31 Disember, 2013

Bloglist Tak Gempak 2014.

16 ulasan
...السلام عليكم


Bloglist Tak Gempak 2014.


Walaupun akak ngeri tengok gambar orang di atas nie... 
tapi akak nak juga join segmen terakhir untuk tahun ini... :D


。◕‿◕。

KPI Dan Kenangan 2013.

15 ulasan
...السلام عليكم




Gambar Hiasan : Google


Hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2013... tahun ini memberi seribu makna dalam hidup idah... banyak pengalaman pahit manis yang idah tempuhi sepanjang tahun ini... tapi yang manis itu lebih banyak... :)



30 Disember, 2013

Rabak Poket Buka Sekolah.

20 ulasan
...السلام عليكم



Tak sampai lagi 3 hari jer sesi persekolahan 2014 akan bermula... anak² dah teruja nak masuk sekolah... ibu bapa pula... sakit kepala... hehehe... sebabnya semuanya nak pakai RM... tahun 2014 nie kiranya mencabar juga untuk keluarga idah... tahun ni tambah sorang lagi yang masuk sekolah... jumlah 4 orang semuanya... :D



Minggu lepas beli baju sekolah untuk 2 orang yang besar tu... si kakak baju sekolah tahun lepas dah tak boleh pakai lagi... dah senteng... tudung masih boleh lagi... Nuqman pula seluar masih boleh pakai lagi... cuma baju je lengan baju melayu dah senteng juga... so tinggal beli seluar je... beli baju sekolah kebangsaan dan baju sekolah KAFA beserta kasut sekolah 2 pasang sorang... jumlahnya hampir mencecah RM600... fuhhh.... tu tak masuk stokin dan tudung sekolah (dah beli kat tempat lain).... beg sekolah pun pakai yang tahun lepas punya jerr... tu baru 2 orang jer tu....



28 Disember, 2013

Pencarian Cik EN dan Blog - Big Anniversary.

13 ulasan
...السلام عليكم


Hujung² minggu nie Idah nak join segmen.... segmen kali nie dianjurkan oleh Blogger Eintan Nurfuzie... jom tengok syarat²nya... :D


Pencarian Cik EN dan Blog - Big Anniversary.

Syarat untuk menjadi blogger bertuah pencarian cik en

1. Follow blog dan like

2. Buat Entry bertajuk "Pencarian Cik EN dan Blog - Big Anniversary"
3. Tempek banner diatas dan linkkan ke blognya semula...
4. Just tinggalkan link di entry ini


Senang je kan...? :D



(。◕‿◕。)

27 Disember, 2013

Renungan Jumaat #5 : Bersedekah.

21 ulasan
...السلام عليكم



Bersedekah



Bersedekah



Peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman.. :) 
Selamat berhari jumaat semua... Esok cuti best kan.. :D




✿◕ ‿ ◕✿


26 Disember, 2013

Cuti Krismas.

27 ulasan

...السلام عليكم



Semalam 25 December... idah tak keja... fuhh nasib boss tak suruh keja... :D


Untuk mengisi cuti pendek nie... pagi lepas breakfast idah bawa anak² pegi swimming kat Palace Of The Golden Horses... kakak idah pun bawa anak²nya juga... so kalau dah ramai² tau jer la budak² nie... dah masuk air payah nak suruh naik...


Dah mandi manda... mak² dan bapa pula bergym... kat sebelah pool tu je... hehehe... konon... tak sampai setengah jam punnn... dah semput... :D


Pencarian Bloglist 2014 By BBL.

9 ulasan
...السلام عليكم


Pencarian Bloglist 2014 By BBL.

Klik banner kalau nak join..

BBL sedang mencari blog untuk mengisi slot bloglist baru 2014.
10 bloglist di tawarkan kepada blogger lelaki bagi slot blogger kacak &
10 bloglist bagi blogger perempuan untuk slot blogger cantik.

Peluang untuk mendapat slot bloglist sangat besar sebab
BBL dah asingkan antara bloglist lelaki & perempuan.

