26 Jun, 2014

Deko Asnaf Bersama Al-Waasi & Lawatan Ke Petrosains

9 ulasan

Assalamualaikum...



Sempena kedatangan bulan ramadhan yang hampir tiba... kami team Al-Waasi telah berpakat dan merancangkan satu lagi program kebajikan... kali ini kami memilih untuk mengecat dan mencantikkan rumah keluarga asnaf dan fakir miskin.... yang mana kami namakan Deko Asnaf Bersama Al-Waasi :)



Sebuah keluarga kurang berkemampuan yang mempunyai anak seramai 10 orang yang mana majoriti masih bersekolah telah terpilih... yakni Keluarga Encik Adul... :) setelah kebenaran beliau kami perolehi dan alhamdulillah setelah penajaan kelengkapan mengecat dan lain² kami terima... AHAD lepas telah berlangsungnya program ini....



Seawal jam 10.30 pagi... team #alwaasikl telah berkumpul di bawah flat tempat tinggal Abang Adul... kami telah membahagi²kan tugas masing² sedari awal lagi... yang lelaki telah ditugaskan untuk mengecat, membaikpulih dan mencantikkan rumah Abang Adul... dan sementara itu... kaum wanita pula ditugaskan untuk membawa isteri dan anak² Abang Adul bersiar² sementara menunggu rumah mereka siap diubahsuai... :)




Lawatan Ke Petrosains

Kami telah memilih untuk Lawatan Ke Petrosains, KLCC sebagai tempat untuk anak² ini beriadah sambil menimba ilmu... pada mulanya mereka seolah² macam tertanya²... kemana dan apakah yang akan mereka lalui... mungkin mereka tidak pernah ke tempat yang sebegini kan... hahaha... even idah pun first time okayy... :D





Lawatan Ke Petrosains

Setelah menaiki keretapi mini dan melalui terowong gelap yang disiarkan dengan pelbagai dokumentari di skrin besar... kami pun memasuki pusat Petrosains... haaaaa.. anak² ini sudah mula merasa selesa dan gembira... :)





Lawatan Ke Petrosains

Gembira, teruja dan enjoy betul anak² ini... segala yang ada di Petrosains itu ingin dicubanya... kami layankan sajaa... :)



Lawatan Ke Petrosains

Bukan saja anak² kecil itu teruja... yang kakak² tua nie pun sama teruja jugaaaa... hehehehe... aikkk... lupa diri nampaakkk...! :D memang seronok bagi kami yang pertama kali menjejakkan kaki di Petrosains ini... 




Lawatan Ke Petrosains

Setelah 2 setengah jam berlalu... dan hampir segenap pelusuk Petrosains telah dilawati... perut pun mula terasa lapar... kami pun keluar dari Petrosains dan membawa anak² ini makan di KFC... dan setelah itu kami berhenti solat seketika dan sementara itu anak² kecil bermain puzzle di luar surau... :)



Deko Asnaf Bersama Al-Waasi

Sementara kami berjalan² dan bersuka ria di Petrosains... kaum adam pula sibuk mengecat dan mencantikkan rumah Abang Adul... ini keadaan rumahnya sebelum kami perbaiki...



Deko Asnaf Bersama Al-Waasi

Kerja² mencantikkan sedang di lakukan.... terbaek broo!!... :D



Deko Asnaf Bersama Al-Waasi

Dan inilah hasilnya... taranngggg...!! haaa... amacam? cantik tak? :D dari lantai yang polos... telah dihamparkan dengan tikar getah yang baru... dari pintu yang berconteng² dan tiada tombol... telah diperindahkan dan digantikan dengan tombol yang baru... dari dinding yang kusam... telah dicat rata dan sedap mata memandang.... tahniah team Adam... (y) 



Deko Asnaf Bersama Al-Waasi

Inilah team abang² sasa yang telah sama² mencantikkan rumah Abang Adul dan sekali harung menggembirakan keluarga besar ini...  All of you did a great job broo... terbaekk... :D


Setelah kerja² mencantikkan siap... kami team wanita telah membawa pulang anak² dan isteri Abang Adul ke rumah mereka...



Deko Asnaf Bersama Al-Waasi & Lawatan Ke Petrosains

Gembira tidak terkata anak² dan isteri Abang Adul... seronok sungguh mereka... senyuman senantiasa terukir di wajah mereka masing²...



Deko Asnaf Bersama Al-Waasi & Lawatan Ke Petrosains

Setelah mengucapkan terima kasih kepada keluarga ini kerana memberi peluang kepada kami untuk berbuat kebajikan kepada mereka... bacaan doa dibacakan memohon agar tuhan merahmati segala usaha kami ini dan juga memberikan kami kesempatan untuk melakukan kebajikan lagi dan lagi... :)




Deko Asnaf Bersama Al-Waasi & Lawatan Ke Petrosains

Masing² bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal antara satu dengan lain... terutama dengan anak² Abang Adul... masih ada sofa hasil sumbangan yang belum kami masukkan lagi... kerana ketiadaan kenderaan besar... itu kami hutang... :)




Deko Asnaf Bersama Al-Waasi & Lawatan Ke Petrosains

Tidak ketinggalan idah abadikan kenangan bersama isteri kepada tuan rumah ini... 


Alhamdulillah... segalanya selesai dengan jayanya... segala peralatan mengecat, cat, tikar getah, tombol pintu dan juga kos kami membawa anak² Abang Adul beriadah... semuanya adalah hasil sumbangan beberapa individu yang prihatin...


Oleh itu... kami team Al-Waasi... dengan rendah hati... mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua PARA PENYUMBANG yang telah sudi menyumbangkan samada peralatan, wang ringgit dan juga masa dan tenaga anda semua... hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalasnya...


Harapan kami juga... agar dengan keadaan rumah yang lebih selesa ini... anak² Abang Adul dapat tinggal dan belajar dengan selesa... dan semoga anak² ini menjadi anak yang berguna kepada kedua ibubapanya, agama, bangsa dan negara... Insyaallah... :)




9 ulasan :

  1. Bagus nya buat aktiviti macam ni. Keep it up akak. Saya dulu kerja kat Petrosains. Memang suka tengok gelagat budak2. Tapi kdg2 org tua excited lebih

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut ramadhan
    Salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, rezeki keluarga tu kak. hopefully usaha team akak akan bnyk beri kebaikan pd masyarakat ya

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..nmpk ida selalu bt kerja kebajikan.. memang ada team kat sana ea.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyer Jie... kami sama2 tubuhkan sebuah persatuan kebajikan yang kami namakan Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur... dulunya kami gerak secara underground... setelah setahun... kami pun daftarkan la persatuan... untuk lebih senang bergerak... malam nie pun ada program lagi... tapi untuk gelandangan di pusat bandar Kuala Lumpur... jemput... jemput... :)

      Padam
  5. Subhanallah walhamdulillah... mmg benar apa yg diperkatakan oleh para cerdik pandai yg kdg kala rezeki yg kita dpt tidak semestinya utk kita.. tp dgn itu, ia membawa lebih kebaikan buat kehidupan kita & org lain.. Semoga segala usaha terus dipermudahkan & tercapai matlamat dgn sepenuh keberkatan... aamiin.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah ... semoga dgn usha al waasi dpt memberi kegembiraan kpd keluarga tersebut .

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D