30 Januari, 2014

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 3 ~ Kasihi Warga Emas

6 ulasan
...اسلام عليكم 



19 January 2014.





Hari ni merupakan hari terakhir kami di Pagoh, Johor... masih ada tugas yang perlu dilaksanakan... awal pagi semua dah bersedia untuk meneruskan misi untuk hari ini... :)




Sebelum meninggalkan rumah yang kami tumpangi itu... kami kemaskan dahulu... bersihkan apa yang patut... sudah adat orang kita kan... lepas gunakan barang orang kena la pulangkan semula dengan keadaan yang baik... :)





Perkarangan rumah
Kenangan terakhir di perkarangan rumah yang kami tumpangi...





Cowboy dan cowgirl
Ekhhh... anak ibu dah jadi cowboy dengan cowgirl?? :D





Hadapan rumah Abang Ramli


Sebelum memulakan langkah... kami singgah di rumah Abang Ramli (berbaju biru gelap ditengah) dahulu... untuk mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal... beliau adalah merupakan orang yang membantu kami selama kami di Pagoh...



Bersama Mak Uda


Kemudian kami ke rumah Mak Uda pula... untuk tujuan yang sama... selama kami di Pagoh... Mak Uda layan kami seperti kami ini anak²nya sendiri... :)




Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Mak Uda... kami memohon diri untuk meneruskan perjalanan dan misi kami...



Memikul beras

Tidak berapa lama perjalanan... kami pun sampai ke rumah penerima sumbangan seterusnya... masing² mengangkat barangan yang ingin disumbangkan...



Bersama Makcik Jariah

Penerima seterusnya ini adalah Makcik Jariah, 66, merupakan seorang ibu tunggal yang membela seorang anak OKU dan bermasalah mental... untuk kelangsungan hidup, Makcik Jariah mengambil upah membuat kerja² kampung sekadar yang terdaya olehnya...





Di hadapan rumah Makcik Jariah

Kenangan kami bersama Makcik Jariah dihadapan rumahnya... jelas terpancar kegembiraan diwajahnya dengan kunjungan kami... :)




Kasihi Warga Emas

Ucapan selamat tinggal... walaupun perkenalan kami hanya untuk beberapa minit... tapi kami seolah² telah berkenalan bertahun²... sungguh terkesan dihati... :)



Perjalanan kami kemudiannya diteruskan ke rumah penerima sumbangan yang terakhir untuk misi kali ini...



Rumah Tok Sitam

Rumah kampung yang agak usang... namun bersih disekelilingnya... sejuk mata memandang...





Hadapan Rumah Tok Sitam

Salam diberikan dan sejurus kemudian kami dijemput naik ke rumah...





Bersama Tok Sitam

Rumah ini dimiliki oleh seorang ibu tunggal yang tinggal berseorangan diri... Makcik Sitam, 87 tahun... kami bersembang, bertanyakan khabar dan sedikit tentang latar belakangnya... Makcik Sitam agak peramah juga walaupun tuturnya kadang² sukar untuk difahami...



Setelah tidak berapa lama... kami semua sepakat untuk menghabiskan beberapa waktu di rumah Makcik Sitam... bagi untuk menggembirakan wanita tua ini... dan dengan keizinannya... kami memasak dan menjamunya dengan masakan air tangan kami... yang lelaki pula membetulkan lampu² yang rosak/tidak menyala dan juga membuat sedikit pembaikan...



Kami bahagi²kan tugas kepada setiap orang... sebahagian ke pasar... sebahagian ke kedai... sebahagian melakukan kerja baik pulih... sebahagian memulakan kerja² memasak dan sebahagiannya melayan Makcik Sitam bersembang... :)





Perbaiki lampu suluh

Makcik Sitam menunjukkan lampu suluh usang yang selalu digunakan di malam hari telah kabur... kurang terang... dimintanya kami melihat² kan kalau² boleh di baiki...



Mengajar Tuk menggunakan lampu suluh baru

Kami telah menggantikan lampu suluh Makcik Sitam yang lebih mesra dipanggil 'Tuk Sitam' dengan yang baru... menggunakan lampu LED yang lebih terang dan tidak perlu tukar² baterinya... hanya perlu cas sahaja... gembira Tuk bilamana kami hadiahkan kepadanya... Zaty dan Nuqman sedang mengajar Tuk Sitam bagaimana menggunakan lampu suluhnya yang baru... :D



Memasak

Di dapur kami saling bekerjasama memasak makan tengahari untuk Tuk Sitam dan kami semua...