- SYARAT-SYARATNYA -

2. Buat satu entri bertajuk Pencarian Bloglist 2014 By BBL
3. Letakkan banner di atas & linkkan ke post ini
4. Tinggalkan URL ENTRI korang di kotak komen bawah ini
5. Pemilihan berdasarkan random.org
6. Pencarian ini akan TAMAT 31 DISEMBER 2013blogger yang berjaya akan di umumkan pada 2 Januari 2014

✿◕ ‿ ◕✿


24 Disember, 2013

Gelandangan?..

23 ulasan
...السلام عليكم




Hari nie idah nak kongsikan kisah tentang gelandangan... apa gelandangan tu? kepada sesiapa yang tak tau.. gelandangan bermaksud orang-orang yang tiada pekerjaan dan tempat tinggal yang tetap... biasa kita lihat mereka² nie tidur di tepi² jalan atau kedai, bawah jambatan, hentian bas dan mana saja yang dapat mereka tumpang berteduh dari hujan dan sejuk malam...



Gelandangan nie bukan semua yang tidak bekerja... ada yang bekerja tetapi mereka tidak mampu untuk menyewa rumah ataupun bilik... rezeki yang diperolehi tu hanya cukup untuk menampung makan minum dan keperluan asas sahaja... 



Mungkin ada yang kata mereka nie malas bekerja... yup... mungkinn... idah juga pada mulanya ada berfikiran begitu... tapi itu hanya sebilangan kecil sahaja... kita melihat dari luaran dan kita menghakimi mereka semuanya sama... semuanya malas... tapi cuba kita selami hati dan pengalaman mereka... bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang...


20 Disember, 2013

Renungan Jumaat #4 : Siapa Julaibib.

32 ulasan
...السلام عليكم


Siapa Julaibib


Semalam semasa kuliah zohor di surau DBKL, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani ada berpesan agar kami google mencari mengenai seorang hamba allah yang bernama JULAIBIB...


19 Disember, 2013

Rombongan Ke Langkawi : Day 2 ~ Air Hangat & Kompleks Kraf.

15 ulasan
...السلام عليكم


Setelah berseronok menjelajah Langkawi Geopark ... perjalanan pun diteruskan lagi... kami dibawa ke destinasi seterusnya pula...



Air Hangat Village



Air Hangat Village

Air Hangat... bila dah sebut air hangat tu mestilah ada kolam air panas kan... jom tengok apa lagi yang ada kat sini.. :D masuk adalah PERCUMA... 




17 Disember, 2013

Rombongan Ke Langkawi : Day 2 ~ Langkawi Geopark.

26 ulasan
...السلام عليكم



Hari ke 2 di Langkawi... ermm.. hari ni we all excited sangat.. sebab nak pegi pusing² naik bot :D....




Kenangan di Langkawi
Peserta PLKN Veteran.... kekekeke...




Pukul 8 pagi kami dah breakfast di Restoran Abey.. hehe.. abey lagii... sementara menunggu rakan² lain siap minum pagi... so yang dah kenyang nie posing la dulu... berlatar belakangkan bas PLKN.. hehehe.. nie la bas yang team B naik sepanjang berada di Langkawi... 



14 Disember, 2013

Rombongan Ke Langkawi : Day 1 ~ Makam Mahsuri & Beras Terbakar.

14 ulasan
...السلام عليكم


Selamat Datang Ke Langkawi

Bersambung dari entry sebelumnya... kisah percutian idah bersama rombongan di Langkawi... :D




Restoran Abey Seafood, Kuah

Sejurus sampai di Langkawi... hari pun dah tengahari... kami dibawa makan di Restoran Abey Seafood di Pekan Kuah... makan nasi campur... untuk hari pertama sedap larr... hehehe... semua meluru masuk... masing² kelaparan... :D



13 Disember, 2013

Kisah Kerana Sebiji Kurma.

18 ulasan

...السلام عليكم







Kisah di bawah ini mungkin boleh dijadikan tauladan bagi kita semua untuk lebih berhati-hati dalam bertindak. Jangan sampai ada barang atau sesuatu yang bukan hak kita, lalu kita kuasai atau kita mengambilnya. Kisah seorang lelaki yang telah termakan sebiji kurma yang bukan miliknya. Hatinya tidak tenang sehingga memaksanya mencari siapa pemilik biji kurma tersebut.


Kisah Sebiji Kurma.
  

