tidur tu hantar je kesitukan dengan Makcik Epah (pembantu) sekali..
Masuk kat receiption area tu ada sorang budak yang jaga kaunter..
Idah : Ada bilik kosong tak dik?
Adik : Ermm.. nanti tanya Abah..! (Hari Jumaat abah pegi solat.. so pengganti sementara)
Idah : Braper ringgit 1 bilik dik?
Adik : Ermm.. :D (Dia senyumm jerrr.. rasanya dia serba salah nak cakap)
Idah : Akak nie anak sedara Pak Cik Din..!
Adik : Oooo... boleh.. masuk pilih la nak bilik mana.. (Aikk..! Ooo.. rupanya ayah dia dah kosongkan semua bilik-bilik dan homestay tu untuk 'Orang Sebelah' Belah pengantin lelaki yang dari Nilai)
Idah : Boleh tengok bilik tak dik?
Adik : Boleh.. (sambil bukak 1 bilik)
Idah : Ermm.. selesa jugakk!! (Ada 1 katil queen size dan 1 katil single)
Adik : (Terus kasi kunci homestay.. tanpa banyak soal lagi)
Idah : Ekhh.. tak payah isi apa-apa borang atau bayar deposit ke? (muka pelik)
Adik : Tak payah.. nanti bincang dengan Abah!
Idah : Ini sudah baguss... :D
Errmm... rumahnya besar juga.. ada 3 bilik.. ada dapur.. ada ruang tamu dan ruang makan..
Keseluruhannya kira selesa la.. bilik air pun bersih.. ada water heater.. ada WIFI & ASTRO lagik.. sungguh berbaloi dengan harganya,
Kat Hawajaya nie ada bilik-bilik(motel) dan ada juga rumah sebijik (homestay 3 bilik).
Bilik-bilik tu pun selesa juga.. ada 1 katil besar dan 1 katil single.. kalau family yang ada 2 anak tu kira ok jer sewa 1 bilik..
Pintu depan homestay di Hawajaya.
Bilik 1 & 2 ada katil queen size.
Setiap bilik dilengkapi dengan almari dan meja solek.
Bilik ke 3.. ada 2 katil bujang..
Dapur pun ada.. boleh masak.. bersihh!
Ada meja makan.
Ruang tamu pun besar & selesa.. siap ada model skali tu.. hehehe..
Kira sepanjang 2 hari Idah menginap di sini sangat berpuas hati laa..
Nak tau harganya?? :D hik..hik..hik.. "kena tanya Abah" :D
motel tu, shared bathroom ke private bathroom?
BalasPadam