Memaparkan catatan dengan label homestay. Papar semua catatan

01 Mac, 2019

Bina Homestay Chalet Kontena

33 ulasan

Sudah agak lama I memasang impian dan cita-cita untuk nak bina Homestay atau Chalet Kontena ni... memandangkan I ada sekangkang kera tanah yang diberi oleh mak dan sebahagian lagi yang I beli hanya selang 1 tuan jer dari tanah yang mak bagi tu dan lokasinya juga strategik iaitu di Melaka Bandaraya Bersejarah. Bila balik kampung pun tak ada tempat tinggal... asik la nak menompang kasih dan menyusahkan pakcik makcik jer.. hikhikhik.. 😊


Bina Homestay Chalet Kontena


04 September, 2013

Bila Ibu takde..! anak-anak...?

3 ulasan

Masa check out dari homestay tu hari Idah masih bz kat rumah pakcik.. so En. Babah dengan budak-budak jer yang balik homestay.. mandi manda.. kemas beg.. dan check out.. Ada cousin dorang jugak yang ikut..


Bila di rumah.. Idah nak tengok la hasil 'tangkapan' masa kat melaka tu.. tengokkk punya tengok.. skali.. aikkk!!!.. Amboiiiii... ! Wah.. wah.. wahh.....!


Perigi Hang Tuah, Melaka
Berposing sakan korang yerrr!!! 


Perigi Hang Tuah, Melaka
Errmm.. yang makcik(pembantu - baju pink) nyer pun samerr jerr!! kaki posingg jugakk!


Perigi Hang Tuah, Melaka
Peacee yerr..!


Perigi Hang Tuah, Melaka
Momoii (anak buah).. yo..yoo.. oooo..!


Perigi Hang Tuah, Melaka
Wahh.. En. Babah sempat bercanda ditepian perigi lagi..!


Perigi Hang Tuah, Melaka
OOoo.. siap soping skali yerr! Padan la orang menunggu berjam-jam.. @&*$)%


Perigi Hang Tuah, Melaka
Ini bukan perigi buta.. ini perigi ada air punya.. ikan pun aderr.. hehe.. Perigi ini dipercayai di gali sendiri oleh Laksamana Hang Tuah. Airnya tidak pernah kering.. walaupun pada musim kemarau yang berpanjangan. Ada juga yang percaya airnya boleh dibuat ubat.. itu Allahualam..


Buat pengetahuan sahabat sekelian.. gambar-gambar nie diambil di kawasan Perigi Hang Tuah.. dan sangat berdekatan dengan Homestay yang kami menginap tu...

Gambar yang macam ala-ala istana melaka tu.. itu pun dikawasan yang sama juga.. binaan seperti itu ada tidak kurang dari 3 buah.. Luas kawasannya.. Dikhabarkan disitu akan dibangunkan Muzium Hang Tuah, auditorium, balai adat, rumah tradisional, pentas kebudayaan dan pentas silat pun ada..

Tapi belum dibuka kepada pengunjung lagi.. hampir siap....! Tungguu.. ;D Kita sama-sama la tunggu perasmiannya nanti yer..!

**Mana Adelia?? 


02 September, 2013

Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.

1 ulasan

Sesampai di Melaka, kami tak terus ke rumah pak cik.. tapi terus ke Perigi Hang Tuah.

Destinasinya adalah Homestay Hawajaya, ini pertama kali kami menginap disini walaupun dah banyak kali pakcik Idah promote tempat nie.. sebab owner tempat nie kawan pakcik :D Homestay nie betul-betul dekat belakang Perigi Hang Tuah.


Disebabkan homestay nielah yang paling dekat dengan rumah pakcik.. so kitorang mintak pakcik tolong book kan awal-awal. Senang skit nak berulang-alik tinggalkan budak-budak tu especially yang si kecik tu.. senang bila dah time dia nak tidur tu hantar je kesitukan dengan Makcik Epah (pembantu) sekali.. 

Masuk kat receiption area tu ada sorang budak yang jaga kaunter.. 

Idah : Ada bilik kosong tak dik?
Adik : Ermm.. nanti tanya Abah..! (Hari Jumaat abah pegi solat.. so pengganti sementara)
Idah : Braper ringgit 1 bilik dik?
Adik : Ermm.. :D  (Dia senyumm jerrr..  rasanya dia serba salah nak cakap)
Idah :  Akak nie anak sedara Pak Cik Din..!
Adik : Oooo... boleh.. masuk pilih la nak bilik mana.. (Aikk..! Ooo.. rupanya ayah dia dah kosongkan semua bilik-bilik dan homestay tu untuk 'Orang Sebelah' Belah pengantin lelaki yang dari Nilai)
Idah : Boleh tengok bilik tak dik?
Adik : Boleh.. (sambil bukak 1 bilik)
Idah : Ermm.. selesa jugakk!! (Ada 1 katil queen size dan 1 katil single)
Adik : (Terus kasi kunci homestay.. tanpa banyak soal lagi)
Idah : Ekhh.. tak payah isi apa-apa borang atau bayar deposit ke? (muka pelik)
Adik : Tak payah.. nanti bincang dengan Abah!
Idah : Ini sudah baguss... :D


Errmm... rumahnya besar juga.. ada 3 bilik.. ada dapur.. ada ruang tamu dan ruang makan.. 
Keseluruhannya kira selesa la.. bilik air pun bersih.. ada water heater.. ada WIFI & ASTRO lagik.. sungguh berbaloi dengan harganya,

Kat Hawajaya nie ada bilik-bilik(motel) dan ada juga rumah sebijik (homestay 3 bilik). 
Bilik-bilik tu pun selesa juga.. ada 1 katil besar dan 1 katil single.. kalau family yang ada 2 anak tu kira ok jer sewa 1 bilik..

Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.
Pintu depan homestay di Hawajaya.



Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.
Bilik 1 & 2 ada katil queen size.



Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.
Setiap bilik dilengkapi dengan almari dan meja solek.



Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.
Bilik ke 3.. ada 2 katil bujang..



Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.
Dapur pun ada.. boleh masak.. bersihh!



Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.
Ada meja makan.



Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.
Ruang tamu pun besar & selesa.. siap ada model skali tu.. hehehe..



Kira sepanjang 2 hari Idah menginap di sini sangat berpuas hati laa..

Nak tau harganya?? :D hik..hik..hik.. "kena tanya Abah"  :D