12 Disember, 2013

Rombongan Ke Langkawi : Day 1 ~ Kuala Perlis.

25 ulasan
...السلام عليكم



Minggu lepas idah & hubby ke Langkawi... :D dah sangat lama rasanya kami tak kesana... terakhir kalau tak silap lebih 6 tahun lepas kott... 


Percutian nie bukan percutian keluarga... tapi ianya ditanggung sepenuhnya oleh sebuah pertubuhan NGO... kami pergi seramai lebih kurang 70 orang dengan menggunakan 2 buah bas persiaran... bas A dan bas B... idah naik bas B... :D



Rakan-rakan yang sama-sama pergi... peace..!!



11 Disember, 2013

Bekerja Walau Syarikat Di Selangor.

17 ulasan


...السلام عليكم




Gambar Hiasan : Google




Hari nie pekerja² yang bekerja di Selangor bercuti kerana sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor... 



Namun begitu diri ini dan teman² sepejabat diarahkan bekerja pada hari ini walaupun kami pekerja Selangor juga.. huhuhu... shedih kan...



06 Disember, 2013

05 Disember, 2013

Ayesha Meragam.

18 ulasan


...السلام عليكم


Perkenalkan... nie anak idah yang no 5... namanya Nur Ayesha (Cahaya Kehidupan)... umur 1 tahun 5 bulan... :D dia nie tak pandai cakap lagi... ikut abang dia.. lambat bercakap... so apa dia nak.. biasanya dia akan tunjuk jer dengan jari... sambil bunyi² kecil... ermmm...



Nur Ayesha Budak Yang Meragam tu... 



04 Disember, 2013

Hujung Tahun 2013.

20 ulasan

...السلام عليكم



Pejam celik... sekejap jer dah sampai di penghujung tahun 2013... rasa macam baru jer lagi daftar anak sekolah awal tahun hari tu...


Biasanya di penghujung tahun nie... ibu bapa sibuk menghabiskan cuti tahun disamping membawa anak-anak pergi bercuti, berkelah atau makan²... yang beragama kristian sibuk bershopping untuk menyambut perayaannya yang bakal tiba... yang melangsungkan perkahwinan pun boleh dikatakan setiap minggu tak putus-putus... tapi itu kebiasaan di negara kita nie la di setiap penghujung tahun nie...


Semalam di pejabat idah dah mula mengagihkan diary 2014 kepada kakitangan dan juga para pelanggan... nak tengok idah punya? ermm... :D



Diary 2014 Acikidah
Tahun nie kaler biru... okay laa not bad... tahun lepas kaler coklat...


03 Disember, 2013

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

12 ulasan

...السلام عليكم


Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

Syarat penyertaan :

Buat satu entri dengan tajuk - Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM
Letak logo diatas dalam entri tersebut. Pastikan ia ada link/backlink ke entri giveaway HASRULHASSAN.COM.

Hadiah :
Hadiah ditawarkan hanya satu, iaitu wang tunai sebanyak RM50 dan akan dipilih secara random kepada mana-mana peserta bertuah.

(。◕‿◕。)


Tanpa Bicara #5 : Perlumbaan Kenaikan Harga.

15 ulasan

...السلام عليكم




Kenaikan RON95 dan Diesel



Kenaikan Harga Gula

02 Disember, 2013

Timetable Cuti Sekolah.

14 ulasan

...السلام عليكم



Timetable
Gambar Hiasan : Google



Dua minggu cuti sekolah telah berlalu... sekejap je masa berlalu... pejam celik dah 2 minggu dah... tinggal 4 minggu je lagi...




Minggu pertama... Nuqman dan Atikah habiskan waktu dengan main jerr.... sebab time tu ada 3 orang sepupunya dirumah... faham² jer la.. budak-budak... kalau dah ramai² kan.. aktiviti aper lagi.. makan dan main jer laa... 


30 November, 2013

Farewell, Yogesh.

12 ulasan


...السلام عليكم



Lepas seorang... seorang... team member project nie berhenti... hari tu Hasanudin... kali nie giliran Yogesh pula meninggalkan kami... sob..sob.. ;( ... semalam 29 November 2013 adalah hari terakhir Yogesh disini....





