16 Julai, 2014

Kursus Motivasi Ibubapa Dan Murid Tahun 6

8 ulasan

Assalamualaikum...


Kursus Motivasi Ibubapa Dan Murid Tahun 6

Pagi tadi idah dan en. suami ke sekolah si kakak menghadiri Kursus Motivasi Ibubapa Dan Murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada bulan september nanti... kursus ini diadakan bagi tujuan untuk memberikan suntikan semangat kepada pelajar² agar menjadi murid² yang cemerlang dan juga cara bagaimana untuk menjadi cemerlang... :)




Kursus Motivasi Ibubapa Dan Murid Tahun 6

Kursus Motivasi Ibubapa Dan Murid Tahun 6 ini telah di kendalikan oleh 2 orang penceramah jemputan khas pihak sekolah iaitu Cikgu Jinggo dan Ummi... Cikgu Jinggo juga telah berjanji akan datang sekali lagi pada bulan Ogos nanti bagi menaikkan lagi semangat anak² ini untuk terus berusaha menjadi pelajar cemerlang UPSR...





Kursus Motivasi Ibubapa Dan Murid Tahun 6

Kakak Atikah bersemangat dan pilih duduk di depan sekali... :) pesanan untuk kakak.... kakak perlu buat dan ingat pesan Cikgu Jinggo Dan Ummi... tiada jalan pendek untuk menjadi seorang yang berjaya... ibu dan babah akan membantu kakak semampu kami... tapi untuk mengecapi kejayaan, diri kita sendiri yang harus berusaha untuk mendapatkannya... disamping jangan lupa terus berdoa memohon kepadaNYA... insyaallah kakak akan berjaya :)



Semoga dengan perlaksanaan kursus motivasi ini akan dapat memberikan impak yang besar kepada pelajar² dan sekaligus merialisasikan impian mereka untuk mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR nanti... (y)




8 ulasan :

  1. dah tak lama lagi...raya, raya juga, buku jgn tinggal..

    InsyaAllah, usaha, tawakkal dan doa..jaga kesihatan..

    BalasPadam
  2. Dengar kabar abis tahun dan tahun depan adalah tahun akhir untuk UPSR...Thun2 kedepannya dah takde lagi UPSR betul ke...

    BalasPadam
  3. Motivasi spt ini mmg perlu selalu diadakan agar anak2 kita senantiasa ada semangat utk belajar & kesedaran ibu bapa juga penting dlm menjayakannya... Syabas buat Idah sekeluarga.. :)

    BalasPadam
  4. salam. bagus ada kursus macam ni..

    BalasPadam
  5. masa u selalu join program2 motivasi. rinduuu

    BalasPadam
  6. bagus program ni, biasa motivasi anak murid je.ni dengan mak ayah pun kena pergi sekali...

    BalasPadam
  7. eh acik idah dah ada anak besar ke?
    ketinggalan sungguh dah saya ni
    besar dah ye, pejam celik dah dapat menantu =)

    anyway kakak atikah sebaya dengan adik saya, UPSR juga tahun ni

    BalasPadam
  8. Assalammualikum.. cikidah,

    anak2 sekarang memang bagus gi kursus motivasi macam nie.. agar sentiasa bersemangat belajar dan belajar ...

    mselim3

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D