20 Disember, 2013

Renungan Jumaat #4 : Siapa Julaibib.

32 ulasan
...السلام عليكم


Siapa Julaibib


Semalam semasa kuliah zohor di surau DBKL, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani ada berpesan agar kami google mencari mengenai seorang hamba allah yang bernama JULAIBIB...



Mengikut kata uztaz, Julaibib adalah seorang yang jarang disebut namanya... idah pun ini pertama kali mendengar namanya... kata ustaz lagi... rupa paras, harta dan pangkat bukanlah ukuran untuk menerima nikmat & hidayah Allah... sebagai memenuhi pesan ustaz idah tuliskan kembali hasil google + cerita ustaz semalam untuk kita bersama mengenali siapakah gerangan jejaka bernama JULAIBIB ini...


Bismillah...


Julaibib adalah seorang pemuda yang sangat miskin di zaman rasulullah. Beliau ini mukanya sangat menakutkan, kulitnya hitam dan sangat miskin pula... minumnya hanya beralaskan telapak tangan dan tidur hanya berbantalkan lengan... tidurnya hanya di masjid Nabawi... apabila orang melihat akan rupa dirinya orang menjadi takut... tapi Allah lonjakkan kemuliaan pada Julaibib ini...


Miskinnya Julaibib ini sehinggakan beliau hilang keinginannya untuk berkahwin. 


Suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada Julaibib, "Wahai Julaibib, tidakkah kamu ingin bernikah?" maka jawab beliau, "Wahai Rasulullah, siapalah yang mahu bernikah denganku yang tak punya rupa, harta mahupun kedudukan..


Banyak kali Nabi tanya soalan yang sama kepada Julaibib. Sampai suatu ketika, Nabi mengutus beliau kepada sebuah keluarga untuk meminang seorang gadis untuk dirinya.  Kedua orang tua si gadis tidak berkenan dengan pinangan Julaibib. 


Puterinya yang sedari awal terdengar lantas bersuara, "Sanggupkah ayah dan ibu menolak permintaan Rasulullah? Tidak, demi Allah yang jiwaku ada dalam kekuasaanNya. Bawalah aku kepada Rasulullah s.a.w , nescaya beliau tidak akan menyia-nyiakan ku.." Rasulullah pun menikahkan mereka dan terbinalah sebuah rumah tangga berlandaskan taqwa dan redhaNya. 


Semasa perang uhud, Julaibib telah menyertai angkatan peperangan, semasa sahabat2 membacakan nama-nama orang yang gugur syahid, namanya tidak tersenarai didalam nama-nama orang yang gugur syahid tersebut.. para sahabat tidak perasankan pun akan diri Julaibib..


Mulianya Julaibib, tiba-tiba Rasulullah menyebut nama Julaibib. "Julaibib gugur sahabat-sahabat.. Julaibib telah membunuh seramai 7 orang  musuh  dan diwaktu mana dia hendak menikam musuh yang ke 8 lalu dia gugur syahid di jalan Allah. Dan carilah mayatnya sekarang.."


Para sahabat pun mencari-cari mayat Julaibib. Yang akhirnya mereka bertemukan dengan mayatnya yang dalam keadaan terlungkup, lalu Rasulullah s.a.w pun dipanggil. Rasulullah pun menolak mayat tersebut dan baginda melihat penuh di wajah Julaibib ini dengan pepasir. 


Lalu Rasulullah pun membersihkan pasir dari wajah Julaibib. Rasulullah mula tunduk dan cium dahi Julaibib lalu Rasulullah menyebut "Wahai Julaibib... Kamu sebahagian dari diriku dan diriku sebahagian dari diri mu" 3 kali Rasulullah menyebut ayat yang sama lalu Rasulullah menangis teresak-esak..


Ini menunjukkan betapa tingginya darjat Julaibib yang syahid di jalan Allah di sisi Nabi Muhammad s.a.w.. walaupun beliau tidak dikenali.. tiada rupa, harta mahupun pangkat namun beliau mulia disisi Allah dan Rasulnya...


Wallahualam...


32 ulasan :

  1. trima kasih sb kongsi kisah nie :-)

    BalasPadam
  2. sebak membaca kisah Julaibib sahabat nabi saw ini...hidupnya sederhana namun tingkat keimanannya teramat tinggi...tq idah berkongsi cerita santapan jiwa.

