13 Januari, 2014

Makanan Untuk Gelandangan.

14 ulasan
...السلام عليكم



Pada sabtu malam (11 january 2014) yang lalu , team misi kemanusiaan kami meneruskan lagi program #Makanan_Untuk_Kehidupan... dan ini merupakan program pertama kami bagi tahun 2014... :)



Bagi program pada malam itu, team Azizi Anas Society Group (AASG) telah berkolaborasi dengan team Pengakap Kelana "A" Lembah Pantai... dan alhamdulillah makanan yang diberikan kepada para gelandangan pada malam tersebut adalah dari sumbangan team Pengakap Lembah Pantai...





Kolaborasi Team AASG Dan Pengakap Kelana "A" Lembah Pantai



Seperti biasa Idah dan rakan² akan berkumpul di depan Agro Bank pada jam 11 malam... sedikit taklimat akan diberikan dan sesi suai kenal bagi rakan² yang baru mengikuti program kami...






Bacaan Doa

Sebelum memulakan kerja, doa dibacakan memohon Allah permudahkan segalanya sekaligus merahmati kerja² amal yang kami lakukan...





Langkah Dimulakan

Tepat jam 12 malam kami pun memulakan langkah kami untuk memasuki kawasan² "perumahan" gelandangan...



Kehidupan Gelandangan

Beginilah kehidupan para gelandangan... pabila badan terasa letih dan mata pula terasa mengantuk... dimana² saja mereka boleh melabuhkan tubuh... walaubagaimana pun hidup perlu diteruskan...



Ramah Mesra Dengan Salah Seorang Gelandangan


Dipertengahan jalan kami berjumpa dengan Abang Kasim (bukan nama sebenar)... kami dah lama mengenalinya... dia adalah salah seorang penghuni tetap di hadapan kedai di tepi Jalan Bunus... "Lama korang tak datang" dia menegur kami... :) malam tu kami bukan saja memberikan dia makanan dan minuman sahaja... tapi kami juga memberikan dia beberapa helai pakaian hasil sumbangan orang ramai... suka betul dia malam itu... 




Abang Kasim adalah seorang penghidap diabetik yang kronik sehinggakan lihat saja kakinya telah hampir membusuk... namun masih ditahannya... pernah kami bersembang dengannya dulu... dia ada keluarga... tapi mungkin disebabkan atas perkara² tertentu dia meninggalkan rumahnya dan memilih untuk hidup bersendirian kerana tidak mahu menyusahkan anak² dan isterinya...






Sesi Post-Mortem

Alhamdulillah... kerja siap... dan seperti rutinnya... kami akan duduk bersama untuk sesi post-mortem dan juga membincangkan program kami yang seterusnya sambil menikmati sedikit juadah ringan hasil sumbangan ahli² yang ingin bersedekah...



Sebenarnya pada program malam itu kami ada berniat untuk memberi gelandangan untuk merasa Nasi Maqlubah Palestin sempena aktiviti kami yang pertama bagi tahun 2014... tetapi atas nasihat rakan² lain... kami terpaksa membatalkannya dan menggantikannya dengan makanan yang lebih ringan dan boleh disimpan kerana memandangkan kami buat program tu pada malam minggu yang kebiasaannya ramai yang memberi mereka makan nasi... insyaallah jika ada rezeki mereka, mungkin dimasa akan datang...




Alhamdulillah setiap kali kami melaksanakan kerja² amal seperti ini... semakin ramai yang hadir untuk membantu... tidak kira dari segi kewangan, barangan, mahupun tenaga... semuga Allah memurahkan lagi rezeki para penyumbang dan juga merahmati kalian di dunia dan akhirat... :)



P/s : Moto kami adalah #Sampaikan_Mesej_Murni


14 ulasan :

  1. Kesiannya tengok pakcik kasim tuh dgn penyakit yg dia hadapi...ya Allah, kita jer yang menengok pun sudah rasa perih, palagi pak cik kasim yang alaminya..

    BalasPadam
  2. Subhanallah.. semoga segala usaha yg dilakukan beroleh keberkatan & dipermudahkan segalanya dlm kehidupan.. aamiin.. Selamat maju jaya..

    BalasPadam
  3. alhamdulila.. aktiviti seperti ini sangat bagus.. moga di teruskan

    BalasPadam
  4. Bagus program mcm ni. Misi kemanusiaan. Nina ingat mau join prgram mcm ni jugak tapi tak tahu nak register kat mana. kawan2 dekat sini ada join program bantuan perubatan tapi anjuran non-muslim and semua ahli pun non-muslim.Nak ikut tapi takut mereka tak faham kalau saya nak solat masa dlm program. So, tak ikut. aKAk inform ekh mana-mana saluran y saya boleh join. Anyway, kesian tengok orang2 tua tu

    BalasPadam
  5. Segala usaha misi kemanusiaan semoga dpt berkat Allah...

    BalasPadam
  6. sayu hati saya tengok pakcik kassim tu. kalau boleh, bantulah beliau untuk dapatkan rawatan. tak sanggup tengok kakinya sebegitu rupa

    BalasPadam
  7. semoga Allah mmberkati... In Shaa Allah...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..syukur kepadaNya..ramai yang perihatin..Nway Salam Maulidul Rasul 1435 Hijrah Acik Idah!!!!

    BalasPadam
  9. Syabas Acik Idah...semoga team Acik Idah akan sentiasa dirahmati Allah. Ida pun ada kenal seorang Makcik & Suami yang bekerja satu opis dengan emak Ida di JB yang sering buat kerja-kerja amal macam ni di sekitar JB

    BalasPadam
  10. Semoga usaha murni ini diteruskan dan mendapat keberkatan. Hanya Allah yg dapat membalasnya.

    BalasPadam
  11. wa.. aktif betol acik idah dgn usaha2 macam ni.. good... kipidap..!!

    BalasPadam
  12. subhanallah, kesiannya tengok mereka..tambah2 lagi pakcik kasim tu...hmmm...kenapa tak cuba dibawa ke hospital ya untuk dapatkan rawatan??

    BalasPadam
  13. mcm mane er kak ida nk join cmni?teringin la plak..tp area jb la

    BalasPadam
  14. bagus aktiviti macam ni kak idah.. sekurang-kurangnya kita membuatkan mereka tersenyum..

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D