...السلام عليكم
Semalam... merupakan hari yang penuh dugaan buat idah sekeluarga...
Ermm... malam tadi ok jerr... pagi² bangun pegi sekolah pun dia okay jerr... badan dia tak panas pun dan dia pun ceria seperti biasa jerrr... kenapa tiba² jer boleh demam sampai menggigil yerr... fikir idah...
Tengahari dalam lebih kurang jam 12 tengahari... idah di pejabat dan dapat call dari hubby... katanya sekolah Nabihan call dia dan mengatakan yang Nabihan demam kuat sampai menggigil²... so idah suruh dia balik dulu tengok Nabihan... kalau dia ambil idah lagi lambat jadinya kan...
Ermm... malam tadi ok jerr... pagi² bangun pegi sekolah pun dia okay jerr... badan dia tak panas pun dan dia pun ceria seperti biasa jerrr... kenapa tiba² jer boleh demam sampai menggigil yerr... fikir idah...
Semasa on da way balik tu... hubby talipon sekolah lagi... suruh sekolah masukkan ubat bontot dulu... tapi cikgunya kata tak ada ubat kat sekolah... ;( ... pastu hubby suruh cikgunya ambil suhu Nabihan... cikgunya kata... tiada penyukat suhu di sekolah... uwarrghhh... sekolah punya la bayar mahalll... tapi tak ada emergency support... huhhh..! kemudian hubby suruh cikgunya hantar Nabihan ke klinik berdekatan... tapi cikgunya kata nak tunggu parents datang juga... noo... kena hantar dulu.. sementara menunggu kami sampai... segala perbelanjaan kami akan tanggung kata hubby... akhirnya cikgunya pun akur dan menghantar Nabihan ke klinik berdekatan...
Sesampai hubby di klinik... doktor kata semasa Nabihan datang suhunya 41 darjah... doktor dah beri Nabihan 2 dos ubat di bontot tapi sudah hampir sejam suhu turun terlalu perlahan... doktor arahkan hubby bawak Nabihan ke hospital yang berdekatan... hubby call idah... dan idah minta hubby bawa Nabihan ke PPUM... tapi doktor tak galakkan kerana katanya jauh dan takut semasa dalam perjalanan suhu akan meningkat naik lagi... so hubby pun buat keputusan bawa Nabihan ke KPJ Kajang...
Sesampai di Kecemasan KPJ Kajang... pihak hospital telah memberikan rawatan segera... sampel darah diambil untuk ujian terperinci... dan alhamdulillah suhu badan Nabihan semakin menurun... mengikut kata doktor yang merawat... tongsil Nabihan bengkak dan di tekaknya ada sedikit nanah... sementara menunggu hasil ujian darah... hubby bawa Nabihan ke cafe untuk makan sedikit... alhamdulillah dia makan 2 potong kek dan air peel fresh...
Idah pula... dari KL idah ambil LRT ke Bandar Tun Razak (BTR)... menunggu LRT datang rasa macam terlalu lamaaa... di dalam LRT pula bertalu² sms hubby bertanyakan kondisi Nabihan... sesampai di LRT BTR... lihat orang beratur panjang untuk menaiki teksi... idah tiada pilihan lain terpaksa juga beratur walaupun dalam hati hanya Allah saja yang tau... teksi pula bila ditunggu tak datang²... bila sampai giliran idah pula... bila di tanya kata teksi tak boleh ke Kajang... aduhh... dekat 6 teksi berlalu baru ada yang ingin mengambil... syukur...
Sesampai idah di KPJ Kajang... lihat Nabihan sedang makan di cafe bersama babahnya... Alhamdulillah bilamana nampak dia tersenyum.. :)
Setelah hampir sejam setengah berlalu... keputusan darah di perolehi dan mengikut kata doktor... terdapat bakteria di dalam darah Nabihan yang terlalu tinggi... 3 kali ganda tingginya dari biasa... doktor nasihatkan Nabihan di tahan wad untuk diberikan antibiotik dos tinggi dan sekaligus monitor perkembangannya... tapi di KPJ Kajang semua wad penuh... dan ada 3 kanak² lagi yang sedang menunggu giliran nak masuk wad... doktor juga menasihati kami agar membawa Nabihan ke hospital kerajaan saja... doktor buat surat dan arahkan kami bawa Nabihan ke mana² saja hospital yang kami pilih...
