...السلام عليكم
Hari nie idah nak kongsikan kisah tentang gelandangan... apa gelandangan tu? kepada sesiapa yang tak tau.. gelandangan bermaksud orang-orang yang tiada pekerjaan dan tempat tinggal yang tetap... biasa kita lihat mereka² nie tidur di tepi² jalan atau kedai, bawah jambatan, hentian bas dan mana saja yang dapat mereka tumpang berteduh dari hujan dan sejuk malam...
Gelandangan nie bukan semua yang tidak bekerja... ada yang bekerja tetapi mereka tidak mampu untuk menyewa rumah ataupun bilik... rezeki yang diperolehi tu hanya cukup untuk menampung makan minum dan keperluan asas sahaja...
Mungkin ada yang kata mereka nie malas bekerja... yup... mungkinn... idah juga pada mulanya ada berfikiran begitu... tapi itu hanya sebilangan kecil sahaja... kita melihat dari luaran dan kita menghakimi mereka semuanya sama... semuanya malas... tapi cuba kita selami hati dan pengalaman mereka... bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang...