18 Julai, 2014

Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Terhempas Di Ukraine

14 ulasan

Assalamualaikum...



Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah terhempas di Ukraine dan dipercayai telah ditembak oleh pihak yang masih belum diketahui. Pesawat MH17 tersebut telah membawa 280 orang penumpang dan 15 anak kapal yang membuat penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 



Penerbangan MH17 beroperasi pada Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12:15 (waktu tempatan Amsterdam) dan dianggarkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di 06:10 (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya. Ia ditembak jatuh kira-kira empat jam selepas ia berlepas.




Pihak kerajaan Ukraine mengesahkan yang pesawat MH17 milik Malaysia tersebut memang ditembak jatuh, namun begitu belum dapat memastikan pihak yang terlibat.




Berita tidak rasmi melaporkan penumpang adalah terdiri dari 154 rakyat Belanda, 27 warga Australia, 23 Malaysia, 11 Indonesia, 4 Jerman, 4 Belgium, 3 Filipina dan 1 Kanada.



Agak sukar untuk menemui mangsa yang masih hidup memandangkan keadaan pesawat dan lokasi nahas.


Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Terhempas Di Ukraine


Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Terhempas Di Ukraine


Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Terhempas Di Ukraine


Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Terhempas Di Ukraine


Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Terhempas Di Ukraine


Terkini : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Terhempas Di Ukraine


Senarai anak kapal MH17
Senarai anak kapal MH17

Seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. #PrayForMH17




Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un




14 ulasan :

  1. Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam. semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman disamping-Nya. sesungguhnya apa yang terjadi adalah percaturan Allah SWT kerana Dia jualah yang mengetahui segalanya. doakan Malaysia kekal aman dan terpelira sentiasa. condolences for the lost souls of the people on board #MH17.

    BalasPadam
  2. Sesuatu yg kita pelajari tentang kehilangan dan yang ditinggalkan adalah kekuasan Allah dalam setiap perjalanan hidup kita. Alfatihah.

    BalasPadam
  3. Sedih kan Idah kalau di tembak sah-sah memang tak dapat nak buat apa. Yg pasti negara kita kecik mudah diperkotak-katikkan... Allah juga yg maha mengetahui.

    BalasPadam
  4. innalillah...takziah buat keluarga mereka. kita hanya merancang Allah yg menentukan.

    BalasPadam
  5. Al-fatihah..takziah pada keluarga yg terlibat..sedihnya..

    pada yg Muslim, mereka pergi bertemu Maha Pencipta dlm keadaan berpuasa, MasyaAllah..semoga Allah SWT melindungi jenazah2 mereka..

    BalasPadam
  6. sebak n sedih...salam takziah...alfatehah..

    BalasPadam
  7. dari pagi kak tengok siaran langsung di tv..al fatihah buat mereka yang beragama Islam

    BalasPadam
  8. Takziah buat keluarga MH17 ni Cik Idah... semoga kita lebih dekat dengan Allah bila diuji ni ..

    BalasPadam
  9. saya baru tahu lepas sahur tadi
    terkejut rasa, macam tak percaya
    tapi semua yang berlaku tu atas kehendak DIA yang satu
    takziah buat ahli keluarga yang terlibat

    #prayforMH17

    BalasPadam
  10. Al-Fatihah dan takziah buat keluarga mereka yang terlibat

    BalasPadam
  11. Takziah... semoga diberi ketabahan buat semua keluarga mangsa dlm mengharungi tragedi duka ini. Al Fatihah kpd mangsa yg beragama Islam.. Al Fatihah... aamiin.

    BalasPadam
  12. al-fatihah buat mangsa beragama Islam.salam takziah buat ahli keluarga dan kenalan mereka.dugaan yang berat buat kita semua..sentiasa muhasabah

    BalasPadam
  13. Ini sememangnya satu kes tragic yang menguji Malaysia sekali lagi selepas MH370...Takziah diucapkan kepada semua yang kehingan keluarga dan sahabat handai...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D