22 Januari, 2014

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar ~ Day 1

22 ulasan
...السلام عليكم



Kita sering merungut makanan tidak enak... penghawa dingin yang tidak cukup sejuk... rumah yang sempit... kos sara hidup yang tinggi dan banyak lagi rungutan demi rungutan... tapi... tanpa kita sedari di kala kita sedang menikmati segala kesenangan dan kemewahan hidup ini... masih ada diluar sana yang kehidupan mereka umpama kais pagi makan pagi... kais petang makan petang... setiap saat memikirkan bagaimana untuk menghadapi hari esok...



Pada December 2013 yang lalu, di dalam akhbar sinar harian... idah telah terbaca kisah kehidupan sebuah keluarga yang kurang bernasib baik di Muar, Johor... sungguh daif kehidupan mereka... umpama sudah jatuh ditimpa tangga... suaminya yang merupakan tonggak utama keluarga jatuh sakit pula...




Mengenangkan kisah kesusahan mereka ini... idah dan rakan² Team Insan Prihatin (TIP) terpanggil untuk menjejak keluarga malang ini untuk melihat sendiri akan kehidupan sebenar mereka ini sekaligus menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban dan menggembirakan sedikit hati mereka...


 https://www.sinarharian.com.my/dapur-rumah-tanpa-dinding-1.232767



Perbincangan dan perancangan bersama rakan² TIP telah dibuat lebih kurang sebulan yang lalu... setiap dari kami mencari dana dan sumbangan bagi tujuan ini... dan Allah permudahkan segala urusan kami... walau tidak sebanyak mana tapi alhamdulillah cukup untuk kami salurkan kepada keluarga ini... dan sumbangan yang kami terima juga cukup untuk kami salurkan kepada beberapa ibu tunggal dan warga emas sebatang kara lain yang dikenalpasti di sekitar Pagoh.



Impian kami terlaksana... kami seramai tujuh orang (tidak termasuk anak idah 2 orang Nuqman dan Adelia) telah memulakan perjalanan pada 17 January 2014... Ini adalah merupakan program pertama kumpulan kami di luar Kuala Lumpur.



Berdoa sebelum memulakan perjalanan

Doa dibaca... diketuai oleh Abah (berbaju oren) memohon dipermudahkanNYA segala urusan kami dan merahmati setiap langkah kami...



Ruangan Bagasi telah penuh

Menggunakan 2 biji kereta... boot dah penuh dengan beras, barang makanan, pakaian, dan macam² lagi hasil sumbangan orang ramai...



Misi Kemanusiaan Team Insan Prihatin ke Muar dan Pagoh

Kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 4 petang dan sampai jam 6 petang. Destinasi kami adalah Kg. Raja, Pagoh, Johor. Selama 3 hari kami di sana kami telah menetap di sebuah rumah pusaka milik salah seorang sahabat kami di kampung tersebut.



Rumah kampung di Kampung Raja, Pagoh

Inilah rumahnya... sangat selesa dan cantik... teruja idah dan rakan² lain semasa mula² sampai disini... semua ceruk kami nak terjah... hehehe... al-maklum laa... orang bandar masuk kampung camnie la gayanya... DIA berikan yang terbaik dan percuma pula untuk kami menumpang... Alhamdulillah terima kasih Ya Allah...



Setelah memunggah barangan dari kereta... kami berjalan kaki ke rumah Mak Uda yang berada selang sebuah rumah... dia menjemput kami minum petang di rumahnya dengan menjamu kami kuih bakar, biskut dan air kopi... alhamdulillah ibarat orang mengantuk disorongkan bantal... hehehe.. licin... :D



Rumah Mak Uda

Yang duduk tu la Mak Uda.. seorang ibu tunggal yang tinggal ditemani oleh anak perempuan dan menantunya... Mak Uda nie sangat... sangat... baik orangnya... :)



Solat Berjemaah

Selepas solat jamak maghrib dan isyak berjemaah... kami keluar makan malam...



