Freemarket atau Pasar Percuma semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di sekitar Lembah Klang... semakin ramai yang berani tampil samada untuk menjadi penganjur, penyumbang atau pun pengunjung...
Oleh itu bagi memudahkan anda membuat perancangan jika ingin turut serta, Idah senaraikan aktiviti Freemarket yang bakal berlangsung sepanjang bulan Oktober 2014 ini... :)
Event ini adalah terbuka kepada semua... segala barangan yang ditawarkan adalah diberi secara PERCUMA... yerr..!! (y)
Event : FreemarketUNIKLMFI Venue : Perdana Hall, UNIKL MFI, Bandar Baru Bangi Tarikh : 12.10.2014 Masa : 09:00 pagi - 12:00 tengahari
Seperti yang idah janjikan... berikut adalah senarai FreeMarket yang Bakal Berlangsung Sepanjang September 2014 ini... sebagai memudahkan untuk uols merancang jika berminat ingin turut serta... :)
Cuti sempena Hari Malaysia baru² ini telah berlangsungnya FreemarketPJ Yang Happening di Dataran Petaling Jaya... seperti hebahan idah sebelum ini... syukur... idah dan anak² juga berpeluang turut serta pagi itu... :)
Untuk yang tidak tau apa FreeMarket atau Pasar Percuma... ianya adalah merupakan suatu konsep kebajikan gaya moden... dimana sesiapa saja (NGO atau individu) boleh menjadi penyumbang dan juga penerima sumbangan dalam satu masa pada event tersebut... biasanya hanya berlangsung selama 2 ke 3 jam sahaja... Terbuka Kepada Semua tidak kira apa bangsa, agama, golongan semuanya boleh berbuat kebajikan :) ... barangan yang disumbangkan juga tidak diterhadkan... apa saja boleh disumbangkan... perkhidmatan, perabot, pakaian, makanan, peralatan elektrik, mainan dan macam² lagi... segala yang di tawarkan adalah PERCUMA kepada pengunjung... :D
Alhamdulillah... majlis berlangsung dengan meriah sekali... walaupun gerimis diawal pagi... namun pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat telah turun bersama².... dengan satu tujuan yakni berbuat Kebajikan... :)
Free Market atau Pasar Percuma datang lagi...!!! ahhaa jomm... tuan² dan puan² adalah dengan ini dijemput ke #FreeMarketPJ yang akan berlangsung di Dataran Petaling Jaya pada esok hari 16 September 2014 bermula jam 9:00 pagi sehingga jam 11:00 pagi...
Pada Sabtu 2 minggu lepas telah diadakan #freemarketPandanPrihatin yang bertempat di Dagang Avenue Food Court, Ampang... yang mana telah dianjurkan oleh team #PandanPrihatin bermula jam 10 malam hingga 12 pagi...
Ini adalah koleksi baju lama dan baru acikidah... dan ini baru sebahagian jerr... huhu... baju berlambak² tapi tak pakai²... daripada tak pakai kan... duduk terperuk dalam almari tu sampai dah tak cukup space dan membuak ke luar almari... idah rasa lebih baik diberikan kepada orang² yang lebih memerlukannya... kena pula tak lama lagi syawal akan menjelma kan... so beberapa hari ini idah dok mengemas lah sikit² baju² tu... keluarkan mana yang tak nak pakai dah...
Masih lagi dalam mood #freemarketBTR... hehehe... ermm yer la... nak buat acara tu persiapannya mengambil masa berminggu²... meeting berkali²... dan juga melibatkan banyakkkk pihakk... hanya untuk acara yang mengambil masa 2 - 3 jam tu... so feel freemarket tu masih segar diingatan... :)
Hari ni idah nak kongsikan dan abadikan kenangan acikidah di freemarketBTR... ekceli idah bukanlah salah seorang committee untuk freemarketBTR ini... untuk program ini idah hanya sebagai penasihat sahaja... dan juga tukang komen dan komplen... hehehe...
Semalam adalah merupakan hari berlangsungnya #freemarketBTR di perkarangan Masjid Saidina Osman Al-Affan, Bandar Tun Razak, Kuala lumpur... Free Market atau Pasar Percuma dimana pengunjung boleh MENGAMBIL APA SAHAJA yang ditawarkan di event tersebut secara PERCUMA... makanan, minuman, pakaian, barangan rumah, kasut, beg, barangan elektrik dan macam² lagi... Ini adalah merupakan event freemarket yang pertama diadakan di Cheras, Kuala Lumpur...
Alhamdulillah dengan izinNya event ini telah berlangsung dengan jayanya yang seperti apa yang telah kami rancangkan... :) cuaca juga sungguh baik tidak hujan dan tidak juga terlalu panas...
Acara #freemarketBTR akan berlangsung tidak lama jer lagi... kami team #alwaasikl sangat berdebar² dan juga teruja... selagi belum sampai tarikhnya... terasa macam² yang belum siap... semakin dekat tarikhnya semakin kuat rasa debaran... hehehe... al-maklum laa ini penganjuran pertama freemarket buat team Al-Waasi... :D
Malam tadi beberapa orang team Al-Waasi telah menaikkan beberapa banner event FreeMarketBTR ini di sekitar Bandar Tun Razak dan Cheras bagi menjemput komuniti Kuala Lumpur untuk turut sama merasai dan sekaligus menjayakan program kebajikan yang julung kali diadakan di sekitar Cheras ini...
Sekali lagi idah dan Skuad Al-Waasi telah dijemput untuk menjadi contributor/penyumbang bagi program FreeMarket atau Pasar Percuma yang telah diadakan pada hari minggu lepas di belakang Bangunan MCOBA, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur... kami berasa amat berbesar hati kerana dapat menyumbangkan sesuatu kepada komuniti...