Assalamualaikum...
Al-Waasi di Astro Awani???... haaaa... jangan tak percaya...!! :D siaran ini telah ditayangkan pada ahad lalu jam 3.30pm... dalam gambar di atas nie adalah setiausaha Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur dan siaran ini adalah bersempena suatu program kolaborasi beberapa NGO dan sukarelawan bersama gelandangan sempena menyambut ramadhan yang bakal tiba di pusat bandar Kuala Lumpur pada malam 27 Jun 2014... program tersebut dinamakan Pop Up Job Interview & Street Store...
Program tersebut bermula seawal waktu maghrib yang mana dimulakan dengan solat maghrib oleh volunter dan ada juga gelandangan di perkarangan kedai Alka Ria di Chow Kit... dan kemudian diteruskan dengan solat isyak... tikar, sejadah dan air untuk mengambil wudu telah disediakan... solat pada malam itu telah di imamkan oleh En. Firdaus Alex Koh dari DARUL FITRAH MALAYSIA.
Sejurus selepas itu... diadakan pula Street Maulid and Qasidah oleh RAHMATAN LIL ALAMIN... mereka mengalunkan maulid ini sepanjang program pada malam itu... terdapat juga Street Store Bazaar... pakaian (kemeja, seluar, tshirt, dll) and toiletries (berus gigi, ubat gigi, shampoo, sabun badan, shaver and shaving cream, baby powder dan minyak angin) diberi kepada golongan gelandangan dan yang kurang bernasib baik... golongan ini diminta beratur sebelum dibenarkan mengambil barangan... makanan dan minuman juga disediakan secara PERCUMA... semuanya adalah sumbangan dari beberapa NGO dan juga individu...
Al-Waasi pula telah membuat Street Pop Up Job Interview yang mana kami membuka kaunter untuk temuduga bagi mencarikan pekerjaan buat golongan gelandangan yang tidak bekerja atau pun yang ingin mencari pekerjaan yang lebih baik... kebanyakan pekerjaan yang diberikan kepada mereka adalah seperti Pest Control, F&B dan juga kilang pemprosesan yang mana pihak majikan ada menyediakan tempat tinggal dan juga EPF & SOCSO... temuduga ini diadakan adalah untuk mengenali pemohon dengan lebih terperinci dan sekaligus mengetahui jenis pekerjaan yang sesuai dengan gelandangan tersebut... pemohon yang telah disenaraipendek kemudiannya akan ditemuduga sekali lagi oleh bakal majikan pada masa dan hari yang telah ditetapkan... memang ramai yang bertanya... bagaimana pihak Al-Waasi menghubungi mereka bagi tujuan untuk 2nd interview... :) Jawapannya, kebanyakan daripada mereka tiada telefon untuk dihubungi, jadi kami bekalkan duit syiling dan tetapkan masa untuk mereka hubungi kami... atau pun kami akan cuba mencari mereka di tempat² yang biasa mereka berlegar...
