30 Jun, 2014
Coconut Shake Batu Berendam
Assalamualaikum...
Firstly... ini bukan entry untuk menduga keimanan yer... hehehe... ekceli entry nie dah lama idah buat... cuma tak publish jer... :D ... Isnin lepas idah cuti dan telah ke Melaka kerana ada urusan guaman... tak lama kejap jer idah pergi... pergi pagi balik pagi tu juga... :) dari Pusat Bandaraya Melaka on da way nak balik ke Air Keroh tu... tiba² teringin pula nak rasa Coconot Shake Batu Berendam... :)
Tak tau mana arahnya kan... ermmm... senang jer... buka jer Waze kat henpon tu... pastu pergi kat search box dan taip "coconut shake batu berendam"... prapp... terus keluar... hehehe... nampak sangat femesnya dia kan... :D tepi jalan jer gerainya... mudah sangat nak sampai...
2014
,
jalan-jalan
,
makan
,
melaka
,
review
29 Jun, 2014
28 Jun, 2014
CPUV Nuffnang Oreo Transformers
Assalamualaikum...
Terima kasih Nuffnang...!! :D
Bagi orang lain mungkin dah berkepuk² dah CPUV tahun nie kan... hehehe... tapi tidak untuk belog ini... yer laa belog belum setahun jagung... mana nak dapat kepercayaan kan... :)
Alhamdulillah... semalam berkat hari Jumaat tiba² ternampak ada CPUV pertama untuk tahun ini melekat pada belog ini... kekeke... happy jugak laaa... huhuhu...
Iklan CPUV Nuffnang yang timbul kali ini adalah "Oreo Transformers"... Transformers??.. Wooww!
27 Jun, 2014
Majlis Perpisahan Encik Samsudim
Assalamualaikum...
Seperti yang di rancangkan... lepas solat jumaat tadi... jabatan kami mengadakan Majlis Perpisahan untuk seorang dari opismate kami yang sedang menghitung detik² terakhirnya bersama kami di sini... yakni Encik Samsudim... huhuhu... yang datang pastikan pergi... itu adat duniawi... :)

Cenderahati disampaikan oleh boss kami kepada En. Sam (kanan) sebagai tanda ingatan dari kami semua kepada beliau... oleh sebab dah berbungkus tu kan... so tak nampak la plat yang sudah terpahat di situ.... :(
2014
,
DBKL
,
farewell
,
makan
,
officemate
Cenderahati Ukiran Khat atau Kufi Ayat Quran
Assalamualaikum...
Petang semalam idah ditugaskan untuk membeli Cenderahati Ukiran Khat atau Kufi Ayat Quran untuk diberikan kepada salah seorang rakan kami yang akan meninggalkan kami iaitu berhenti kerja daaa.... yang mana hari isnin depan merupakan hari terakhir kami dapat bekerja bersama...
Setelah collection di buat... dapat dalam lebih RM300... jadi idah pun keluar awal petang semalam... bagi melaksanakan misi mencari cenderahati tersebut... nasib en. suami dapat ambik awal... tq dear :D
2014
,
officemate
,
shopping
26 Jun, 2014
Deko Asnaf Bersama Al-Waasi & Lawatan Ke Petrosains
Assalamualaikum...
Sempena kedatangan bulan ramadhan yang hampir tiba... kami team Al-Waasi telah berpakat dan merancangkan satu lagi program kebajikan... kali ini kami memilih untuk mengecat dan mencantikkan rumah keluarga asnaf dan fakir miskin.... yang mana kami namakan Deko Asnaf Bersama Al-Waasi :)
Sebuah keluarga kurang berkemampuan yang mempunyai anak seramai 10 orang yang mana majoriti masih bersekolah telah terpilih... yakni Keluarga Encik Adul... :) setelah kebenaran beliau kami perolehi dan alhamdulillah setelah penajaan kelengkapan mengecat dan lain² kami terima... AHAD lepas telah berlangsungnya program ini....
Seawal jam 10.30 pagi... team #alwaasikl telah berkumpul di bawah flat tempat tinggal Abang Adul... kami telah membahagi²kan tugas masing² sedari awal lagi... yang lelaki telah ditugaskan untuk mengecat, membaikpulih dan mencantikkan rumah Abang Adul... dan sementara itu... kaum wanita pula ditugaskan untuk membawa isteri dan anak² Abang Adul bersiar² sementara menunggu rumah mereka siap diubahsuai... :)
25 Jun, 2014
Nak Baju Frozen
Assalamualaikum...
