Assalamualaikum...
Acara #freemarketBTR akan berlangsung tidak lama jer lagi... kami team #alwaasikl sangat berdebar² dan juga teruja... selagi belum sampai tarikhnya... terasa macam² yang belum siap... semakin dekat tarikhnya semakin kuat rasa debaran... hehehe... al-maklum laa ini penganjuran pertama freemarket buat team Al-Waasi... :D
Malam tadi beberapa orang team Al-Waasi telah menaikkan beberapa banner event FreeMarketBTR ini di sekitar Bandar Tun Razak dan Cheras bagi menjemput komuniti Kuala Lumpur untuk turut sama merasai dan sekaligus menjayakan program kebajikan yang julung kali diadakan di sekitar Cheras ini...
Banner ini dinaikkan agak sedikit terlewat dari tarikh yang kami rancangkan... berikutan ada sedikit masalah teknikal... walaubagaimana pun syukur ianya dapat juga dinaikkan dalam jangka waktu yang bersesuaian...
Bagi yang masih kurang jelas berkenaan event FreemarketBTR ini... ianya adalah satu konsep kebajikan gaya baru... :D dimana setiap orang diberikan peluang untuk menjadi penyumbang dan juga penerima sumbangan... jika kita ada barangan yang masih baik dan boleh digunakan lagi tapi kita tidak memerlukan/menggunakannya lagi... kita hanya perlu bawa barangan tersebut dan pamerkan di acara tersebut... dan sesiapa saja boleh menyambilnya dengan cara berhemah dan sopan santun... dan ianya pula berkonsepkan CarBoot style... kita boleh letakkan barangan di boot kereta atau hamparkan sahaja tikar atau plastik dan pamerkan barangan kita... semuanya adalah PERCUMA... :D
Sehingga kini beberapa syarikat, NGO dan juga individu telah memberikan pengesahan penyertaan bagi menjayakan FreemarketBTR ini... antaranya karangkraf, kindness, HUKM, Exquisite, Sahabat Jiwa Murni, beberapa persatuan penduduk dan banyak lagi... :D
2 buah rumah anak yatim insyaallah akan menjadi pengunjung iaitu Rumah Anak Yatim Baitul Baraqah dan Rumah Ar-Rahmaniah... selain itu puluhan keluarga jemputan khas Asnaf dan Fakir Miskin sekitar Cheras juga bakal menjadi pengunjung disamping menerima bantuan khas yang akan disumbangkan oleh pihak Masjid Saidina Osman sendiri...
Dengan rendah hati... idah mewakili Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur ingin menjemput anda semua penduduk Kuala Lumpur untuk turut sama menjayakan program kebajikan yang julung² kali diadakan ini samada sebagai PENYUMBANG/CONTRIBUTOR mahupun sebagai PENGUNJUNG/PENERIMA SUMBANGAN yang bakal diadakan seperti berikut...
Lokasi : Perkarangan Masjid Saidina Osman, Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur.
GPS : 3° 05' 29.98"N 101° 43' 05.09"E
Tarikh : 15 Jun 2014 (Ahad)
Masa : 09 - 11 Pagi (2 jam SAHAJA)
Info Lanjut : 019-306 1827(Eichal), 019-393 2990(Wan),
016-226 2445(Rafizal)
Info Lanjut : 019-306 1827(Eichal), 019-393 2990(Wan),
016-226 2445(Rafizal)
Nota : Semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama boleh menyertainya...
#freemarketBTR... beri atau ambil apa sahaja... (y)
Okay... jom.. jom... jom... #freemarketBTR... jumpa kita disaanaaa... :*
Okay... jom.. jom... jom... #freemarketBTR... jumpa kita disaanaaa... :*
Semoga segalanya berjalan lancar :-)
BalasPadamAlhamdulillah, dapat sambutan menggalakkan dari pihak contributors..InsyaAllah, penerima juga akan ramai yg datang..free maa...
BalasPadamCharity yg sangat bermakna pasti mendapat sambutan baik pihak ramai.
BalasPadamsemoga semuanya dipermudahkan & berjalan dengan jayanya :-)
BalasPadamAlhamdulillah...semoga usaha murni program ini akan berjalan lancar dan diberkati olehNya...nanti saya promote event nie kat FB saya..
BalasPadamRegards,
-Strider-
TQVM Lan... ;)
BalasPadamIn shaa Allah.. klu ada kesempatan waktu, teringin juga nak singgah... Semoga dilancarkan segalanya & mencapai matlamat spt yg diharapkan... aamiin..
BalasPadamsuka tengok kerja kerja yang idah tunjukkan. Nampak betul kerjasamanya kat situ
BalasPadam