    BalasPadam
  3. Salam jumaat. Subhanallah. Mulianya dia :)

    BalasPadam
  4. Paras rupa dan harta semata-mata bukanlah penentu kepada kebahagian kita di dunia ini. Semoga kisah Julaibib ini menjadi iktibar kepada kita semua.

    BalasPadam
  5. Kita adalah sama disisi Allah sebagai seorang manusia tetapi berbeza darjatnya bila dinilai amal ibadat serta keimanannya. Subhanallah...kisah yg sungguh menyentuh hati.

    BalasPadam
  6. Thanks for sharing...semoga kisah ini menjadi iktibar buat kite semua

    BalasPadam
  7. sebak baca cerita ni..hati letaknya pandangan Allah..

    BalasPadam
  8. beb, aku pulak yang sebak baca.huih sedih hati aku.

    mulianya julaibib. sebelum nih tak pernah dengar cerita julaibib dan siapa julaibib.

    terimakasih beb.

    BalasPadam
  9. terima kasih... 1st time KA membaca kisah ini tau !

    BalasPadam
  10. touching nye story nie.. time kasih akak atas perkongsian...

    BalasPadam
  11. sebak membaca kisah Julaibib sahabat nabi saw ini. mulianya dia

    BalasPadam
  12. Subhanallah, mulianya hati si puteri yang sudi menerima Julaibib tu

    BalasPadam
  13. salam Jumaat kak Acik, ah'ar kak, ini kali pertama sy dengar nama nih.. ada rupanya sahabat Nabi yg bnama Julaibib..syukurlah dia syahid..mati yg mulia. nice sharing kak Acik.. :)

    BalasPadam
  14. Subkhanallah.. Semoga syurga bersama Rasulullah adalah tempat yang paling pantsa untuknya :) Aminn..

    BalasPadam
  15. subhanallah hebat kisah julaibib ni kak....
    rupa paras, harta benda tu semua memang terbukti tiada apa2 makna, kerana kemuliaan di sisi Allah dan rasul bukan berdasarkan semua itu tetapi akhlak kita sendiri...

    BalasPadam
  16. semoga kisah ini jadi iktibar kpd kita semua.. pernah dgr ceramah ustad dusuki.. suka dgr doa akhir ceramah beliau..

    BalasPadam
  17. subhanallah.. mulianya orang yang syahid di jalan Allah..

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah..mulianya beliau disisi Allah walau manusia tak menghiraukannya...

    BalasPadam
  19. Sesungguhnya tiada yg lebih mulia di sisi Allah selain mereka yg bertaqwa dan beriman...

    Jadikan iktibar buat kita semua.

    BalasPadam
  20. Singgah isi tabung Acik...sbb entry ni dah baca semalam...ada kesempatan melawat pagi ni Ida singgah ;)

    BalasPadam
  21. Assalammualikum... acikidah,

    sedih pulak mselim3 baca pasal julaibib nie, menitis air mata.. mulia dan merendah diri. Tapi dikenali Rasullulah.

    mselim3

    BalasPadam
  22. pernah dengar citer ni tapi lupa nama apa. baru tau namanya julaibib.

    thanks ye.

    BalasPadam
  23. menitis air mata akak baca kisah Julaibib..terima kasih atas perkongsian ni dik...

    BalasPadam
  24. salam kak idah,sue ada dengar tetang julaibib nie....kat youtube ustaz dasuki

    BalasPadam
  25. salam kak idah,sue ada dengar tetang julaibib nie....kat youtube ustaz dasuki

    BalasPadam
  26. Salam hormat.. balas ziarah menambah ukhwah. Sy follow sini ye.. salam perkenalan & t kasih diatas perkongsian yg bermanfaat ini, semoga beroleh keberkatan yg berpanjangan.. aamiin.

    BalasPadam
  27. Salam acik Idah... singgah lagi isi tabung ;)

    BalasPadam
  28. sebak baca kisah ni..Allahuakbar!

    BalasPadam
  29. baru dengar nama beliau..thank share kak :)

    BalasPadam
  30. sebenarnya ini baru pertama kali sy dengar pasal cerita ni..betapa mulianya mereka yang berjihad di jalan Allah s.w.t.

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D