08 Julai, 2014

Kenyataan Ku Nan Yang Mengelirukan

13 ulasan

Assalamualaikum...



Semenjak Menteri Wilayah Persekutuan mengumumkan pada minggu lepas yang gelandangan, peminta sedekah akan di "angkut" dan pemberi sedekah akan di denda... diri ini tiba² menjadi emosi... lama juga menyejukkan hati... mulanya idah rasa tidak perlu idah menulis mengenai isu ini kerana takut beremosi... tapi hari demi hari... isu ini tidak juga reda... malah semakin menjadi² pula...




Ayat pertama yang terngiang² dikepala idah pada mula² sekatan ini dibuat ialah "HAK BERSEDEKAH ADALAH HAK KITA"... bersedekah itu kan amat digalakkan dalam agama kita... even agama lain pun... tapi kenapa hak kita dinafikan? dan yang menyedihkan lagi sekatan ini berlaku di dalam sebuah negara yang memperakui negara islam... dan disekat oleh seorang menteri islam pula... marah, sedih, kecewa bercampur baur... :(



Kenyataan Ku Nan Yang Mengelirukan
Sumber : www.themalaysianinsider.com

Klik pada setiap gambar untuk terus ke article asal... di atas ini adalah statement pak menteri pada 3 hari lepas... jika anda baca article ini... ada yang mengelirukan dan ada yang kelakar juga disitu... :) mengelirukan adalah bilamana pak menteri yang beberapa hari sebelumnya beriya² ingin melaksanakan sekatan dan denda dan juga 'menghalau' NGO yang selama ini memberi makanan kepada gelandangan... tiba² mengatakan yang dia menyokong pula usaha memberi bantuan makanan ini... ekhhh...! pak menteri dah kena sound ker? yang tiba² boleh buat 'u-turn' tu? :D oh yeaa... dan bunyi agak kelakar juga bila pak menteri kata selalu memberi berkampit beras kepada gelandangan... hehehe... agak² kalau gelandangan tu dapat beras tu dia masak kat mana ek? atau pun dorang makan terus jer beras tu tanpa masak kot? hehehe... pandai buat lawak kan... :D




Kenyataan Ku Nan Yang Mengelirukan
Sumber : www.themalaysianinsider.com

Pada sebelumnya beriya² pak menteri ini 'menghalau' sebuah NGO yang menggunakan nama Soup Kitchen atau Pertiwi agar memindahkan operasi mereka ke luar bandar dan juga mengugut akan mengenakan tindakan saman jika enggan berbuat demikian...



Kenyataan Ku Nan Yang Mengelirukan
Sumber : www.themalaysianinsider.com

Oh yea... ini adalah article dan statement awal oleh pak menteri... bertegas akan "mengangkut" peminta sedekah dan gelandangan... malangnya tidak dinyatakan pula mereka ini akan diangkut kemana... adakah mereka akan diberikan tempat tinggal yang lebih sempurna atau setidak² pun tempat yang membolehkan mereka berteduh dari panas dan hujan disamping berdekatan dengan tempat mereka bekerja... pemberi sedekah pula akan di saman serta merta... huhuhu... 



Setelah membaca ketiga² article diatas sepenuhnya... tidak kah kita dapat rasakan yang Kenyataan Ku Nan Ini Yang Mengelirukan? kejap kata nak denda... kejap kata nak angkut... kejap suruh hentikan operasi memberi makan kerana kotor... dan tiba² pula... saya TIDAK MENGHALANG malah menyokong pula usaha NGO² yang memberi makan ini... hehehe... pak menteri.... pak menteri.... :D




Kami bukanlah menghalang usaha untuk membersihkan bandaraya Kuala Lumpur ini dari kekotoran dan gelandangan... malah kami akan menyokong usaha tersebut... biarlah usaha itu selari dengan hak asasi manusia yang mana itu lebih penting... sepatutnya kerajaan perlu menangani permasalahan gelandangan dan kemiskinan ini terlebih dahulu... setidak²nya sediakan dahulu tempat untuk mereka berteduh... mereka bukan suka pun tinggal dan tidur ditepi² kedai, bawah jambatan, bus stop dan bawah pokok tu... cuba bayangkan bila hari hujan diwaktu malam hari... bagaimanakah mereka tidur? ermmm... sedih melihatnya... *sebak plak*


Anjung Singgah yang diwujudkan bagi membantu golongan ini seolah² kurang berfungsi... disitu mereka hanya dibenarkan tinggal maximum 2 minggu sahaja... dan pula tempat itu umpama Hotel 5 Bintang buat mereka... sebenarnya... mereka tidak memerlukan keselesaan bertaraf 5 bintang itu... mereka hanya memerlukan tempat untuk merehatkan diri dan berlindung dari panas matahari dan sejuk malam... disamping tempat untuk membersihkan diri dan menunaikan ibadah... itu sudah cukup... bukan kemewahan yang mereka mahukan pun... 