Perbincangan untuk misi kemanusiaan

Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai... kami berbincang untuk program keesokan hari dan mencatatkan barangan yang perlu dibeli untuk dibawa... Ermm sedap juga masakan siam di Pagoh nie... :D



Beli belah untuk misi kemanusiaan

Selesai makan idah & team pergi ke pasaraya yang berdekatan untuk membeli barangan yang masih belum mencukupi... mengikut bajet yang diperuntukkan... kami juga beli barangan untuk dimasak sarapan esok paginya... masak sendiri jimat sikit kan...  kiraanya diasingkan supaya tidak terpakai duit dari sumbangan...



Sisih, Susun dan Bungkus.

Selesai membeli-belah di pasaraya... kami pulang dan memulakan kerja² pembahagian barangan mengikut penerima sumbangan... kami telah memilih 8 penerima sumbangan semuanya... 



Bekerja berkumpulan... kerja susah menjadi senang... setelah semua kerja² pembahagian dan penandaan selesai... kami pun berehat sambil bersembang sehingga larut malam... walaupun begitu idah pasti dalam hati masing² sudah tidak sabar² menanti hari esok untuk ke destinasi utama kami iaitu Kampung Parit Kachau, Muar... 


Bersambung di n3 seterusnya yaa... :D


Entry Berkaitan :

22 ulasan :

  1. bgsnya.... terharu KA baca n3 ni

    BalasPadam
  2. thniah kak..nur bangga ngan usaha akak :-)

    BalasPadam
  3. assalam,

    tahniah ...usaha yang sangat baik...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...semoga Allah memberkatinya..

    BalasPadam
  5. bagus...teruskan usaha murni TIP ni...

    BalasPadam
  6. bagus...terukan usaha sebegini..

    BalasPadam
  7. acik semoga segala ape yg acik buat ni..mendpat pahala yg berlipat ganda acik..muli hati tlg org yg ssh ni ;)

    BalasPadam
  8. alhamdulillah masih ada manusia yang baik hati dan prihatin seperti kak idah dan kumpulan kak idah.. hanya Allah yang dapat membalas budi baik itu..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, saya sebenarnya kagum melihat mereka yg berkerjaya, berkeluarga, mempunyai anak ramai tapi masih sempat membuat kerja-kerja amal sebegini, sebab tak ramai yg sanggup bersusah payah berkorban tenaga, masa, wang ringgit, dll...keep up a good work..

    *tu yang demam hari isnin ya*..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih nohas... :)

      *iyer la tuee... :D*

      Padam
    2. betul tu... actually ramai je yang sanggup berkorban wang ringgit zaman internet ni ... cuma tak ramai yang sanggup korbankan masa, especially yang ada anak kecil .. keep up a good work kak idah

      Padam
  10. Terbaiklah.. Semoga diberkati Allah :D

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..acik idah lain kali kalau ada misi macam ni..bagi tau kita ya..boleh kita war-warkan kat Blog. So lebih ramai dapat membantu ya...

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah...semoga dipermudahkan urusan. Bertuah sungguh cik idah dapat peluang sebegini...semoga usaha murni ini diberkati.

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah..murni sungguh hati acik idah and the team.. semoga lebih ramai yg sudi membantu lps nie.. =D

    BalasPadam
  14. salam pagi...bangga sekali dgn idah n team kemanusiaan yg sanggup berkorban membantu ramai lg antara kita yg berada dlm kesempitan hidup...jarang ditemui anak2muda sebaik idah n rakan2 walau ada, menyalurkan bantuan tulus ikhlas begini...teruskan usaha ramai yg menyokong n akan turut memberi sumbangan jika ada projek kemanusiaan lain kelak...

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan & diberi kelancaran atas segala usaha.. mudah2an membantu mengurangkan beban & penderitaan serta beroleh keberkatan bersama semuanya.. aamiin. All the best!.. :)

    BalasPadam
  16. Kerja yg baik dan ikhlas selalunya dipermudahkan Allah...Tahniah Idah

    BalasPadam
  17. terbaiklah kak..saya pun teringin juga ikut kerja-kerja amal macam ni

    BalasPadam
  18. Bestnya dapat buat aktiviti macam ni. :)

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D