Memaparkan catatan dengan label gelandangan. Papar semua catatan
30 Oktober, 2014
11 Julai, 2014
Al-Waasi Muka Depan Akhbar The Star
Assalamualaikum...
Al-Waasi di muka depan akhbar Metro The Star hari ini Jumaat 11 Julai 2014... huhuhu... tengok jejaka² macho Al-Waasi di situ... hehehe... muka sorang² macam gengster kampung dusun... tapi errmmm... jangan lihat dari rupa... dalam hati ada taman tue... hehehe... mereka² ni semua telah banyak menabur jasa pada masyarakat... :)
10 Julai, 2014
Perdana Menteri Turun Meninjau Gelandangan Malam Tadi
Assalamualaikum...
Hampir sebulan isu gelandangan panas di negara kita ini... banyak juga pihak yang mengeluarkan pendapat mereka masing² termasuk la ahli² politik, aktivis kemanusiaan, NGO dan dari pelbagai lapisan masyarakat... ada yang menyokong tindakan kerajaan dan tidak kurang juga yang membangkang... :D
08 Julai, 2014
Kenyataan Ku Nan Yang Mengelirukan
Assalamualaikum...
Semenjak Menteri Wilayah Persekutuan mengumumkan pada minggu lepas yang gelandangan, peminta sedekah akan di "angkut" dan pemberi sedekah akan di denda... diri ini tiba² menjadi emosi... lama juga menyejukkan hati... mulanya idah rasa tidak perlu idah menulis mengenai isu ini kerana takut beremosi... tapi hari demi hari... isu ini tidak juga reda... malah semakin menjadi² pula...
Ayat pertama yang terngiang² dikepala idah pada mula² sekatan ini dibuat ialah "HAK BERSEDEKAH ADALAH HAK KITA"... bersedekah itu kan amat digalakkan dalam agama kita... even agama lain pun... tapi kenapa hak kita dinafikan? dan yang menyedihkan lagi sekatan ini berlaku di dalam sebuah negara yang memperakui negara islam... dan disekat oleh seorang menteri islam pula... marah, sedih, kecewa bercampur baur... :(
Sumber : www.themalaysianinsider.com
07 Julai, 2014
10 Jenis Gelandangan Yang Biasa Ditemui
Assalamualaikum...
Hari ni tiba² terasa macam nak buat entry yang serius sikit... :D semenjak kebelakangan inie di dalam negara kita heboh kisah tentang kerajaan ingin membasmi gelandangan dan peminda sedekah di pusat bandar Kuala Lumpur dan tidak kurang juga pemberi sedekah pun terpalit sama akan didenda jika memberi sedekah. Oleh itu idah rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan idah berkenaan beberapa jenis gelandangan yang pernah idah temui yang ada di sekitar Kuala Lumpur.
16 Mei, 2014
14 Mei, 2014
25 Mac, 2014
Al-Waasi Dalam Akhbar Sinar Harian (25/03/2014).
Assalamualaikum...
Rabu, 19 Mac 2014 yang lepas... Persatuan Kebajikan Al-Waasi telah berkolaborasi dengan sebuah NGO lagi iaitu Persatuan Kembara Charity telah mengadakan program #makanan_untuk_gelandangan... Diatas adalah keratan akhbar Sinar Harian keluaran hari ini yang telah membuat liputan berkenaan program pada malam itu...
27 Februari, 2014
Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.
...السلام عليكم
Apa saja yang kita ada... tidak baik lokek... itu pesan mak dulu... sedikit sama dirasa... banyak sama dikongsi... pengalaman yang kami timba dalam membantu golongan gelandangan... kami turut berkongsi dengan persatuan² dan sahabat² yang lain... kami ingin mereka juga merasakan apa yang telah kami rasa disaat menghulurkan sedikit bantuan kepada golongan ini... kami suka berkongsi pengalaman kami dengan sesiapa saja....
Alhamdulillah... pada jumaat lepas 21 Februari 2014... sebuah persatuan kebajikan yang lebih kepada kebajikan untuk ahli² dan penduduk sekitarnya yang menggelarkan pertubuhan mereka sebagai Persatuan Sahabat Jiwa Murni... telah melantik idah dan skuad Al-Waasi' sebagai perancang dan sekaligus mengetuai rombongan persatuan mereka untuk turut sama² membantu golongan gelandangan ini di sekitar kuala lumpur...
19 Februari, 2014
13 Januari, 2014
Makanan Untuk Gelandangan.
...السلام عليكم
Pada sabtu malam (11 january 2014) yang lalu , team misi kemanusiaan kami meneruskan lagi program #Makanan_Untuk_Kehidupan... dan ini merupakan program pertama kami bagi tahun 2014... :)
Bagi program pada malam itu, team Azizi Anas Society Group (AASG) telah berkolaborasi dengan team Pengakap Kelana "A" Lembah Pantai... dan alhamdulillah makanan yang diberikan kepada para gelandangan pada malam tersebut adalah dari sumbangan team Pengakap Lembah Pantai...
24 Disember, 2013
Gelandangan?..
...السلام عليكم
Hari nie idah nak kongsikan kisah tentang gelandangan... apa gelandangan tu? kepada sesiapa yang tak tau.. gelandangan bermaksud orang-orang yang tiada pekerjaan dan tempat tinggal yang tetap... biasa kita lihat mereka² nie tidur di tepi² jalan atau kedai, bawah jambatan, hentian bas dan mana saja yang dapat mereka tumpang berteduh dari hujan dan sejuk malam...
Gelandangan nie bukan semua yang tidak bekerja... ada yang bekerja tetapi mereka tidak mampu untuk menyewa rumah ataupun bilik... rezeki yang diperolehi tu hanya cukup untuk menampung makan minum dan keperluan asas sahaja...
Mungkin ada yang kata mereka nie malas bekerja... yup... mungkinn... idah juga pada mulanya ada berfikiran begitu... tapi itu hanya sebilangan kecil sahaja... kita melihat dari luaran dan kita menghakimi mereka semuanya sama... semuanya malas... tapi cuba kita selami hati dan pengalaman mereka... bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang...
Langgan:
Catatan
(
Atom
)