Filem Frozen dah lama dah ditayangkan... sepatutnya sekarang nie dah sejuk dah pun kan... dah nak keluar filem Transformers dah pun... :D ermmm tapi tidak di rumah idah... lagu² Frozen masih berkumandang.... baik yang lelaki... baik yang perempuan... dok laa nyanyi lagu Frozen tu... walau pun bunyinya dah ada sleng Jerman dah... hehehe....
Nyanyi saja tu tak per la kan.... tapi semalam tiba² anak dara idah sorang nie... requestt.... "Ibu...! Iyah (Adelia) nak baju Frozen boleh tak.... tolong la belikan Iyah baju Frozen..." erkkkkkk.... terkedu sekejap... mana pulak laa ibu kau nak cari baju Frozen adelia oiii.... haishh.. macam² laa budak sorang nie... semenjak dari dia mintak tu... terus menerus dia mintak... mendayu² dan manjaaa jerr cara dia mintak tu... :)
24 Jun, 2014
Hari Mengambil Report Card
Assalamualaikum...
Dah naik sekolah semula nie... mesti banyak sekolah yang buat Hari Terbuka... atau pun Hari Mengambil Report Card kan... :) guru² tak menang tangan melayan kerenah ibu bapa...
Iyerr... ibubapa pun ada karenah tau... ada yang mengucapkan terima kasih kepada guru²... ada yang meminta perhatian lebih diberikan kepada anak mereka... dan tidak kurang juga yang memarahi guru²... hehehe... macam² kan...
20 Jun, 2014
Jamuan Sambut Ramadhan Yang Ringkas
Assalamualaikum...
Ramadhan semakin hampir... oleh itu sebagai menyambut kedatangan ramadhan... kami team DBKL pun buatlah sedikit jamuan... jamuan ringkas yang menunya tak berapa nak ringkas pun... hehehe...
Selain dari mengalukan kedatangan ramadhan, jamuan ini juga adalah bersempena dengan jabatan kami yang telah menang tempat ke 5 department performance masa annual dinner tempohari... dapat laa RM300... jadi tu yang buat makan² sikit tu...

2014
,
DBKL
,
makan
,
officemate
,
rakan
19 Jun, 2014
Hadiah Dari Guru
Assalamualaikum...
Petang idah pulang dari kerja... seperti biasa rumah riuh rendah dengan suara² adelia, nabihan dan ayesha bergurau senda, yang kemudian di selangi dengan laporan demi laporan dari adelia tentang apa yang berlaku di rumah sepanjang idah dan babahnya tiada di rumah... :D
Kemudian giliran si kakak pula... dengan wajah yang berbunga² datang dan menunjukkan sesuatu... ohhh..! kakak dapat hadiah dari guru siang tadi... hadiah itu adalah sempena kecemerlangannya di dalam peperiksaan penggal yang baru lepas ini...
Sekor Dinasour Dengan Henpon
Assalamualaikum...
Anak lelaki dan anak perempuan... peel nya... memang tak sama... kalau yang perempuan gini... yang lelaki pula gitu... ermm... kalau kalian ada anak lelaki dan perempuan... haaa tau laa perbezaan mereka tu... tapi anak lelaki lagi banyak ragamnya... makin besar makin macam² ragamnya... kadang² peningg.... dan kadang² kelakar pun iyerr... :D
Ini kisah anak bujang idah sorang nie... pagi² semalam dia dah siap nak ke sekolah... kebetulan dia lalu depan idah dan idah ternampak poket seluar belakangnya terbonjol... idah tau... kalau idah pandang poket dia dan idah panggil dia sure dia taknak datang punya... so idah pun buat² pangil dia... suruh salam sebelum ke sekolah... hehehe...
Dengan senyum meleretnya... dia datang walaupun dengan muka agak cuak gitu... yer laa... kalau cuak mesti ada yang disorokkan tu kan... :D ermmm... idah hulurkan tangan... dia pun sambut dan kami pun bersalaman dan idah cium dia kiri kanan atas... muah.. muah... muah... pastu idah terus pegang tangan dia... hehehe.. bukan apa, takut dia lariii... pastu idah terus raba poket belakang dia...
18 Jun, 2014
17 Jun, 2014
Acikidah Di FreemarketBTR
Assalamualaikum...
