28 Januari, 2014

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Jejak Warga Emas

13 ulasan
...السلام عليكم


Alhamdulillah niat utama kami untuk menziarahi Pakcik Yani sekeluarga di Muar telah termakbul... seterusnya kami pada awalnya telah memilih beberapa warga emas lagi di sekitar Pagoh untuk disampaikan sumbangan yang diberikan oleh para penyumbang...



Bergerak dari rumah Pakcik Yani, kami terus ke medan selera di tengah bandar Muar untuk makan tengahari. Macam² adaa... mee bandung muar dan rojak petis antara menu yang popular di sini...





Jejak Warga Emas

Sabar menunggu makanan... dah kebuloq nie.... :D





Memuatkan barangan

Selesai makan, kami terus pulang ke Kg. Raja, Pagoh untuk memuatkan barang² yang ingin disumbangkan ke dalam kereta untuk diberikan kepada 4 penerima lagi...




Pendalaman

Melalui kebun kelapa sawit dan kebun getah... untuk sampai ke destinasi yang dituju...



Rumah di Kebun Getah

Penerima ke-2 ini adalah Makcik Asmah, 77, seorang ibu tunggal yang memelihara 4 orang cucunya. Makcik Asmah nie ada masalah pendengaran sedikit.




Rumah Makcik Asmah

Ini rumah Makcik Asmah.... rumahnya ini dibina atas bantuan Baitulmal.





Bersama Makcik Asmah

Gambar kenangan kami bersama Makcik Asmah...




Perkarangan rumah Makcik Selamah

Dari rumah Makcik Asmah... kami ke rumah seterusnya... penerima sumbangan ke-3 iaitu Makcik Selamah, 76, yang juga merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal bersama seorang anak lelakinya yang bekerja di kilang yang berdekatan... 



Makcik Selamah menghidap penyakit asthma dan semput... rumah yang didudukinya sekarang adalah dibina oleh Baitulmal setelah rumah lama yang didudukinya dulu adalah atas ihsan seorang hamba allah yang mana selepas itu tanah tersebut di wakafkan untuk pembinaan sekolah agama oleh pemiliknya...






Bersama Makcik Selamah

Gambar kenangan kami bersama Makcik Selamah...





Ke rumah Makcik Eton

Perjalanan diteruskan lagi untuk melawat penerima sumbangan ke-4...



Melawat Makcik Eton

Makcik Eton Alwi, 78, merupakan seorang ibu tunggal yang menderita penyakit strok dan Alzheimer atau nyanyuk... sekarang Makcik Eton tinggal di rumah anaknya selang beberapa rumah dari rumahnya sendiri... dia rajin bercakap dengan kami bertanyakan siapa kami... dari mana... tapi soalannya senantiasa diulang berulangkali... dan tutur katanya juga agak sukar difahami... namun begitu dari raut wajahnya jelas dia gembira dengan kedatangan kami... :)





Bersama Makcik Eton

Kami abadikan kenangan bersama Makcik Eton... 





Menziarahi Makcik Mariam


Tidak jauh dari rumah Makcik Eton... kami melawat penerima sumbangan ke-5 yakni Makcik Mariam... beliau tinggal seorang diri disini... tetapi setiap hari anaknya akan datang menjenguknya dan menghantarkan makanan buatnya... Makcik Mariam mengihidap sengal sendi dan lutut...





Menziarahi Makcik Mariam

Jelas terpancar kegembiraan pada wajah wanita tua ini semasa menerima kedatangan kami...





Bersama Makcik Mariam

Kenangan kami bersama Makcik Eton di hadapan rumahnya...





Perkarangan rumah Mak Uda


Selesai menziarahi beberapa penerima sumbangan untuk hari ini... kami ke rumah Mak Uda... kerana sedari tengahari dia dah jemput kami makan di rumahnya... tapi kami tak sempat makan tengahari... jadi kami datang sebelah petang untuk makan malam... 





Di rumah Mak Uda


Alhamdulillah... sedap sungguh Mak Uda masak... ayam masak lemak cili api nya memang super power... dah makan nasi di jamunya kami pula dengan pisang goreng yang dicecah dengan sambal kicap... perghh memang terangkat... :D




Selesai kerja² kami untuk hari ke dua ini... keesokannya adalah hari terakhir kami di Pagoh dan ada 2 lagi penerima sumbangan yang kami perlu lawati keesokan harinya... bersambung lagi... :D


Entry Berkaitan :

13 ulasan :

  1. bersih uma makcik tuh..semoga murah rezeki acik ida ;)

    BalasPadam
  2. Seronok pula melihat wajah2 penerima yang ceria menyambut kedatangan anda. Luaran tidak menggambarkan dalaman... Semoga sumbangan dapatlah juga meringankan beban mereka. Sekalung tahniah...semoga usaha murni misi ini diberkati Allah SWT.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... masih ada warga yang perihatin macam team Acik Idah ini...semoga mendapat rahmat berkekalan dari Ilahi.

    BalasPadam
  4. semoga Acik Idah dan kawan2 lain dimurahkan rezeki kerana menolong org2 susah...

    BalasPadam
  5. Misi yg penuh bermakna dan dinantikan mereka yg kurang bernasib baik.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah misi berjaya! bangga dgn acik idah.. keep it up sis =D

    BalasPadam
  7. bagusnya misi2 sebegini,, moga terus dimurahkan rezeki idah & kawan2 semua yer

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. jauh perjalanan luas permandangan. Banyak iktibar pengajaran yg diperolehi. Semoga segala usaha dpt meringankan beban serta penderitaan mereka. Semoga Allah jua membalas segala usaha semua dengan keberkatan serta kejayaan di dunia & akhirat... aamiin.. :)

    BalasPadam
  9. Semoga murah rezeki...seronok kalau dpt join sama..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..semoga istiqomah dlm membuat kerja2 amal..syukur, suami & keluarga pun sama2 sehati sejiwa..

    #suka tengok rumah yg kemas & bersih mcm ni, pernah tengok dlm pgrm Bersamamu, keluarga miskin, daif, rumah bersepah, kain baju berselerak, lalang tinggi berdiri..haihh..memang susah betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah & Insyaallah... :)

      #Betul3x... biar miskin tak ada barang... atau barang yang rosak... tapi kebersihan dan kekemasan rumah perlu la dijaga juga... part yang tu pun kami perhatikan juga... :)

      Padam
  11. Alhamdulillah...saya suka tengok aktiviti2 macam nie, sebab tanpa publisiti yang banyak, benda tu nampak lagi natural....saya setuju dengan pendapat nohas tu, kekadang kalau tengok bersamamu macam dramatik sangat...

    banyak gak umah yang akak singgah dalam masa satu hari rupanya...semoga jasa baik team ini akan dibalas satu hari nanti...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D