...السلام عليكم
Hari nie idah nak kongsikan kisah tentang gelandangan... apa gelandangan tu? kepada sesiapa yang tak tau.. gelandangan bermaksud orang-orang yang tiada pekerjaan dan tempat tinggal yang tetap... biasa kita lihat mereka² nie tidur di tepi² jalan atau kedai, bawah jambatan, hentian bas dan mana saja yang dapat mereka tumpang berteduh dari hujan dan sejuk malam...
Gelandangan nie bukan semua yang tidak bekerja... ada yang bekerja tetapi mereka tidak mampu untuk menyewa rumah ataupun bilik... rezeki yang diperolehi tu hanya cukup untuk menampung makan minum dan keperluan asas sahaja...
Mungkin ada yang kata mereka nie malas bekerja... yup... mungkinn... idah juga pada mulanya ada berfikiran begitu... tapi itu hanya sebilangan kecil sahaja... kita melihat dari luaran dan kita menghakimi mereka semuanya sama... semuanya malas... tapi cuba kita selami hati dan pengalaman mereka... bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang...
Untuk pengetahun kita semua... sebilangan besar dari gelandangan nie adalah dalam golongan warga emas yang mana kudrat dan kesihatan mereka terbatas dan juga peluang pekerjaan juga terbatas... sebahagiannya pula berpenyakit sehingga ada anggota yang tidak mampu untuk bergerak... ada juga yang ditipu... sudahlah OKU... ditipu pula oleh manusia yang mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain... dan macam² lagi laa... rasanya kalau idah tulis jadi novel pulak nanti... :)
Apa pun sebab musababnya... mereka juga adalah manusia yang sama macam kita... andai diberi peluang, mereka juga ingin hidup normal macam kita... sebenarnya... DUGAAN bukanlah untuk mereka... tetapi DUGAAN sebenarnya adalah milik kita yang berkemampuan dari semua segi ini... yang sihat tubuh badan ini... adakah kita sanggup membiarkan mereka kelaparan sedangkan kita makan western food di restoran... adakah kita sanggup melihat mereka tidur berdiri dikaki lima kedai ketika hari hujan... sedangkan kita lena diatas katil empuk berselimut tebal...
Diatas kesedaran itu maka kami sekumpulan manusia kecil yang menggelar diri kami Azizi Anas Society Group (AASG) atas dasar KEMANUSIAAN telah mengambil tanggungjawab itu membantu para gelandangan ini sekadar kemampuan kami... misi kemanusiaan seperti ini kami lakukan hampir setiap minggu dan tidak terbatas kepada gelandangan sahaja...
Nah.. idah kongsikan pengalaman idah bersama mereka yer... :D
Jam 10.30 malam idah keluar dari rumah menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur... alhamdulillah hari tak hujan...
Jam 11.30 malam kami berkumpul di depan Agro Bank berdekatan Dataran Merdeka... bersama idah kiri kanan tu adalah orang kuat AASG... banyak jasa mereka tue... :)
Sebelum memulakan kerja... kami ada sedikit taklimat dan sesi suai kenal bagi ahli² baru...
Perbincangan dibuat bagi melancarkan kerja² yang bakal dilaksanakan... yang kanan baju putih tu adalah En. Azizi Anas selaku Pengasas AASG...
Tepat jam 12 malam... Misi kami pun bermula di kawasan berhampiran Segi College... kemudian lorong² di Jalan Tunku Abdul Rahman... seterusnya di depan Menara Maybank... dan berakhir di perkampungan gelandangan di kawasan Bangunan Cahaya Suria...
Banyak sama dikongsi... sedikit sama dirasa... terasa sayu hati bila mana melihat mereka buka dan makan bekalan yang kami berikan walaupun waktu telah menunjukkan awal pagi... lapar rupanya mereka... terdetik dalam hati...
Bagi gelandangan yang sedang tidur... kami letakkan saja makanan disisi mereka... lenanya tidur walaupun hanya beralaskan kotak...
Sayu hati melihatkan uncle nie makan di dalam gelap malam... misi kemanusiaan tidak mengenal warna kulit, bangsa dan agama...
Langkah kaki diteruskan meredah malam demi menyampaikan #Mesej Murni...
Sambil menghulurkan makanan... kami juga bertegur sapa dengan mereka dan bertanyakan khabar...
Selesai Misi Kemanusiaan... alhamdulillah... kami duduk bersama untuk sesi post mortem dan juga kami sama² merasa makanan yang sama yang kami berikan kepada para gelandangan tadi... jika sedap kami makan... sedaplah apa yang dirasa mereka...
Malam tu ada Teh O.. nasi lemak... bihun goreng... dan lain²... menu adalah mengikut rezeki penyumbang...
Roti Canai pun ada.... :D
Selesai menjamah bekalan... kami rakamkan kenangan bersama... inilah antara para sukarelawan AASG yang meninggalkan anak, isteri, suami dan keluarga di malam hari untuk menyampaikan #Mesej Murni dan demi #Misi Kemanusiaan...
Lihat bintang dilangit... ingatlah kami... AASG... :)
Alhamdulillah... misi kami berakhir jam 2 pagi pada hari itu... semuga sumbangan kecil kami ini diberkati olehNya dan moga lebih ramai lagi yang dapat tampil atas dasar Kemanusiaan.... :)
sedih tengok kehidupan mereka ni..
BalasPadambeb. tabik!!!!!
BalasPadamBagusnya aktivit macam ni Kak Idah. Saya teringin nak join aktiviti macam ni
BalasPadambelakang office saya, kat lorong antara CIMB bank and kedai Sony pun ada juga..setiap hari Isnin dan Rabu..
BalasPadammemang ramai yg gelandangan, siap ada bawa anak lg..
bergenang air mata ni baca.. sedihnya tengok mereka
BalasPadamtahniah idah n shbt2 yg berusha meringankan sedikit kesusahan mrk yg serba kekurangan ini...nasib mrk jelas dipandang nasib kita akan datang xsiapa tahu...
BalasPadamteruskan baut kerja amalm bgini dear..galakkan lebih ramai orng join aktiviti beramal mcm ne...teruskan usaha acikidah!
BalasPadamdaebak!! semoga di teruskan usaha seperti ini
BalasPadamSedihnya tgk nasib depa.. tahniah buat sis atas usaha murni yg diberikan utk membantu mereka.. =D
BalasPadamwaa.. bagus la kalau macam tu.. kat barat ada banyak aktivis yg tolong golongan homeless ni..
BalasPadamSubhanallah.. satu pekerjaan & perjuangan yg sungguh mulia. Golongan spt ini sememangnya harus dibantu agar dpt mengelakkan lebih bnyk yg terarah kpd gejala sosial yg tidak baik hanya disebabkan tekanan hidup yg mendesak.
BalasPadamHati saya mmg mudah cair bila melihat permasalahan manusia & ini adalah salah satunya. Semoga dikurniakan hati & jiwa yg tenang melalui kerja2 amal spt ini & bertambah berkat kehidupan kita di dunia juga akhirat.. aamiin.
T kasih diatas perkongsian ye.. :)
niat yang suci akan dipermudahkan segala urusannya.Alhamdullillah..
BalasPadamSeronoknya dapat membantu. IM lama teringin nak bantu macam ni. Moga dapat buat satu hari nanti. Alhamdulillah, tahniah akak sebab dapat bantu mereka. MOga ramai pihak buka mata untuk turut membantu :)
BalasPadamsalam kak Acik, wah, sungguh murni kerja akk dan kawan2 yg lain..kalau akk nak tahu, kat tempat sy pun byk jgk gelandangan walaupun tempat kami cuma daerah kecik..mereka tu satu kumpulan keluarga besar yg duk merempat kat tepi laut..semoga usaha yg organisasi akk lakukan dicontohi oleh org lain :)
BalasPadamTerharu dan bangga! Sungguh mulia dgn apa yang dilakukan. Semoga anda semua beroleh rahmat.
BalasPadamTahniah cik idah..kita cukup kesian dengan dia orang ni..cuma kadang-kadang risau becoz some of them mungkin ada masalah mentalkan..yalah lama sangat hidup dalam keadaan tak terurus..yang sihat pun boleh jadi sakit kan...
BalasPadamkalau kita rasa susah..tapi ada org yg lebih susuh dari kita...alhamdulillah masih ada org ambil perhatian..
BalasPadamada juga dilakukan aktiviti spt ini di fakulti, memberi sumbangan makanan kpd glongan gelandangan. Alhamdulillah.. bila melihat keadaan dan kesusahan org lain akan membuatkan kita lebih bersyukur dgn apa yg kita ada.. :)
BalasPadamtahniah kak.. alhamdulillah masih ada insan yang sanggup membantu mereka yang memerlukan.. semoga usaha murni ini diteruskan oleh NGO yang lain juga..
BalasPadamalhamdulillah...misi dapat dilaksakan dengan jayanya...kat area2 situ memang ramai gelandangan...semoga usaha2 murni sebegini akan terus dipermudahkan urusan oleh Allah s.w.t
BalasPadamRegards,
-Strider-
dulu pernah ngk kt tv3 pasal cerita gelandangan nie.. kesian pun ada.. tp dorg pun cm tak kisah jer hidup cm nie kan..
BalasPadammulianya hati..semoga allah melipat gandakan rezeki acik sekeluarga..shahdu tgk golongn mcm tuh.. +__+
BalasPadamsabtu lepas merupakan pengalaman pertama saya bagi makanan kepada gelandangan di kawasan yg sama..yang geramnye, masa kami sedang melintas jalan, ada sorang yang memandu kereta honda minta makanan yg kami bawa..haishhh sabar je la
BalasPadam