Pembaikan

Kerja² pembaikan pula dilakukan oleh team lelaki bersama².... yang mana masih boleh digunakan kami perbaiki sahaja...dan yang mana perlu diganti... kami gantikan dengan yang baru... 



Makan Tengahari


:D Alhamdulillah... makanan siap dimasak... kami masakkan Tuk Sitam sup ayam, sayur goreng kicap, ayam goreng, terung goreng berlada dan telur masin rebus... sedapp... kerana kami masak dengan penuh kasih sayang... :)



Makan Tengahari Bersama


Kami semua makan bersama² Tuk Sitam... Tuk Sitam memilih untuk duduk di tepi pintu dapur kerana mengikut katanya disitulah tempat biasa dia makan sambil kakinya dilunjurkan ke bawah tangga... :)



Kasihi Warga Emas

Umy Sarah melayan Tuk Sitam makan dengan penuh kasih sayang... :)




Solat Jemaah

Alhamdulillah... selesai melakukan kerja² pembaik pulih dan makan tengahari... kami solat berjemaah... Tuk Sitam tidak turut serta kerana kami solat jamak...






Sesi Post-Mortem

Kemudian kami mohon sedikit ruang dan waktu dari Tuk Sitam untuk melakukan sedikit sesi post-mortem... sesi ini memang selalu kami lakukan setelah selesai satu² misi... masing² diberikan peluang untuk meluahkan pengalaman dan juga harapan...





Kasihi Warga Emas

Kami juga cuba menyelami hati Tok Sitam... bertanyakan perasaannya setelah apa yang telah kami lakukan untuknya... dia meluahkan perasaan sangat terharu dan juga terima kasih kepada kami... juga berharap agar kami dapat datang untuk menjenguknya lagi.... :)





Kenangan

Gambar kenangan kami semua bersama Tok Sitam sebelum kami memohon untuk mengundurkan diri...



Alhamdulillah... misi kami selama 3 hari telah selesai... kami amat bersyukur... kerana selama usaha kami untuk melaksanakan misi ini segalanya dipermudahkan olehNYA... daripada mendapatkan sumbangan sehinggalah menjejak setiap penerima sumbangan... objektif bagi program ini juga telah dapat kami capai...




Dikesempatan ini juga idah dan rakan² ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang sudi menyumbang dan juga memberi kepercayaan kepada kami.. terima kasih juga kepada Abang Ramli atas segala bantuan yang diberikan untuk menjayakan misi kami ini... kepada Mak Uda.. terima kasih... sudi menerima kami semua dan melayan kami seperti anak² sendiri... dan terima kasih juga kepada semua rakan² yang telah menjayakan misi ini samada yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung...



Kami juga ingin memohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana selama kami menjalankan misi kemanusiaan ini... insyaallah kami akan perbaiki dari masa ke semasa... 



Kepada para pembaca... disini idah ingin tegaskan... tidak perlu rasanya memberi kata penghargaan kepada kami kerana yang sepatutnya menerima penghargaan tersebut adalah orang² yang telah memberi sumbangan ikhlas dan juga tidak mahu namanya di sebut... tanpa penyumbang² ini mungkin tiada misi/program ini... idah dan rakan² hanya menyumbangkan masa, tenaga dan kos perjalanan kami sahaja...



Insyaallah... misi seterusnya sedang dalam perbincangan... mohon doakan kemudahan pelaksanaan misi seterusnya ini... :D ... kepada pembaca sekelian... terima kasih atas kesudian membaca kisah bersiri ini... tata ;)


Entry Berkaitan :

6 ulasan :

  1. Tq dan tahniah kepada penilis blog, PENYUMBANG,aktivis dan sesiapa yang menjayakan misi insan prihatin. Semoga kita sentiasa dirahmati ALLAH dan terus maju dimasa akan datang.

    BalasPadam
  2. Dua2 patut mendapat penghargaan..yg menyumbang dan yg turun padang..all the best..

    BalasPadam
  3. ya terima kasih kpd idah n rakan2 yg bersusapayah melaksanakan misi bantuan kemanusiaan...suka tengok rumah melayu lama yg kecil comel...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah & tahniah diatas bantuan yg sungguh murni ini.. saya tak dpt bayangkan mcmmana mak cik Sitam yg berusia 87 tu tabah menjalani kehidupannya berseorangan.. kesian..

    BalasPadam
  5. Tahniah. Semoga lebih ramai pihak yang tampil ke arah usaha bantu-membantu golongan yang kurang bernasib baik di dalam masyarakat kita.

    BalasPadam
  6. Rumah makcik sitam walaupun nampak usang dari luar tapi kemas & bersih didalam. Seronok baca :)

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D