1 dos antibiotik dimasukkan melalui saluran yang telah dibuat pada awalnya di tangan Nabihan dan kemudian jarum di tangan Nabihan terpaksa dibuka kerana itu polisi kata doktor... setelah bil di jelaskan kami pun bergegas pulang ke rumah untuk mengambil pakaian dan sebagainya...
Di dalam perjalanan kami berbincang untuk memilih hospital seterusnya... dan hubby memilih HUKM... ermm.. ikut kan idah memang berat hati untuk menempatkan Nabihan di HUKM tetapi sebab hubby bertegas dan juga memandangkan penyakitnya telah diketahui... idah akur juga... ermm... terlalu banyak pengalaman buruk idah dengan HUKM nie... itu yang membuatkan idah enggan...
Sesampai di Kecemasan HUKM... idah menyerahkan surat dari KPJ kepada pegawai bertugas... segala keterangan direkodkan dan Nabihan di arahkan ke bilik sebelah kaunter kecemasan tersebut... di situ ada seorang nurse pula yang menyoal serba sedikit... walaupun nurse tersebut sedikit menjengkelkan dengan soalan² yang idah rasakan tidak sesuai... idah layani juga... seorang medical officer (MO) lelaki datang... menganalisis keputusan ujian darah Nabihan yang kami bawa dari KPJ.. kemudian dia mengarahkan nurse untuk mengambil lagi darah Nabihan kerana mengikutnya ujian darah tersebut kurang 1 bahagian... ohh tuhan... idah terpaksa akur...
Di KPJ sebelah tangan kiri telah dicucuk... di sini sekali lagi perlu dicucuk dan tangan kanan pula gilirannya... idah cuba mengalihkan perhatian Nabihan pada idah... arahkan dia senyum untuk idah ambil gambarnya... supaya dia leka dan tidak lihat pada jarum tersebut... ermmm... mula² okay... kemudian apabila dah kena cucuk dan diperah² tangan dia... berderai juga air mata... ;(
Selesai darah diambil... nombor di berikan untuk menunggu giliran berjumpa doktor... ermmm.... hampir 2 jam juga la menunggu... Nabihan sampai tertidur di pangkuan... kesian dia keletihan... semasa menunggu tu... tiba² ada rakan yang datang untuk melihat Nabihan dan sama² turut menunggu di situ... Alhamdulillah.. ada juga rakan² yang sudi berkongsi kesedihan dan kesusahan kita... terima kasih Tuan Pengerusi Al-Waasi'... En. Rafizal... :) tak lupa juga terima kasih kepada rakan² yang memberikan kata² sokongan dan juga doa menerusi WhatsApp...
Giliran Nabihan tiba... seorang doktor wanita india memeriksa Nabihan... macam² soalan yang ditanyakan.. dan setelah lebih setengah jam diskusi antara kami... akhirnya doktor tersebut memberikan kami pilihan... Nabihan tidak perlu dimasukkan ke wad... tetapi antibiotik yang bakal diberikan dosnya rendah sedikit dari dos yang diberikan oleh KPJ.. kerana antibiotik yang seperti diberikan di KPJ perlu dimasukkan melalui jarum ditangan... kami pun bersetuju... doktor arahkan kami monitor perkembangan Nabihan untuk selama 3 hari ini... jika demamnya masih tinggi... Nabihan perlu dibawa ke hospital semula... aktibiotik perlu dihabiskan dalam masa 7 hari...
Di sini idah tiada niat untuk menyalahkan mana² pihak... terutama pihak sekolah... cuma ini adalah teguran atau peringatan agar pihak sekolah lebih prihatin dan perlu ada sekurang²nya kotak first aid untuk bantuan kecemasan level pertama... apabila anak² di sekolah, keselamatan anak² adalah tanggungjawab pihak sekolah...
Alhamdulillah... hari ini awal pagi² lagi Nabihan dah bangun dan mandi... badannya tidak panas lagi... hubby berikan antibiotik kepadanya sebelum dia sarapan pagi... dan sebelum kami keluar untuk ke tempat kerja tadi... hubby beri dia ubat demam pula... dari masa ke semasa idah call rumah... alhamdulillah badan dia tak panas lagi... dan dia pun dah ceria semula... :) namun begitu kami tak boleh leka... harap Nabihan akan sihat seperti sediakala...
Ibu sayangg abang... :)
kesian adik Nabihan...semoga cepat sembuh dik.. betul pa kata kak Acik tu, kotak first aids mmg perlu ..kot2lah ada kecemasan lagi nanti berlaku.. x la menggelabah lg..