Program pada malam itu memang cukup meriah... (y) para gelandangan juga teruja dan mengambil peluang untuk beramah mesra dengan masyarakat... memang ramai gelandangan yang keluar pada malam itu... mereka berbaris untuk mengambil apa saja yang ditawarkan... macam pestaa... :D
Tidak ketinggalan Brader Rafizol kita... :) turut hadir memberikan sokongan kepada program kami dan juga rakan²nya... Rafizol ini adalah bekas seorang gelandangan yang mana #alwaasikl pernah membantunya mendapatkan pekerjaan dan sekarang alhamdulillah... dia nampak lebih bersih dan tenang dan kehidupannya juga lebih terjamin... dia sekarang bekerja di Shah Alam... :)
Ini adalah antara barisan sukarelawan Al-Waasi dan juga beberapa orang dari NGO lain... uhuk3x... idah tidak dapat turut serta pada malam itu... sedih tauu... tiba² pembantu minta cuti pula... sebab kakaknya datang dari Medan... jadi tak dapat la keluar... kena jaga anak... patah kaki akak tauu... ;(
Program ini adalah bertujuan untuk mendekatkan para gelandangan dengan masyarakat... agar mereka faham yang mereka tidak dipandang sebagai sampah masyarakat... selain itu untuk mendekatkan juga mereka dengan agama dan juga memberi peluang untuk mereka merubah kehidupan ke arah yang lebih baik di masa akan datang... :)
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada yang secara langsung dan juga tidak langsung... (y)
Untuk melihat lebih banyak gambar² program kami pada malam itu dan program² lain juga... boleh lawati facebook Al-Waasi... di sini >>> SINI... untuk melihat siaran ulangan program ini boleh lihat di SINI... :)
Program ini adalah bertujuan untuk mendekatkan para gelandangan dengan masyarakat... agar mereka faham yang mereka tidak dipandang sebagai sampah masyarakat... selain itu untuk mendekatkan juga mereka dengan agama dan juga memberi peluang untuk mereka merubah kehidupan ke arah yang lebih baik di masa akan datang... :)
Keseluruhan program pada malam itu memang cukup meriah... bukan saja gelandangan yang ramai... tetapi para sukarelawan juga ramai yang turut serta antara NGO yang terlibat pada malam itu selain dari Al-Waasi... adalah #sumbanganku, Religion Of Love, #tamakpahala, Pandan Prihatin, Volunteer KL, Rahmatan Lil Alamin dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia.. dan tidak lupa Astro Awani. :)
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada yang secara langsung dan juga tidak langsung... (y)
Untuk melihat lebih banyak gambar² program kami pada malam itu dan program² lain juga... boleh lawati facebook Al-Waasi... di sini >>> SINI... untuk melihat siaran ulangan program ini boleh lihat di SINI... :)
menarik and thanks for sharing...
BalasPadamSemoga program sebegini dapat diteruskan dengan jayanya pada masa akan datang. Saya dah like facebook page Al-Waasi. So, boleh follow up kot kalau ada apa-apa event akan datang :-)
BalasPadamTQ SY... :D yang terbaru... hujung minggu ini #allwaasikl akan ke Lenggeng... insyaallah
Padambagus program macam ni, mencari pekerjaan utk mereka..menaiktaraf hidup mereka..InsyaAllah, mereka boleh survive..give a man a fish, you will feed him a day; teach him to fish, you will feed him a life time..InsyaAllah..
BalasPadampembantu pun nak EL juga...hihi..takpe, isteri menjaga anak2, suami pergi berjuang, berkhidmat..ada juga NGO nama *tamakpahala*..ya betul, kita kena kumpul sebanyak2 bekalan akhirat..
alhamdulilah jika niatnya baik pasti di permudahkan urusan... kagum dengan mereka
BalasPadamKita setuju sangat dengan program ni:
BalasPadam"Street Pop Up Job Interview yang mana kami membuka kaunter untuk temuduga bagi mencarikan pekerjaan buat golongan gelandangan yang tidak bekerja atau pun yang ingin mencari pekerjaan yang lebih baik."
Kita perlu bagi kail bukan selamnya ikan kan...
alhamdulillah ... semoga amadhan ini lebih barakah kepada anda semua ... aaamin .
BalasPadamSelamat berpuasa Idah..
BalasPadamTak ramai yg mampu melakukan amal seperti ini Idah
Tahniah buat semua yg terlibat..
Waahh..bestnyee join..semoga dieorg dapat menghargai peluang yang dah diberi..
BalasPadamusaha kebajikan sentiasa diberkati Allah... teruskanlah perjuangan murni alwassi..
BalasPadamWahhh..tak sangka kecilnya dunia ini..Abg saya salah seorang anggota Rahmatan Lil Alamin...aritu dia anta video qasidah ini kat wasap group family saya..tak sangka plak rupanya ia jemputan dari persatuan akak..hehehe
BalasPadamRegards,
-Strider-
Semoga program ini dapat membantu semua :)
BalasPadamSalam ramadhan.
**SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html
Alhamdulillah... satu usaha yg baik utk kesejahteraan semua... subhanallah...
BalasPadambagus usaha-usaha ini..patut diteruskan
BalasPadamAlhamdulillah.. keep it up k..=D
BalasPadam