18 Julai, 2014

Renungan Jumaat #13 : Pesanan Buat Sahabat

16 ulasan

Assalamualaikum...




Renungan Jumaat #13 : Pesanan Buat Sahabat
Sumber : www.kaskus.co.id


Pesanan Buat Sahabat...


Imam Al Syafi'ie berpesan:

Jika engkau punyai sahabat yang selalu membantu mu dalam rangka ketaatan kepada Allah; maka peganglah dia erat-erat; dan jangan sesekali kau lepaskannya. Kerana mencari teman baik itu susah. Tetapi melepaskannya sangat mudah sekali




Diriwayatkan bahwa :

Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka  yang selalu bersama mereka dahulu di dunia.  Mereka akan bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah SWT

Yaa Rabb... Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, shalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami...?

Maka Allah SWT berfirman:

Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada Iman walaupun hanya sebesar zarrah.

(HR. Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").




Al-Hasan Al-Bashri berkata: 
Perbanyaklah sahabat-sahabat mu'min mu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari kiamat.



Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabat nya sambil menangis:
Jika kalian tidak menemukan aku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah SWT tentang aku; Wahai Rabb Kami...  Hamba-Mu fulan bin fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU.  Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu




Sahabat ku... @};- @};-

Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang Allah SWT agar aku dapat beserta mu kelak di Syurga dengan redha-Nya. Yaa Allah... Aku memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku
sahabat-sahabat yang selalu mengajak diri ku untuk tunduk patuh dan taat kepada Syariat-Mu.. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di Akhirat dengan-Mu...



Wahai sahabatku sekalian..
Jika kalian tidak menemukan diriku di Syurga, sudilah kiranya sahabat sekalian memanggil nama ku dan bertanya pada Allah tentang diri ku, dan semoga Allah redha menyelamatkan diriku dan keluargaku dari siksa api neraka..!!!



Aminn... Aminn... Ya Robbal 'alamin



16 ulasan :

  1. mudah2an...doa hari Jumaat tidak tertolak..

    BalasPadam
  2. MasyaAllah, sahabat yang baik sentiasa ingat pada sahabatnya di dunia hingga ke akhirat..

    BalasPadam
  3. salam. insyAllah..salam jumaat kak :)

    BalasPadam
  4. salam jumaat idah
    tiba-tiba teringat lagu teman sejati, brothers =)

    #prayforM17

    BalasPadam
  5. Thanks for sharing... beruntung kalau ada sahabat untuk didunia dan akhirat...

    BalasPadam
  6. Moga kita semua mampu untuk menjadi sahabat dunia dan akhirat...Amiinn..

    BalasPadam
  7. salam jumaat..

    In Sha Allah buat peringatan utk diri..:)

    BalasPadam
  8. semoga kita perolehi sahabat yang baik harapnya...amiinnn

    salam jumaat cik idah :)

    BalasPadam
  9. T kasih atas pesanan & peringatan Idah... semoga bersama2 kita semua beroleh kehidupan yg diberkati... aamiin.

    BalasPadam
  10. trime kaseh atas pesanan acik idah.. smoga kita sama2 diberkati :)

    BalasPadam
  11. terima kasih atas perkongsian acik idah.. :)

    BalasPadam
  12. Thanks for the reminder kak....

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D