Assalamualaikum...
Rabu, 19 Mac 2014 yang lepas... Persatuan Kebajikan Al-Waasi telah berkolaborasi dengan sebuah NGO lagi iaitu Persatuan Kembara Charity telah mengadakan program #makanan_untuk_gelandangan... Diatas adalah keratan akhbar Sinar Harian keluaran hari ini yang telah membuat liputan berkenaan program pada malam itu...
Pada malam itu sebanyak 150 bungkusan makanan telah diagihkan kepada golongan gelandangan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur dan hanya tamat lebih kurang jam 2 pagi...
Walaupun malam itu hujan... namun tidak sedikit pun melemahkan semangat team dari kedua² persatuan ini... :D
Alhamdulillah... sebuah lagi persatuan telah turun padang membantu golongan ini... semoga lebih ramai dan banyak lagi persatuan/individu yang dapat turut serta membantu dalam apa segi bantuan pun...
Mereka tidak pernah meminta... tapi sanggupkah kita melihat saudara² kita hidup dalam serba kekurangan sebegitu?
Dugaan sebenarnya adalah kepada kita yang serba cukup ini... Adakah kita hanya ingin melihat, mencemuh atau sebaliknya membantu... terserah...!
Alhamdulillah...walaupun zaman dh berubah sifat kemanusian dan saling membantu masih ada lgi...
BalasPadamBagus lah korang nih beb...salam aku untuk al-waasi.
BalasPadamWah bagus2.. keep it up acik idah.. =D
BalasPadamWah bagus2 :) Teruskan usaha murni anda :)
BalasPadamTaufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)
terbaik
BalasPadamMasalah gelandangan ni, jika dibiarkan boleh melarat hingga boleh melumpuhkan masyarakat kita. Lihat sahaja masalah perumahan yang tidak pernah selesai, ditambah lagi dengan kenaikan harga rumah yang semakin mendadak. Tidak mustahil, masalah gelandangan ini tidak akan selesai bagi tempoh beberapa dekad yang mendatang.
BalasPadamBetul tu SY... malah mungkin boleh jadi lebih parah lagi... dan semakin ramai lagi yang bakal menjadi gelandangan nie...
Padamusaha yg sgt murni. keep it up!
BalasPadammoga Allah balas jasa kalian semua :')
Assalammualaikum...acikidah,
BalasPadamacikidah kenapa masalah gelandangan tak pernah selesai dalam masyarakat kita di Malaysia.. adakah kurangnya kesedaran dalam membantu mereka yang memerlukan ini. Susah gak untuk menangani masalah nie kan...
mselim3
W'salam En. mselim...
PadamSebenarnya ada kaedah untuk membantu mereka... dan sudah ada tindakan pun... cumanya keberkesanan tu kurang... sebabnya... orang2 yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tu tidak menjalankan tanggungjawab dengan amanah... - pendapat peribadi
boleh tak kongsi satu atau dua kisah kat blog ni, kenapa dorang tu jadi geladangan? nak jugak tahu .
BalasPadamHahaha... sebenarnya idah ada buat kisah gelandangan nie.. tu hari.. tengah2 dok mengarang tetiba dapat call kata Nabihan sakit tu hari... terus terbantut kisah tu sampai ke hari nie tak sambung2 lagii... :D tunggu yer... nak buat tu kena ada mood.. hehehe...
Padamsalam. waa..bagus aktiviti ni..:)
BalasPadambtw isi tabung digi :)
Alhamdulillah acik idah..semoga pendedahan sinar harian membuka lebih banyak peluang/bantuan untuk Al Waasi membuat kebajikan pada masa akan datang. Dan pastinya masalah gelandangan ni tak boleh dibiarkan dan di "pampert". Perlu ada perancangan jangka panjang dari pihak berkuasa untuk mencapai gelandangan sifar...
BalasPadamsyabas atas usaha kalian.
BalasPadamSemakin dikenali nampaknya Al Waasi, semoga dapat membuka mata mereka yg berlebihan pendapatan utk menyalurkan bantuan. Selamat maju jaya dan semoga usaha murni anda dan rakan2 diberkati dan dipermudahkan.
BalasPadamalhamdulillah.. insya-Allah usaha yang baik sentiasa dipermudahkan oleh Allah..
BalasPadamAlhamdulillah... tahniah.. semoga dilancarkan segala usaha & membantu mereka yg gelandangan dlm beroleh semangat utk meneruskan kehidupan ini... aamiin. All the best!!
BalasPadamtahniah...semoga usaha murni ni dipermudahkan
BalasPadam