10 Julai, 2014

Perdana Menteri Turun Meninjau Gelandangan Malam Tadi

19 ulasan

Assalamualaikum...


Hampir sebulan isu gelandangan panas di negara kita ini... banyak juga pihak yang mengeluarkan pendapat mereka masing² termasuk la ahli² politik, aktivis kemanusiaan, NGO dan dari pelbagai lapisan masyarakat... ada yang menyokong tindakan kerajaan dan tidak kurang juga yang membangkang... :D



Perdana Menteri Turun Meninjau Gelandangan Malam Tadi


Alhamdulillah... Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya telah turun untuk meninjau keadaan sebenar gelandangan malam tadi... beliau yang datang bersama beberapa menteri lain dan juga sebuah NGO Pertiwi Soup Kitchen melawat dan juga mengedarkan makanan kepada gelandangan...





Perdana Menteri Turun Meninjau Gelandangan Malam Tadi

Besarlah harapan kami aktivis² yang membantu para gelandangan selama ini... dengan kehadiran Perdana Menteri malam tadi... akan ada satu perubahan positif yang besar kepada para gelandangan... bukan saja kepada gelandangan tetapi juga kepada masyarakat, bandaraya dan juga negara...




Perdana Menteri Turun Meninjau Gelandangan Malam Tadi
Sumber : malaysiagazette.com



Perdana Menteri Turun Meninjau Gelandangan Malam Tadi
Sumber : astroawani.com


Perdana Menteri juga berjanji akan menyediakan tempat khas bagi gelandangan dan juga kemudahan asas seperti tempat tidur, bilik mandi dan juga lokar... syukur... memang itu pun yang mereka inginkan... tidak perlu tempat yang bermewah²... cukup sekadar keperluan asas... dan mengikut kata beliau lagi... tempat tersebut akan siap dalam jangka masa 6 bulan... :D



Lama sangat dah golongan ini terabai... huhuhu... tak sabar rasanya untuk melihat tempat yang bakal disediakan ini... perasaannya macam nak masuk rumah baru gitu... :D 


Semoga Perdana Menteri kita telah dibukakan mata dan hati olehNYA setelah sesi lawatan singkat ini dan sekaligus dapat mengotakan semua janji²nya ini demi untuk kesejahteraan agama, bangsa dan negara... (y)



19 ulasan :

  1. Syabas... Kita menyokong usaha ini...

    BalasPadam
  2. carikan mereka kerja dan tempat tinggal..at least dari situ mereka boleh ditempatkan..kalau orang2 gelandangan ni nak cari kerja,confirm takde orang melayan...bila dah ada macam nie barulah mereka bukak mata kot

    BalasPadam
  3. usaha yang baik dari kerajaan....harap usaha pemimpin ini berterus dan tidak hanya pada bulan ramadan je..

    BalasPadam
  4. Menangis kegembiraan saya membaca pernyataan di atas.. Semoga kerajaan memberi perhatian serius thadap isu gelandangan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kan... idah pun rasa happy sangat..!
      Eheemm... first time rasanya Mr. Khai komen panjang kat sini... :D

      Padam
  5. betul kata Kak Eda, carikan mereka kerja, berikan tempat tinggal supaya tak terus2an menjadi geladangan....

    BalasPadam
  6. bguskan kak ida..org2 bsr trun padang tengok sndiri keadaannya...

    BalasPadam
  7. Bagus. At least nasib mereka terbela dgn adanya tempat khas nanti.

    BalasPadam
  8. Akhirnya...nway Ku Nan pun ada ke..he..he.

    BalasPadam
  9. adalah tempat berteduh utk mereka, sedih tgk mereka bergelimpangan tidur di kaki lima, berlapikkan kotak...

    BalasPadam
  10. tak dilupakan juga terima kasih kepada Ku Nan kerana statementnya sebelum ini yang memanaskan keadaan adn juga semua rakyat yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap nasib gelandangan sehingga mendapat perhatian PM

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  11. Mengharap kata-kata 6 bulan itu menjadi kenyataannya Idah
    Mengharap juga ini bukan gula-gula sebagai menghentikan NGO yg mahu membantu buat masa ini.
    Ramai yg dah lama merintih tanpa perhatian sebenarnya.

    BalasPadam
  12. 'Hikmah' dari kenyataan Ku Nan sebelum ini...pancing akan diberi, agar pandai2lah untuk mendapatkan ikannya nanti...tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang meminta...
    Semoga janji di kotakan...Alhamdulillah..

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.. akhirnya akan ada tempat tinggal khas utk golongan gelandangan nie.. Tahniah kerajaan atas usaha baik nie.. =D

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah...moga usaha ni berterusan

    BalasPadam
  15. itulah yang sepatutnya dilakukan sejak lama dahulu
    akhirnya kini terlaksana, moga berterusan
    golongan gelandangan ni juga rakyat malaysia yang memerlukan perbelaan

    BalasPadam
  16. alhamdulillah ... itu sudah tanggungjawab kerajaan . semoga tpt itu dpt beri keselesaan pd gelandangan .

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah... mcm nilah bagus.. bukan main cakap je ikut sedap mulut. Turun dululah baru cakap. Jngn jadi mcm satu menteri tu... huh...

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D