BalasPadamSaya membaca entri ini dari ayat ke ayat. Terasa setiap ayat yang ditulis sarat nilai kasih sayang seorang ibu yang risaukan keadaan anaknya. Saya juga berasa ralat dengan tindakan sekolah itu. Jika keadaan memaksa kenapa perlu menunggu ibu bapa datang ke sekolah baru hendak dihantar. Minggu ini ada seorang murid di sekolah saya terkena asma. Jadi, apabila melihatkan murid ini "teruk", pihak sekolah mengambil keputusan untuk menghantar murid itu ke klinik berdekatan, kemudian memaklumkan kepada ibu bapanya. Jika perlu bolehlah ibu bapa ini membawa anaknya itu ke hospital. (Barangkali juga pihak sekolah tidak berani bertindak, mungkin kerana ada kala ibu bapa yang cerewet mereka akan menyalahkan pihak sekolah kerana menghantar anak mereka ke klinik "biasa" atau pun sewaktu dengannya tanpa memaklumkan kepada mereka terlebih dahulu."
BalasPadamSaya bersetuju, setiap sekolah perlu sediakan peti kecemasan dan sentiasa mengemas kini ubat dan alatan di dalamnya. Malang tidak berbau, jadi perlu bersedia. Terima kasih atas peringatan ini.
kesiannya tgk nabihan especially masa amik darah tu. semoga nabihan cepat2 recover & sihat walafiat. amin3x
BalasPadamtakutnya... anak kalau demam memang mencemaskan. harap adik nabihan cepat sembuh ye c:
BalasPadamKesiannya.. semoga cepat sembuh ye... aamiin.
BalasPadamdoakan semoga nabihan cepat sembuh.. sepatutnya setiap sekolah perlu sediakan sekurang-kurangnya satu kotak first aid tu kak ida..
BalasPadamkesian nabihan...melihat dia menbeik menangis menahan sakit berderai airmata...kesakitan n tangisan anak2 sangat melukakan perasaan kita kan...sabar ya idah n idah berilah suggest kpd sekolah tu tentang medik asas yg patut ada disekolah tu...ni bayarannya kan main mahal tapi bila berlaku kecemasan apapun xboleh diharapkan..
BalasPadamSedih sy tgk pic dia nangis kne cucuk.sy phm perasaan sis..sb sy pnh lalui gk..semoga sntiasa sht ye nabihan....
BalasPadamSemoga cepat sembuh..
BalasPadamalhamdulillah...
BalasPadamsmoga cepat sihat..
Semoga Nabihan cepat sembuh...
BalasPadamsekarang ni musim demam,tambah lagi dgn cuaca jerebu..
BalasPadamanak2 saya eryn dan amanda pun demam tinggi gak last month.2 kali ambik antibiotik.alhamdulillah dah tak demam but diorg still not recover from flu.selsema dan batuk tu kejap ada..kejap tak ada.
risau jugak.just doa agar diorg dijauhkan dari penyakit yg memudaratkan.amin..
bahaya nya...tahap bakteria 3 kali ganda dari biasa...suhu plak 41 darjah...dah tinggi sangat tu...nasib baik idah n hubby ambil tindakan pantas...pihak sekolah paling kurang kena ada 1st aid..itu penting...dan klu dah rasa suhu terlampau panas...x perlu tunggu parents untuk bawa ke klinik..
BalasPadamapa2 pun harap nabihan cepat sembuh ...
beb, aku baca pun berdebar. sbb alisha pernah demam mcm tuh menggigil-gigil. hoiiii aku yang nak pengsan tgk....bab-2 anak demam nih adoiiiiii memang menduga betul. semoga anak-2 kita dipelihara dan dilimpahkan kesihatan yang baik.
BalasPadamKesiannya..Semoga Nabihan cepat sembuh ya...
BalasPadamTakut sangat bila anak2 kena demam kuat camni, sampai menggigil2... suhu plak tu dah tinggi sgt 41 darjah...
BalasPadamSemoga Nabihan cepat sembuh... ^__^
Tingginya suhu badan tu. Tonsil? Akak klu badan panas sikit he pun mulalah tonsil nak menjengah..adei..
BalasPadamgws yer nabihan.good boy
Begini ceritanya...terlewat tau, tgok entri terkini dulu tadi.
BalasPadam