Masih lagi dalam mood #freemarketBTR... hehehe... ermm yer la... nak buat acara tu persiapannya mengambil masa berminggu²... meeting berkali²... dan juga melibatkan banyakkkk pihakk... hanya untuk acara yang mengambil masa 2 - 3 jam tu... so feel freemarket tu masih segar diingatan... :)
Hari ni idah nak kongsikan dan abadikan kenangan acikidah di freemarketBTR... ekceli idah bukanlah salah seorang committee untuk freemarketBTR ini... untuk program ini idah hanya sebagai penasihat sahaja... dan juga tukang komen dan komplen... hehehe...
2014
,
aktiviti
,
AL-WAASI
,
freemarket
,
kebajikan
16 Jun, 2014
Shawl Dari FreemarketBTR
Assalamualaikum...
Semalam adalah merupakan hari berlangsungnya #freemarketBTR di perkarangan Masjid Saidina Osman Al-Affan, Bandar Tun Razak, Kuala lumpur... Free Market atau Pasar Percuma dimana pengunjung boleh MENGAMBIL APA SAHAJA yang ditawarkan di event tersebut secara PERCUMA... makanan, minuman, pakaian, barangan rumah, kasut, beg, barangan elektrik dan macam² lagi... Ini adalah merupakan event freemarket yang pertama diadakan di Cheras, Kuala Lumpur...
Alhamdulillah dengan izinNya event ini telah berlangsung dengan jayanya yang seperti apa yang telah kami rancangkan... :) cuaca juga sungguh baik tidak hujan dan tidak juga terlalu panas...
2014
,
acara
,
AL-WAASI
,
freemarket
,
kebajikan
13 Jun, 2014
Pagi Jumaat Yang Barakah Buat Team Al-Waasi
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... syukurr... :D idah happy sangat² pagi nie... sangat.. sangat... okayy...!!! ... hik3x... benar la kata orang... jika kita merancangkan sesuatu yang baik insyaallah Allah akan permudahkan segalanya... :)
Di pagi Jumaat yang penuh barakah ini... tiba² idah dapat mesej dari seseorang yang tidak pernah idah kenali sebelum ini... menurutnya... beliau TELAH memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun Al-Waasi sebagai sumbangan peribadi kepada mereka² yang memerlukan... idah namakan beliau Emilia... :D
12 Jun, 2014
20 Tahun Tidak Bersua
Assalamualaikum...
Sedari darjah 1 sehinggalah tingkatan 5... kami bersekolah di sekolah yang sama... walaupun ada kalanya tidak sama kelas... tetapi oleh kerana lamanya kami bersekolah sama membuatkan kami jadi rapat... dan juga oleh kerana sifatnya yang selalu mengalah dan penyabar dengan perangai kawan² yang kaki menyakat membuatkan dia mudah didekati dan disenangi... itulah sahabat idah yang bernama Aniza... :)
Hampir lebih 20 tahun kami tidak bersua muka... kiranya semenjak tamat sekolah menengah la... selama ini jika ada berhubungan pun hanya melalui facebook atau YM... sebelum² nie ada juga rakan² buat gathering... tapi.... ermmm... kenapa yer akak tak pegii... ahaksss... :D
Alhamdulillah... kebajikan telah menemukan kami semula... syukur... :) beberapa hari yang lalu Aniza telah whatsapps idah dan beritahu yang dia bersama seorang rakannya telah mengumpulkan sedikit barangan terpakai untuk disumbangkan kepada mereka² yang memerlukan dan juga meminta untuk idah mengambil barangan tersebut di rumahnya... :D
2014
,
kebajikan
,
nostalgia
,
schoolmate
11 Jun, 2014
2 Skirt Chiffon, 1 Blaus Dan 2 Shawl
Tiba² mood shopping TERdatang pula hari ini... aduhh... panas² kat luar tu dan sorang² pun ku harung juga... semata² nak cari skirt chiffon... :D ekceli dah lama dah idah cari skirt tu... tapi tak jumpa yang berkenan... pastu semalam dok sembang² ngan Cik Arpah sebelah meja nie... dia kata kat Medan Mara Semua House dia ada nampak banyak palazzo chiffon... tapi skirt dia tak perasan pula...
Banner FreemarketBTR Dinaikkan
Assalamualaikum...
Acara #freemarketBTR akan berlangsung tidak lama jer lagi... kami team #alwaasikl sangat berdebar² dan juga teruja... selagi belum sampai tarikhnya... terasa macam² yang belum siap... semakin dekat tarikhnya semakin kuat rasa debaran... hehehe... al-maklum laa ini penganjuran pertama freemarket buat team Al-Waasi... :D
Malam tadi beberapa orang team Al-Waasi telah menaikkan beberapa banner event FreeMarketBTR ini di sekitar Bandar Tun Razak dan Cheras bagi menjemput komuniti Kuala Lumpur untuk turut sama merasai dan sekaligus menjayakan program kebajikan yang julung kali diadakan di sekitar Cheras ini...
