Assalamualaikum...
Semalam adalah merupakan hari berlangsungnya #freemarketBTR di perkarangan Masjid Saidina Osman Al-Affan, Bandar Tun Razak, Kuala lumpur... Free Market atau Pasar Percuma dimana pengunjung boleh MENGAMBIL APA SAHAJA yang ditawarkan di event tersebut secara PERCUMA... makanan, minuman, pakaian, barangan rumah, kasut, beg, barangan elektrik dan macam² lagi... Ini adalah merupakan event freemarket yang pertama diadakan di Cheras, Kuala Lumpur...
Alhamdulillah dengan izinNya event ini telah berlangsung dengan jayanya yang seperti apa yang telah kami rancangkan... :) cuaca juga sungguh baik tidak hujan dan tidak juga terlalu panas...
Seawal jam 7 pagi... satu demi satu penyumbang dan sukarelawan memasuki perkarangan masjid... masing² seperti tau apa yang mereka perlu lakukan... menyusun, menghias booth masing²... walaupun kebanyakannya adalah merupakan penyumbang freemarket kali pertama :) ...
Pelbagai barangan dan perkhidmatan telah ditawarkan oleh setiap penyumbang... dari sekecil barangan hingga lah sebesar barangan... segalanya diberikan secara PERCUMA dan dengan hati yang tulus ikhlas...
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga telah membuka kaunter pemeriksaan kesihatan, kaunseling dan khidmat nasihat kesihatan secara PERCUMA... PPUKM telah membawa lebih dari 26 orang sukarelawan yang terdiri dari pelajar² perubatan dan kejururawatan yang mana telah memberikan servis kepada lebih dari 100 orang pengunjung... excellent job! (y)
Lebih kurang jam 8.30 pagi... event freemarketBTR telah dibuka kepada para VIP @ jemputan khas freemarketBTR yang terdiri dari 3 buah rumah anak yatim, dan puluhan keluarga asnaf dan fakir miskin... setiap dari mereka telah diberikan tag VIP untuk memudahkan para penyumbang mengetahui dan mengecam mereka dan untuk memudahkan penyumbang untuk memberikan barangan/servis yang terbaik buat mereka ini... :)
45 minit diperuntukkan untuk para VIP dan setelah itu barulah event dibuka kepada orang awam... pada mulanya mereka seperti malu² dan takut² untuk mengambil barangan yang dipamerkan kerana seakan tidak percaya yang segalanya diberikan secara percuma... ramai juga yang bertanyakan kepada sukarelawan kami samada bolehkah ambil itu... ambil inie... :D
Setelah sejam berlalu... satu majlis penyampaian sumbangan telah diadakan bagi 2 buah rumah anak yatim dan juga lebih 20 keluarga asnaf & fakir miskin yang disumbangkan oleh pihak Masjid Saidina Osman yang mana telah disampaikan oleh Datuk Salleh selaku Pengerusi di Masjid Saidina Osman....
Jika anda masih ingat di media sosial dan media perdana telah memaparkan kisah sepasang suami isteri yang telah meninggal dunia disebabkan kemalangan ngeri digilis lori di Jalan Cheras beberapa minggu yang lalu... dan telah meninggalkan 5 orang anak²nya yang masih kecil... anak yang sedang dipeluk di gambar di atas adalah merupakan anak sulung kepada pasangan tersebut... yang mana beliau telah menjadi jemputan khas kami pada hari itu...
Alhamdulillah... syukur... segalanya bermula dan berakhir dengan baik... penyumbang, pengunjung, sukarelawan, aktivis, dan terutamanya team Al-Waasi bersyukur dan berasa amat gembira sebelum, semasa dan juga selepas program ini berlangsung... banyak feedback yang meminta kami mengadakannya lagi dan banyak juga pihak yang memohon untuk Al-Waasi berkolaborasi dengan mereka untuk melaksanakan kerja² amal seperti ini... insyaallah... panjang umur, sihat tubuh badan, ada kelapangan waktu... pasti kami akan adakan lagi... :)
Bagi pihak Persatuan Kebajikan Al-Waasi (#alwaasikl) dengan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada SEMUA pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini... samada yang secara langsung mahupun tidak langsung... dan kami juga menyusun jari sepuluh memohon maaf jika ada sebarang kekurangan di pihak kami dimasa penganjuran acara ini berlangsung samada yang tidak disengajakan mahupun yang disengajakan... kami berharap agar kita dapat berjumpa dan bekerjasama lagi... :)
Alhamdulillah...cantik shawl..
BalasPadam00000000
BalasPadamalhamdulillah ... perkara yg baik , insha Allah akan jadi mudah . sesuai kaler shawl tu dgn warna kulit wajah acik idah .
BalasPadamAlhamdulillah..mulia sungguh gerak kerja macam ni Acik. By the way, saya share link blog ni kat page FB.. izinkan ye ^.^
BalasPadamhttps://www.facebook.com/stanzaaku
TQVM Khamsi.... silakan... :)
Padamwah.ad jgk ye freemarket mcm ni? org awam pn blh amk ke brg free tu? mcm best je hehehe
BalasPadamBolehhh... memang dibuka kepada orang awam pun... semua penduduk planet bumi ini.. tidak kira agama dan bangsa ... :) next time boleh join yer... ;)
PadamSatu aktiviti yg belum pernah kakak lalui sendiri.
BalasPadamKena ada kerjasama semua pihak baru berjaya macam ini.
ada juga aktiviti macam nie kat malaysia.. bersedekah amalam mulia..
BalasPadamsebaknya tgk anak arwah mangsa kemalangan tu :(
BalasPadamsedekah amalan mulia...saham akhirat.
BalasPadamAlhamdulillah. Semoga program berbentuk membantu komuniti ini dapat diteruskan dengan jayanya di masa akan datang.
BalasPadamSALAM. ada baca pasal kemalangan tu..
BalasPadamsalam takziah buat keluarga mangsa..
p.s cantik+ shawl :))
TAHNIAH KEJAYAAN BERAMAL MULIA...IDAH NAMPAK MAKIN SLIM N CNTIK BERSHAWL PINK...
BalasPadamTQ Kak...! Ahhaa... kak paridah nie buat saya berbunga2 laaa... hehehehe... nampak slim itu hanya ilusi semata2... kuang3x... :D
PadamAlhamdulillah...Cantik shawl tu kak..sesuai warna dia ngan kulit akak yang cerah..hehehe
BalasPadamRegards.
-Strider-
Ko perli ek Lan... :P cerah sangat la akak ko niee...
Padammeriah juga yer...
BalasPadamamboi...comel nya idah...
Bagus la program mcmni kan..
BalasPadamAmboi acik idah sempat lagi tue bergaya..segak! =D
menariklah program ni.. tak tahu menahu hihi..
BalasPadammaybe terlepas pandang entry acik idah before this..
Alhamdulillah Tahniah.. program yg meriah & sungguh bermanfaat.. mmg best.. :)
BalasPadambagusnya buat event macam ni.. dekat je btr tu.. inshaaAllah nk p join.. menyumbang dan merembat. heee... inshaaAllah.
BalasPadam