Assalamualaikum...
Free Market atau Pasar Percuma ini telah diadakan pada 16 Mac 2014 yang lalu di perkarangan Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)... ini merupakan program ke-2 yang telah dianjurkan... bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 11 pagi...
Free Market kali ini berkonsepkan Car Boot Style... sesiapa saja samada individu/persatuan boleh mengambil bahagian dalam program ini... hanya perlu menghubungi pihak penganjur untuk pengesahan penyertaan... :)
Semua barangan pada hari itu diberikan secara PERCUMA... pengunjung hanya perlu datang ke gerai².... melihat barangan yang dipamerkan dan jika pengunjung suka pada barangan tersebut dia perlu la meminta dengan sopan kepada pemilik barangan... itu sajerr... tak perlu bayar apa²... ambil saja... seronok kan..! ;D
Pelbagai barangan yang telah di sumbangkan pada hari itu... ada buku-buku...
Ada majalah....
Ada pakaian...
Barangan kelengkapan rumah... anak patung... mainan... dan macam² lagi laa...
Walaupun hujan pada pagi itu... pengunjung tetap juga ramai... berpusu-pusu... awal-awal pagi lagi pengunjung dah mula beratur untuk memasuki kawasan perkarangan masjid... tetapi pengambilan barangan hanya bermula jam 9 pagi... pengunjung yang datang terdiri dari anak² yatim dan orang awam yang terdiri dari pelbagai bangsa...
Barangan yang dipamerkan hampir basah semuanya... tapi pengunjung tetap datang dan mengambil barangan² tersebut...
Huhuhu... ini lah gerai kami... Gerai Al-Waasi... :D pada hari itu kami telah menyumbangkan buku², barangan permainan, pakaian, kasut, topi dan lain²....
Pengunjung datang berpusu²... melihat... memilih... dan mengambil... apa saja yang disukai... :D
Sekejap jer... licinn... sampaikan baju basah² pun licin jugaa... hehe...
Mula² tu barangan disusun la elok²... dah hujung² tu.. kami keluarkan kotak jerr... hehehe...
Alhamdulillah... event pada hari itu sungguh menyentuh hati... walaupun ada yang lencun kebasahan dek hujan... namun kami dapat merasakan sesuatu dalam hati.... bilamana melihat pengunjung sudi mengambil barangan yang kita berikan dengan ikhlas...
Kami dari team Al-Waasi... hanya menjadi medium sebagai menyampaikan sumbangan sahaja... yang penting adalah penyumbang itu sendiri... terima kasih kepada kalian semua... semoga Allah Taala merahmati mu sentiasa... :)
Terima kasih juga kepada pihak penganjur atas penganjuran program yang bermanfaat dan sangat baik ini... diharap ada siri² seterusnya yerr... ;)
wow!!!!bestnye konsep memberi mcm ni. seronok kan. mcm kami kat sini among malaysian je bt lelong brg2 lama utk penuhkan tabung. tahniah al waasi. keep it up!!!!!
BalasPadamwah bagus sekali program ni ya...kita mmg berbesar hati jika pemberian kita diterima...seronok pula nak memberi selalu...ganjaran yg Allah janjikan kerna berbuat kebajikan pasti berlimpah-limpah.
BalasPadamWah bagus la program sebegini acik idah.. kalau dekat leh farah join sekali.. =D
BalasPadamdebakkkkk....terbaik lah idah
BalasPadamsaya letak some of the pics kat #FreeMarket, boleh ke?
BalasPadamSudah tentu bolehhh... silakann..! :D
Padambestnya tahniah al waasi
BalasPadamTak sangka ada pasar sebegini, bagus sekali daripada dibuang begitu sahaja...dapat juga diberi kpd yang memerlukan.
BalasPadamalhamdulillah.. bagus diadakan free market begini.. klik-klik tabung kak idah.. :D
BalasPadamKonsep yg sgt baik utk dipraktikkan selalu.. dari pada membazir & dibuang begitu shj, lebih baik diusahakan utk sampai ke tangan yg menginginkannya..
BalasPadamkonsep yg bagus...penyumbang dan penerima sama-sama dapat manfaat...rain or shine..kudos to team Al-Waasi..
BalasPadamSgt bmakna bg mereka yg btl2 memerlukan...tahniah sis n the gang atas pekerjaan ini..
BalasPadamfree?????? wah!!!!! bestnya
BalasPadamAssalammualaikum...acikidah,
BalasPadambagus pameran free market macam nie.. baru pertama kali tgk .. kat JB, car booth macam nie biasanyer barangan ada biasanyer di jual..
mselim3
salam. waaa menarik ni :)
BalasPadambtw isi tabung nuff :)
mmm menarik...x pernah tau ada free market macam ni...
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamwalaupun berhujan.. sambutan tetap hangat!
BalasPadamtak tau pun ade free market nih..
bagusnya macam ni..not everything is about money kan...
BalasPadam