2014
,
acara
,
AL-WAASI
,
freemarket
,
kebajikan
10 Jun, 2014
Jangan Conteng Dinding Lagi...
Assalamualaikum...
Aduhh... dah petang baru dapat nak menulis... bz skit hari nie ;(... semalam cuti jadi hari nie datang² kerja dah bertimbun... ermm... siapkan la dulu mana yang penting kan...
Semalam idah ambil cuti tahun... cadangnya nak bawa anak² ke melaka (melaka lagiii....) jalan² atau pun ke zoo negara (zoo lagiii) ker... tapi tak jadi... sebab semalam ada orang nak datang rumah pula... kesian kat budak² tu... jadi lepak sehari suntuk ngan dorang jer la kat rumah...
Memandangkan ada waktu terluang tu... duduk saja pun bosan juga kan... so idah pun cat rumah... hik3x... akak cat rumah tauu... :D cat tu dah memang ada... jadi tinggal en suami belikan roller jer...
2014
,
anak-anak
,
cuti tahun
,
Nabihan
06 Jun, 2014
Saksikan Dato Siti Nurhaliza Berlatih Di DBKL
Assalamualaikum...
Ini kisah pagi semalam... sedang idah kusyuk dok buat keje... tiba² Rajesh officemate datang kat depan meja idah... "Kak idah.... kat sebelah ada Siti Nurhaliza laa..!"... huhh..!!! haishh ko biar benar... pastu ada pula yang menyampuk... iyer laa... dia nampak Dato Siti masa dia tengah cakap phone kat luar... :D
Opppss... aper lagikk... idah pun dengan cargasnyaa... terus ke bilik studio DBKL di sebelah bilik projek kami... hehehe... ramai ruper nyer yang mengekor dibelakang ku... dengan selambanya buka pintu bilik studio tu... Mardhia jengah dulu... tengok betul ker Dato Siti kat dalam tu... hehehe... :D iyer daaa.... betulll!!!... hik3x... masing² muka terus bersinar²...

Buat muka doposen... tanya boleh masuk tak... pastu ada brader² DBKL kat dalam studio tu kata boleh²... :D hik3x... perghh rezeki...!!... masa kami masuk tu.. Dato Siti tengah baru nak mula nyanyi... so kami dok la dendiam di tepian itu... :D
05 Jun, 2014
Langsir Pra Raya ~ Roman Blind
Assalamualaikum...
Dah lama idah berangan nak pasang langsir Roman Blind untuk bilik si kakak... suka stylenya simple jer... tapi asyik dok bertangguh jer... dari setahun ke setahun tak buat² juga...
Sumber : google.com
Roman Blind nie selain dari dia nampak kemas... dia juga mudah untuk diselenggara... cuma mungkin harga upahnya yang agak mahal membuatkan ianya kurang mendapat sambutan... gojes kannn.... :D
04 Jun, 2014
Selfie, Monopod Dan Meeting
Assalamualaikum...
Hehehe... tajuk macam tak sync jer kan... selfie dengan monopod tu ok laa... tapi tiba² ada meeting... haiyakkk... dalam meeting pun ada orang selfie dan berMonopod kerr... :D ader laa... itu la... ACIKIDAH... kuang3x...
Orang dok serius meeting... idah pulak dok sibuk selfie... hehehe... nasib dapat kawan² yang memahami... ;D dorang biorkan ajer idah dok selfie sorang² time meeting tu... tapi ader gak yang Enter Frame kat tepi² tu kan... hehehe... nak jugakkk! :D
03 Jun, 2014
02 Jun, 2014
Makan-Makan ~ HOMST@Prima Saujana, Kajang
Assalamualaikum...

Balik dari kerja jumaat lepas... entah apa mimpi laa babah budak² nie ajak pergi makan masakan cina muslim... dia memang suka chinese cuisine... so pukul 8 malam tu kami keluar... opah(pembantu) tak nak ikut... so idah pergi dengan anak² jerr... :)
Pilihan restoran pada malam itu adalah HOMST@Prima Saujana, Kajang... ini bukan cubaan pertama kami makan disini... banyak kali dah... semasa kami sampai masih ada beberapa meja lagi yang kosong... kami dibawa masuk ke dalam oleh pelayan restoran dan dia memberikan meja bulat kepada kami...
Langgan:
Catatan
(
Atom
)