17 Jun, 2014

Acikidah Di FreemarketBTR

18 ulasan

Assalamualaikum...


Masih lagi dalam mood #freemarketBTR... hehehe... ermm yer la... nak buat acara tu persiapannya mengambil masa berminggu²... meeting berkali²... dan juga melibatkan banyakkkk pihakk... hanya untuk acara yang mengambil masa 2 - 3 jam tu... so feel freemarket tu masih segar diingatan... :)



Hari ni idah nak kongsikan dan abadikan kenangan acikidah di freemarketBTR... ekceli idah bukanlah salah seorang committee untuk freemarketBTR ini... untuk program ini idah hanya sebagai penasihat sahaja... dan juga tukang komen dan komplen... hehehe... 




Acikidah Di FreemarketBTR

Idah sendiri telah membuka 1 booth dibawah satu NGO lain... dengan dibantu oleh beberapa orang yang sudi turun panas² terik tu... untuk turut sama mengagihkan barangan² yang telah di kumpul hasil sumbangan oleh beberapa orang individu...



Acikidah Di FreemarketBTR


Inilah 4 orang yang telah bertungkus lumus membantu idah menyusun dan menjaga booth sedari awal hingga ke akhir program... buat Shikin, Kak Lina, Amyza (anak buah) & Atikah (permata ku) terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian semua... setiap keringat yang jatuh itu... pasti ada ganjaran dariNya... dan jangan serik untuk bekerjasama lagi yeaa... :D



Acikidah Di FreemarketBTR



Dan... adik ofismate idah yang awesome pada hari itu telah juga turut sama menyumbangkan barangan peribadinya yang mana boothnya telah menjadi tumpuan ramai... sebab dia offer novel tebal² dan bukan calang² novel tau... :D to Cik Arpah, terima kasih berjuta lemon kerana sudi support #freemarketBTR dan turut sama menumpahkan keringatnya pada hari itu... nanti ada lagi jangan serik yeaaa... ;)




Acikidah Menyantuni Anak Yatim


Dalam idah dok terkejar ke sana sini... alhamdulillah... sempat juga idah melayan beberapa orang anak² yatim dan fakir miskin yang datang ke booth kami... kami carikan baju yang tercantik dan sesuai buat mereka... suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata² apabila melayan mereka dan melihat kerenah mereka pabila dapat barangan yang mereka suka... tiada istilah tamak dan komplen/komen pada apa yang mereka lihat... malah mereka bersyukur dan dengan senyuman mengucapkan terima kasih... :)





Acikidah Bersama Anak Kehilangan Ibu dan Bapanya

Syukur... sempat juga idah bergambar dan bertanyakan khabar akan anak yatim piatu ini dan juga kesihatan adik²nya... mengikut beliau adik²nya masih tidur semasa dia keluar rumah bersama dengan 2 orang makciknya yang menemani beliau yang turut sama memeriahkan freemarketBTR ini...



Acikidah & The Geng

Semasa beliau datang ke booth kami... idah memang telah simpankan toys yang cantik² khas buat adik²nya... dan kami penuhkan beg²nya dengan pelbagai barangan & pakaian... ermmm... ada diantara toys itu yang anak² idah ambil di #freemarketMCOBA ... dan ermm biasa lah budak² kan.. mainnya bukan lama pun... kejap jer.. pastu dia dah bosan dia tak nak main dah... jadi idah suruh mereka berikan kepada orang lain pula pada freemarketBTR untuk anak² lain turut sama merasa nikmatnya... hmm... nampak tak pahalanya? dari satu tangan ke satu tangan yang lain... insyaallah pahalanya turun menurun kan tanpa kita sedari... :D



Acikidah Di FreemarketBTR

Pada hari itu juga... macam² ragam ada... dan ini satu darinya... dimana pakcik ni diberitahu oleh rakannya supaya datang ke masjid kerana ada orang beri duit disitu... haiishh... kawan tu punnn...! memang ada pihak masjid berikan sumbangan duit... tetapi itu hanya untuk jemputan khas sahaja... jadi kami tidak mahu mengecewakan pakcik ini... syukur dapat juga kami mengutip sedikit sumbangan pada hari itu juga dan hulurkan kepadanya... berseri² wajah pakcik nie bila kala dia nak pulang...