Ermm... sudah memang adat kan... patah tumbuh hilang berganti... sedih tu memang la rasa sedih... sebab kami bekerja dah macam sebuah keluargakan... so bila sorang dari kami yang pergi... memanglah akan amat dirasai akan kehilangannya... huhuhu... 
*** bila la turn akak pulak iyerr... wakakakaka...





Acikidah @ Sheaffer Counter, Sogo.

Kali nie idah lagi yang kena pergi shopping... :D ... asal ada yang nak berhenti jer... akak soping... hehehe... i likee...!

29 November, 2013

26 November, 2013

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

15 ulasan

Blogger Ayuinsyirah ada menganjurkan segmen khas untuk cuti sekolah... jom kawan-kawan kita support dia.. :D




SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah


syarat-syarat nyer :
1. follow ayu dulu...
2. buat n3 tajuknyer SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah
3. linkkan ke entry beliau
4. kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...
5. dah siap letakkan url n3 uols kat ruangan komen blog beliau

Segmen ni dibuka hingga hari SABTU 30/11/2013 jam 11.00 malam

Bas Awam PERCUMA Di Selangor.

16 ulasan

...السلام عليكم


Dalam Sidang DUN Selangor baru-baru ini... Exco Kerajaan Tempatan ada menyatakan yang Kerajaan Selangor akan melaksanakan perkhidmatan bas awam PERCUMA di seluruh negeri Selangor secara berperingkat-peringkat...



Selangor Perkenal Bas Awam Percuma




Sejak kebelakangan ini kita dihujani dan diserabuti dengan isu pelbagai kenaikan... mula² petrol.. lepas tu gula... GST... tarif elektrik... astro... harga makanan... cukai pintu... dan macam-macam lagi laa yang berlumba-lumba dinaikkan...


25 November, 2013

Mari Belajar Buat Doodle.

17 ulasan

....السلام عليكم


Hati jadi tak karuan... otak tak berhenti berfikir... tidur malam jadi tak lena... buat apa pun jadi tak fokus... $%*)@#!^



Penyakit apakah ini..?



Itulah dia... penyakit nak tau macam mana nak buat doodle... :D ... penyakit nie melanda bilamana idah menang doodle minggu lepas... tak keruan jadinya... hehehe...



23 November, 2013

Kerja Di Hujung Minggu.

16 ulasan


....السلام عليكم



Working
Gambar Hiasan : Google



Hari nie idah kena kerja... kenaaa kay.... sedang kerja niiee... tak ramai pun hari nie.. ada 5 orang jer... 


Errrmmm.... percaya tak rakan² kalau idah katakan yang idah datang kerja hari nie bukanlah kerana bebanan kerja yang melambak-lambak atau tak habis-habis... tapii.... ermm... hanya kerana disuruh bos... ;( 


Oleh kerana dah janji dengan boss... so idah terpaksalah mengotakannya... bila pikir balik macam kelakar... macam bodoh pun ada.. tapi nak buat macam mana.. dah dia boss kan... ermm....


22 November, 2013

Acikidah Menang Doodle.

10 ulasan


....السلام عليكم




Haha.. tajuk n3 cam teruja jer kan… :D




Dipendekkan cerita... awal bulan November baru nie Idah ada menyertai segmen yang dikelolakan oleh blogger Hunyeda iaitu 



Acikidah Menang Doodle.





Dan.. alhamdulillah… idah telah terpilih menjadi salah seorang dari pemenang GA tu.. :D



21 November, 2013

Kenaikan Cukai Pintu 100% hingga 1000%.

13 ulasan

Assalamualaikum...



Kenaikan Cukai Pintu 100% hingga 1000%
Sumber : Google




Pemilik rumah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini dikejutkan dengan kenaikan 100 peratus hingga 1000 peratus nilai Cukai Taksiran / Cukai Pintu yang dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) .



Sehubungan dengan itu, jika pemilik rumah tidak bersetuju dengan nilaian yang telah dibuat oleh DBKL tersebut, perlulah membuat bantahan secara bertulis kepada DBKL selewat-lewatnya 17 Disember 2013.



Menurut sumber dalaman daripada pihak DBKL, pemilik yang tidak menghantar surat bantahan rasmi adalah dianggap BERSETUJU dengan penilaian semula yang telah dibuat oleh pihaknya. Semakan semula atau pengurangan hanya akan diberikan kepada akaun pemilik yang membuat bantahan rasmi SAHAJA.