Akhir tulisan... semoga pihak kerajaan dapat mencari formula yang terbaik bagi menangani permasalahan ini... jemputlah wakil beberapa NGO untuk turut serta dalam memberi input mencari jalan penyelesaian yang terbaik... agar tiada pihak yang teraniaya dan bandaraya kita juga bebas dari peminta sedekah dan sampah sarap... mohon maaf andai ada kata² idah di atas yang mengguris perasaan... percayalah tiada niat untuk mempersenda atau mengenakan mana² pihak... malah senantiasa berdoa agar negaraku aman dan sentosa... :)



Sekian.


13 ulasan :

  1. menteri buat u-turn tu perkara biasa.mungkin dia ditegur orang atasan atau dia takut sebab kena hentam dengan rakyat jelata.ahli politik kak, diorang ada je idea nak selamatkan diri.

    BalasPadam
  2. cakap xguna otak mcm tu lah idah. agenda xhabis2. xpedulilah dia buat u-turn atau apa, didiey nak sgt dengar dia minta maaf atas statement bodoh dia tu. seriously rasa dia ni xlayak jd menteri.

    bg beras kat gelandangan? dia bg rice cooker sekali x? org xpernah rasa susah, mcm nilah jadinya. lupa diri, lupa agama. esok2 kalau rumah terbakar sekali lagi, nikmat semua kena tarik, mmg nak wish tahniah. eeeee! geram!

    BalasPadam
  3. Yg lebih kelakar tu Idah dua menteri yg duduk dlm satu payung tapi punya pendirian yg berbeza. Jadi pelaksanaan mana satu nak dibuat? Malu dgn NGO yg membantu sebab 'dia' tak mampu berbuat begitu ke? Eh... mana boleh 'kau' nak lawan 'aku' hihi... kita tengok ajelah Idah. Malaysia kan boleh!...

    Berita hari ini kata nak lihat cara negara luar buat macam mana. Aduhai lama dah gelandangan kat negara kita kenapa baru sekarang nak bertindak selepas ada pihak NGO-NGO bertindak.. Kita tunggu dan tengok sama-sama...

    BalasPadam
  4. Apa punya menteri lah. Tak pernah merasa hidup susah memang mcm ni kot. MEmang tak boleh di terima dek akal idea si NAN ni.

    BalasPadam
  5. Kenyataan Ku NAN ini memang mengelirukan...mungkin waktu mula-mula dia mengeluarkan kenyataan tersebut, dia beranggapan bahawa masyarakat akan bersamanya..Ternyata dia silap kerana masyarakat di kuala lumpur ternyata masih mengambil berat mengenai golongan yang kurang bernasib baik ini...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  6. aku pun keliru achik...pegilah negara luar...tgk mcm mana depa atasi masalah nih...bukan abruptly buat...kena plan bagai...

    pening betoi pak menteri mcm nih...

    BalasPadam
  7. ermmmmmmmmmmm..sis idah tak reti juga nak paham menteri mcm ni kan?

    BalasPadam
  8. bila ramai ngo yg menolong mrk yg kesusahan ini terasa pula pihak yg berwajib bhwa mrk xmenggalas tanggungjawab yg diberi sebaiknya lalu diberilah jawapan yg mengelirukan n susah nk menafsirnya...

    BalasPadam
  9. Dah namanya politik acikidah... begitulah kaedahnya... cakap belit-belit :P

    BalasPadam
  10. Mmg mengelirukan... dah lah bulan2 puasa ni buat kecoh, lepas tu cakap pulak yg dia pun sumbang jugak... agak2lah.. bukan bagi burung makan beras huhu...
    Mmg tak patutlah... sepatutnya dia sendiri perlu mengkaji dulu sblum nak menyatakan sesuatu... mesra rakyatlah sikit hhmmm...

    BalasPadam
  11. dah ramai menteri buat u-turn . mungkin faktor umur kot . ada baiknya BR1M tu diagihkan pada bulan puasa termasuk memberi kpd gelandangan ... PM kena tunjuk keikhlasan . klu setakat majlis formal utk anak yatim n masuk tv jer ... baik tak payah kot .

    BalasPadam
  12. Adoyai!!!mcm2 deh statement yg mengelirukan, mmg frust bila dgr

    BalasPadam
  13. abah saya selalu kata, orang pandai pun ada bodohnya
    camne statement mereka yang bergelar wakil rakyat tulah
    menyerlahkan lagi kebodohan, sebab dia hanya ada EQ bukan IQ =)

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D