Acikidah Di FreemarketBTR


Ahha... ini adalah salah satu dari contributor pada hari itu... time nie dah nak habis dah... ramai yang dah pulang... jadi idah baru ada kesempatan untuk berbual² dengan mereka² yang sudi turut sama menjayakan program pada hari itu... ermm... pasangan ini memang terbaek... berkotak² pakaian dibawanya... selagi ada ruang di dalam keretanya, disumbatnyaa... dan menurutnya barangan tersebut adalah hasil kutipan bagi bantuan banjir di Kuantan yang tidak dapat disampaikan suatu ketika dahulu... jadi pada hari itu dia melahirkan rasa sangat bersyukur, teruja dan gembira kerana ¾ dari barangan yang dibawanya habis diambil orang... :) 





Acikidah Di FreemarketBTR


Last but not least... idah juga berkesempatan mengabadikan kenangan bersama dengan Pengerusi dan AJK Masjid Saidina Osman Ibni Affan yang mana telah banyak membantu kami daripada menyediakan tapak, ke bantuan sumbangan fakir miskin & anak yatim sehingga lah ke makanan lagiii... syukur alhamdulillah... hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalasnya... :)


Disini idah amat² bersyukur, teruja dan gembira yang tidak terkata di atas penganjuran program freemarketBTR ini yang mana ianya adalah program sulung #alwaasikl bagi penganjuran freemarket... walau pelbagai rintangan dan kekangan yang di hadapi... terutamanya disaat² akhir... namun Team freemarketBTR telah BERJAYA merealisasikannya... SYABAS dan TAHNIAH khas buat kalian dan juga pada para aktivis dan sukarelawan Al-Waasi... u all the best... (y) :D


Kepada anda semua... terima kasih atas segala sokongan, doa dan juga kata² semangat yang telah kalian berikan dari sebelum sehinggalah ke hari ini... syukran jazilan juga kerana sudi membaca bebelan idah ini... :)



18 ulasan :

  1. sama2 bantu meringankan beban golongan yang susah..

    zee nak tanya kak, cam sumbangan baju2 terpakai tahu tak mana nak sedekah??
    semalam dok kemas, banyak baju kurung yang elok..baju melayu pon banyak sebab pakai time raya jer..nak letak kat box recycle tepi jalan cam musykil skit sebab banyaknya pegi ke kebajukan cina..kalo ada aktiviti camni lagi tolong inform yer..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zee tinggal mana? Nak beri pada k idah pun boleh... Syukur... Tapi kalau lepas raya boleh tak? :)

      Padam
  2. Alhamdulillah...Berjalan lancar jugak nampaknya event ini...Semoga usaha murni ini akan mendapat keredaanNya...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. Bagusnya ada aktiviti begini. Kak pun tak pasti kat SP ada ke tak..
    Kalau dekat, boleh juga sumbang apa yang ternampu kan:-))

    BalasPadam
  4. tahniah idah...teruskan usaha murni ni yer..

    BalasPadam
  5. tahniah..alhamdulilah
    ampa perjalanan acara smua lancar..
    saya yg baca pun teruja..
    kalau ada pluang tringin jugak nak joint ;0

    BalasPadam
  6. Tahniah acik idah.. keep it up k.. =D

    BalasPadam
  7. kak.. saya pun kalo ada sumbangan nak kasi boleh ke..??

    BalasPadam
  8. idah..alhamdulillah.. membantu dgn cara yg termampu...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...best bila tengok macam nikan..perkara yang kita buat yang boleh mengembirakan orang lain..semoga usaha acik idah dipermudahkan. In shaa Allah one day kita pun teringin nak join...

    BalasPadam
  10. wah... bagusnya awak... apa pun, tahniah kerana berjaya menganjurkan program sebegini....

    BalasPadam
  11. dok puchong kak..
    lepas raya pon boleh..kalo before raya pon boleh jugak..pape nanti akak inform yer..
    email pon boleh

    BalasPadam
  12. bestnya acik..usaha murni acik n geng, moga Allah membalasnya :)

    BalasPadam
  13. Seronoknya event mcm ni... mmg menarik. Klu ada kesempatan & kena waktunya, nak juga singgah.. Semoga diberkati segala usaha untuk manfaat insan.. aamiin.. :)

    BalasPadam
  14. sekali tengok gambar tadi, ingatkan nk berkelah. hehehe

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah..teruja baca pasal event ni..
    Minat la nk join....jelajah malaysia jangan lupa singgah negeri kedah..

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah... xdapat bayangkan betapa gembiranya mereka yg mendapat bantuan...

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D