Dibawah adalah contoh surat bantahan yang boleh digunapakai. Pemilik hanya perlu mengisi di bahagian atas surat, tandatangan dan menyerahkannya kepada Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tingkat 5, Menara TH Perdana (Sebelah maju Junction)



Nama :..............................................................
No. MyKad : ...............................................................
Alamat : ………...........................................................
………………………………………………………..
……………………………………………………......

Nombor Fail : ………………………………………..
Nombor Akaun : ……………………………………..
Nombor Lot : ………………………………………...
Sek/Mukim : …………………………………………

Tarikh : ………………………………………………
______________________________________________________________________________

Puan KAMARIAH BINTI IBRAHIM
Pengarah Penilaian
Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 5, Bangunan TH Perdana,
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250, Kuala Lumpur

Puan,

BANTAHAN RASMI NILAI HARTA TERKINI TERHADAP CADANGAN PENYEMAKKAN DAN PENILAIAN SEMULA NILAI TAHUNAN HARTA

1.                   Surat notis dari Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertarikh 18.11.2013 dan bertajuk NOTIS MENYEMAK SEMULA SENARAI NILAIAN adalah dirujuk.

2.                   Saya selaku pemilik kepada harta seperti alamat diatas MEMBANTAH secara rasmi terhadap cadangan penilaian semula harta yang dikemukakan oleh pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berdasarkan kepada asas yang berikut;

  1. Lonjakan kenaikan nilai tahunan harta didalam cadangan terkini penilaian semula harta milik saya adalah terlalu tinggi dan secara langsung telah menaikkan nilai Cukai Pintu yang wajib saya jelaskan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam tempoh setiap 6 bulan.

  1. Saya arif bahawa kadar Cukai Pintu iaitu sebanyak 6% masih kekal akan tetapi kenaikan kadar tahunan Cukai Pintu harta milik saya melonjak terlalu tinggi akibat daripada aktiviti penilaian semula harta ini yang dilaksanakan secara drastik adalah amat tidak rasional.

  1. Saya memerlukan pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memberikan justifikasi berkenaan lonjakan kenaikan nilai harta tersebut.

  1. Pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu menjelaskan kepada saya selaku pemilik harta berkenaan kaedah yang diguna pakai dalam proses menilai semula harta milik saya tersebut.

  1. Saya memerlukan pengesahan pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan siapakah dan bilakah aktiviti proses penilaian ini dilaksanakan. Ini kerana sepanjang pengetahuan saya tiada sesiapa dari pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang hadir ke premis harta saya untuk melaksanakan proses penilaian semula.

  1. Pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu menjelaskan kepada saya rasional mengapa aktiviti penilaian semula ini dilaksanakan pada tahun ini setelah ianya tidak pernah dilaksanakan pada berberapa tahun yang sebelumnya.

3.                   Oleh yang sedemikian saya memohon keprihatinan pihak Puan agar dapat memberikan penjelasan balas untuk semua persoalan diatas secara bertulis kepada saya sebelum tarikh 17.12.13. Semoga dengan penjelasan daripada pihak Puan kelak akan dapat memberikan saya lebih maklumat dan informasi berkenaan isu penyemakan semula nilai tahunan harta ini.

4.                   Untuk itu saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih kerana keprihatinan yang pihak Puan diberikan.



Yang benar,



..............................................................



S.k.        

YBhg. DATUK SERI HJ. AHMAD PHESAL BIN HJ. TALIB
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur,
Tingkat 27, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur

YBhg. DATUK HJ. SALLEH BIN YUSUP
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Pejabat Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Tingkat 28, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur



Sila highlight menggunakan kursor atau mouse dan tekan kekunci Ctrl-C untuk menyalin. Semasa paste kan jangan lupa tukarkan warna font pada microsoft word anda kepada warna hitam kerana font pada blog saya ini menggunakan warna putih.


Harap dapat maklumkan kepada saudara-mara, jiran tetangga dan rakan-rakan ye... sama-sama kita tolong menolong.. :D



Trip Ke Medan - Day 5 ~ Hari Terakhir.

