Assalamualaikum...
Dalam kita sibuk menyiapkan kelengkapan raya dan berseronok untuk menyambut syawal yang bakal tiba... tidak terfikir kita akan keluarga kita, jiran tetangga kita atau orang sekeliling kita yang serba kekurangan... kasihan masih ada di sekeliling kita insan yang tidak berumah dan tinggal di mana saja umpama gelandangan seperti 2 beradik ini yang tinggal di kaki lima perhentian bas...
Petang semalam selepas pulang dari kerja, idah dan en. suami melalui jalan di simpang tiga Masjid Az-Zubair untuk ke Flat Sri Johor, Cheras melawat rakan² yang berniaga sempena ramadhan ini... tapi bila mana sampai di traffic light simpang 3 tersebut... kami ternampak orang tidur terbaring di kaki lima perhentian bas dan di kelilingnya dikepung² umpama tirai dengan kain batik...
Idah minta suami berhenti untuk melihat... tapi en. suami kata kita pergi gerai rakan tu dulu... jadi kami pun ke gerai rakan yang berada tidak jauh dari lokasi tadi dan tertanyakan juga tentang siapakah gerangan yang tidur di kaki lima perhentian bas tersebut...
Kemudian kami terus ke bazar ramadhan berdekatan untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa untuk anak² dan juga sedikit buah tangan untuk keluarga tersebut.
Sesampai idah di perhentian bas itu... seorang wanita yang sedang sibuk menyapu, menegur idah terlebih dahulu... "Dari mana nie...!" idah pun menyahut dengan berkata baru balik kerja... terlihat ada seseorang yang sedang lena tidur di atas lantai kaki lima perhentian bas tersebut... "Itu adik saya. Dia tak berapa sihat..." kata wanita tadi... idah bertanyakan jantina adiknya itu.. katanya lelaki...
Wanita tersebut terus bercerita walau tanpa idah soal banyak... mengikut katanya dia sudah tinggal 500 hari di situ... ini rumah ke-3 nya... rumah ni banyak nyamuk aedes... tapi rumah pertamanya yang disebelah sana tu lagi banyak nyamuk... dah 6 tin sheltox dia beli... tapi 2 hilang orang curi... dia tinggal di situ kerana ada masalah dengan bapanya yang tinggal di flat berdekatan... bapanya ingin berkahwin lain dan berhasrat untuk menjual rumah mereka... tapi dihalang oleh wanita tersebut... setelah tidak berpuas hati dengan bapanya akhirnya mereka 2 beradik meninggalkan rumah mereka... setiap hari dia menumpang mandi dan cuci baju di masjid berdekatan... bila malam hari dia ke masjid untuk ambil sedikit makanan...
Setelah beberapa minit perbualan kami... dapat lah idah simpulkan yang mereka 2 beradik ini ada gangguan mental... adiknya itu bukanlah lelaki tetapi perempuan... dan hasil soal selidik idah dengan beberapa orang penduduk setempat mengatakan yang mereka 2 beradik tidak siuman... mereka tinggal di beberapa kawasan terbuka tersebut semenjak hampir sebulan lalu... ada yang mengatakan mereka telah di halau keluar dari rumah oleh pihak DBKL kerana gagal menjelaskan tunggakan sewa... tapi ada juga yang mengatakan mereka memang ada masalah dengan bapa mereka dan mengambil keputusan keluar dari rumah... idah pun belum dapat kepastian cerita sebenar mereka ini...
Apa pun alasannya... idah berpendapat adalah tidak sesuai 2 beradik ini untuk tinggal di tempat terbuka seperti itu... sementelah pula mereka adalah perempuan... macam² gejala sosial boleh berlaku... mungkin pihak JKM boleh mengambil tindakan bagi menempatkan mereka di tempat yang sepatutnya... Kasihan... syawal hampir tiba... adakah mereka akan beraya di situ juga?
Sepanjang jalan pulang ke rumah... ingatan idah kuat pada mereka... dan di dalam hati bertanya... andai suatu hari aku ditakdirkan hilang kewarasan... adakah keluarga ku dan masyarakat akan membiarkan aku bergelimpangan di tepi jalan seperti itu? Nauzubillah... #pray4GAZA
mula2 baca rasa kesian tp bila idah kata dorang mental emm tak tahu nak komen apa.
