11 Julai, 2014

Kucing Haiwan Kesayangan Nabi

6 ulasan

Assalamualaikum...


Kucing Haiwan Kesayangan Nabi


Salam jumaat semua... :) sekejap jer dah nak masuk separuh bulan ramadhan kan... tinggal beberapa hari saja lagi ramadhan akan berlalu pergi... dan entah kita berkesempatan berjumpa lagi atau tidak... oh yer... tiba² ada gambar kucing pula nie kan... hehe.. sengaja idah nak memorikan dia di sini... gambar ini idah ambil semasa ada program makanan untuk gelandangan beberapa bulan lepas di perkarangan bangunan Menara Maybank di pusat bandaraya KL... errmm mungkin sebab idah tertarik dengan warna mata dan aksi kucing ini... :)




Kucing Haiwan Kesayangan Nabi


Minggu lepas kecoh di facebook, watsap, blog akan kisah seekor kucing yang telah dibaling dari tingkat 7... kisah ini berlaku di Singapura... dan diberitakan ianya telah dilakukan oleh kanak-kanak... walaupun kecederaannya agak parah... tapi syukur umurnya masih panjang dan telah mendapat rawatan yang sepatutnya di sana... semoga dia cepat sembuh...



Walaupun idah bukan pencinta haiwan... malah takut dengan haiwan... tapi tidak tergamak juga untuk menyakiti mereka... terutama kucing... kerana ianya adalah haiwan kesayangan Nabi kita... kelebihan haiwan ini ialah bila kita menyayanginya... kita juga akan diberikan ganjaran pahala kerana ianya adalah amalan sunnah Nabi...



Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, diriwayatkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka... Nauzubillah...!



Oleh itu jika kita tidak suka atau takut akan kucing... halaukan sahaja dia pergi... tidak perlu memukul dengan kayu atau pun mencederakannya... ingat balasan Allah pada wanita seperti hadis di atas... dan kalau kita membela haiwan ini di rumah... pastikan yang ianya di jaga dengan baik... jangan tinggalkan rumah dengan jangka waktu yang lama dan membiarkan haiwan ini di dalam sangkar tanpa makanan yang cukup... kesian... itu menyiksa namanya... 



Okay lah... selamat menunaikan solat jumaat bagi para jejaka... dan yang wanita pula huhuhu... takkan soping lagi kot?? hehehe... sekian.. wassalam... :)



6 ulasan :

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Teman memang suka dengan kucing. Anak teman nie sibuk suruh papanya dapatkan kucing untuk dia jaga... mmmm....

    BalasPadam
  2. saya juga tak ada bela binatang sebab takut menganiaya diorang
    tapi selalu dok ajar anak-anak jangan seksa binatang
    kesian tengok kucing tu cedera

    BalasPadam
  3. noe ada bela kucing kt rumah..ada dalam 8 ekor...hehe..bila bela kucing ni...kena ada pengorbanan sikit la ...makan minum kena cukup...tempat najis pun kena sediakan...kena selalu buang, cuci...byk gak masa diperuntukkan tuk kucing2 ni...bila jalan jauh...kena sediakan makanan n minuman yg mencukupi...klu rasa x boleh nk buat semua benda2 ni...jgn bela...

    BalasPadam
  4. yang baling kucing dari tingkat 7 tu bukan manusia kak sebab tu dia tak berperikemanusiaan...saya geram jer ngan orang macam tu....

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  5. Betul tu... klu manusia suka menganiaya kucing mahu pun haiwan.. taraf dia mmg lebih rendah dari haiwan...

    BalasPadam
  6. Teringat pulak Abu Hurairah r.a. yang suka sangat kucing. Tapi mase die duk main dengan kucing, Rasulullah s.a.w. datang... dia takut Rasulullah s.a.w. tak suka, die letak dalam lengan jubah. Masa die bercakap dengan Rasulullah s.a.w. kucing bergerak2.. kantoi. Tu y lekat nama Abu Hurairah (bapa kucing) sampai ke zaman kita sekarang.

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D