11 ulasan


Assalamualaikum...



Hari ni merupakan hari terakhir idah di Medan... 5 hari 4 malam... tak sabar rasanya nak pulang ke tanah air... rindu dengan segalanya... :D





Breakfast

Minum pagi dulu... menu biasa laa kalau buffet hotel...





Breakfast di CoffeHouse Garuda Plaza Medan

Malam tadi epah tidur di hotel dengan kami... cadangnya sebelum kami pulang idah nak ke rumahnya sekaligus menziarahi keluarganya... :D





Di Lobi Hotel Garuda Plaza Medan

Posing sementara menunggu nak check-out hotel... akak pakai baju batik beli semalam.. hehehe... amacam... macam cewek indon tak? :D... lepas check-out tu sempat idah singgah kedai kek kat depan hotel tu beli buah tangan sikit untuk keluarga epah...





Lepas check-out... ucuk bawa kami terus ke rumah epah... rupa-rupanya rumah dia tak jauh dari hotel pun... hanya dalam 30 minit perjalanan...






Jam la pulak...






Ahha.. akhirnya sampai juga kami... dah nampak tanah perkuburan tu maknanya dah sampai la tue...






Masa kami sampai... tengok ramai budak² menunggu kat depan tu... kami datang je semua dah bangun menuju ke arah kami... rupa²nya... mereka ingat kami nie datang nak ziarah kubur... kebiasaanya bila orang datang ziarah kubur... budak² nie akan mengambil upah membersihkan kubur... jadi dorang akan dapat la duit jajan sikit.. :D






Sekali tengok kak epah laaa yang datang... kesian juga tengok budak² tu... sebelum balik idah bagi juga duit jajan sikit kat dorang... idah suruh kongsi² yaa... :D





Yang duduk tu adik epah... namanya epi dan kanak² yang keliling epi tu anaknya... masa ni epi mengandung tunggu hari untuk melahirkan anak ke 3nya... tapi beberapa hari selepas kami pulang ke malaysia... epah ada call dan mengatakan yang epi dah bersalin... tapi anaknya meninggal... innalillah... al-fatihah untuk baby tu... tempatnya dah tentu di sana....






Masa kami sampai... idah teringat dulu epah pernah bercerita pada idah yang rumahnya didirikan atas tanah wakaf kubur... jadi idah bayangkan ada kawasan yang luas dan di situ hanya ada rumahnya saja... ternyata bayangan idah meleset... :D 






Inilah rumah epah.. dalamnya basic aje... yang tinggal dalam rumah nie selain epah dan epi ada anak epah dan bapanya yang dah tua dan tak berapa sihat... suami epah dah lama meninggal...






Kubur dengan dinding rumah dah bercantum... depan rumah kubur... sidai kain atas kubur... ermm tak lama lagi kat beranda rumah tu penuh tu gamaknya...






Comel adik nie dengan anak patungnya... dikisahkan oleh neneknya... ibu adik nie tinggalkan dia semasa umurnya 3 bulan dengan neneknya... ibunya ke malaysia kerja kilang... sekarang umurnya hampir 6 tahun... ibunya tak pernah pulang... mesti dia tak tau macam mana rupa ibunya kan... ;(





Dirumah epah kami tak la lama sangat... setelah borak² dan berkenalan dengan ahli keluarga dan beberapa orang jirannya... kami pun minta diri untuk bergerak ke airport... dari medan ke Kuala Namu mengambil masa lebih kurang 2 jam juga...





Lapangan Terbang Kuala Namu nie adalah lapangan terbang baru... baru jer dibuka dalam 2 bulan lepas... jadi segalanya nampak baru laa... besar.. dah macam KLIA dah...







Posing menunggu nak naik kapal terbang... kenangan di airport medan... :D






Nak pakai jalan atas bolehhh....






Ikut jalan bawah pun bolehhh... :D






Good Bye Medan....




Alhamdulillah... akhirnya selesai juga cerita jalan-jalan medan idah nie walaupun panjangnya berjela-jela.. dah macam buat journal dah.. hehehe... semuga apa yang telah idah kongsikan ini dapat memberi sedikit guideline, ilmu atau manafaat kepada rakan² sekelian...   (。◕‿◕。)