BalasPadamidah atau sapa2 yg berdekatan boleh buat laporan kpd jkm berdekatan utk tindakan seterusnya. kdg2 jika tiada aduan, pihak jkm sendiri tak tahu ttg perkara ni. :)
Khairul... JKM kita boleh call saja ker untuk buat laporan? atau kita mesti kena ke pejabat juga?
PadamTerharu pulak akak membaca nya Idah.. tak sangka ada lagi yg hidup melarat macam tu.. betul tu JKM kena ambil tindakan segera.. atau pun Idah buat laporan kepada JKM..
BalasPadamMasalahnya idah orang luar... tumpang lalu jer kat situ... tak tau apa cerita sebenar mereka tu... kalau mereka betul2 ada keluarga yang duduk berhampiran... dah tentu JKM tak nak ambik dorang nie... tak pun dia panggil polis arahkan keluarga mereka tu untuk take care mereka... yang pelik tu... perhentian bas tu dekat jer dengan masjid dan dewan orang ramai... takkan ajk masjid dan penduduk situ biarkan ajer mereka kan...
PadamJKM kena ambil tindakan segera..semoga Allah melindungi mereka.
BalasPadamkasihan mereka ni..betul,memng bahaya, lagi-lagi mereka ni perempuan.semoga pihak JKM akan membela nasib mereka.dalam kemajuan negara kita, masih ada yang hidup tak tentu macam ni
BalasPadamSedihnya.. semoga pihak jkm segera ambik tindakan..kesian dah la nak raya nie..
BalasPadamKesiannya tgk keadaan mereka. Smoga pihak berwajib amaik perhatian.
BalasPadamsdihnya klu tgk ada pihak mcm ni..
BalasPadamYa Allah sedihnya..mereka sepatutnya dapat perlindungan sewajarnya dr pihak yg bertanggungjawab utk golongan mental ini..sesungguhnya mereka tdk minta utk jadi mcm tu...
BalasPadamsedih.org2 situ pon x wt apa2 tindakan ke?aduhai...
BalasPadamsemoga ada pihak yang tampil membantu mereka berdua ni
BalasPadamKita selalu kesian kat orang... Tapi kita tak ambil apa2 tindakkan pun untuk membantu mereka... Apa pun tahniah buat Ida sebab mengambil inisiatif ini untuk membantu mereka.
BalasPadamSemoga ada pihak yang membuat tindakan susulan lepas ni...hmm...
BalasPadamrasanya boleh buat report kat kebajikan kak pasal dorang nih..
BalasPadamwalau apepon dorang jugak manusia..kesian tgk biler hidup melarat macam tu..
sampai bila??
kesiannyaa.. semoga ada orang yang bertanggungjawab dengan mereka
BalasPadamEntri terbaru : Selamat Hari Raya
Mungkin kerana tekanan hidup dan tekanan perasaan jugak kot...
BalasPadamKesian kan...apa lah nasib mereka seterusnya yer...
salam kak. ya Allah..kesiannya mereka :(
BalasPadammoga tulisan idah ni mendapat perhatian pihak berwajib agar sesuatu boleh dilakukan demi kebaikan mrk.
BalasPadamkesiannya,
BalasPadamnasib yang tertulis buat mereka kan
moga tulisan menarik perhatian pihak yang terlibat
kesian mereka..apa2 pun masalah yang dihadapi, ahli keluarga tak sepatutnya membiarkan mereka tidur di luar mcm tu...bahaya..
BalasPadamMmg kesian kan tengok mcm tu... apa tah lagi dalam suasana mood dah nak raya ni...
BalasPadamsbb mrk perempuan , maka JKM perlu ambil tindakan . tgk pakaian mrk pun dah blh mengundang nafsu lelaki yg melihat . semoga ada insan yg sudi membantu nantinya ...
BalasPadamHmm..realiti harga kemodenan yang harus dibayar.
BalasPadam