16 Mei, 2014

Ziarah Gelandangan 12 Mei 2014

19 ulasan

Assalamualaikum...


Ziarah Gelandangan 12 Mei 2014

Lama rasanya idah tak update tentang program gelandangan Al-Waasi... bukannya tak ada program... ada... cuma idah jer yang malas nak masukkan kat sini... biasanya memang kami akan buat dua minggu sekali...





Isnin baru nie... idah dan rakan² Al-Waasi menziarahi lagi para gelandangan di “teratak” mereka... seperti biasa program dimulakan lebih kurang jam 11.00 malam... petang tu hujan lebat sekali... syukur hampir larut malam hujan pun semakin reda... sungguh sejuk suhu malam itu...





Kali ini ada seorang hamba allah yang telah sudi menaja/menyumbangkan 100 pax makanan kepada para gelandangan... dengar criternya dia berniat memberi makan ini kerana mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan kepadanya... hampir setahun dia tidak bekerja dan baru² ini dia telah mendapat pekerjaan bagi menyara keluarganya... menu malam itu adalah Nasi Ayam yang dimasak sendiri olehnya, biskut tiger dan air mineral... :D


Ziarah Gelandangan 12 Mei 2014

Sebelum memulakan langkah... sedikit taklimat akan diberikan kepada semua aktivis dan adalah juga menjadi kemestian kami berdoa kepadaNya memohon agar dipermudahkan, dijauhkan dari sebarang perkara yang tidak diingini seterusnya memberkati usaha kecil kami ini...






Ziarah Gelandangan 12 Mei 2014
Masing² sudah tahu apa yang perlu dilakukan... lokasi pertama kami adalah di perkarangan Segi College... malam itu bilangan gelandangan lebih dari biasa... majoritinya sedang tidur... mungkin kerana cuaca sejuk...






Ziarah Gelandangan 12 Mei 2014

Ada yang perasan kedatangan kami... dan sebahagiannya bangun dan terus menjamah makanan tersebut... mungkin lapar agaknya... kerana kami dapati tiada NGO lain yang memberikan makanan pada malam itu... dan mungkin juga faktor cuaca... :D






Ziarah Gelandangan 12 Mei 2014
Inilah “teratak” mereka untuk berlindung dari panas dan hujan... selain dari menghulurkan makanan... kami juga bertegur sapa dengan mereka... bertanyakan khabar dan menyelami hati dan permasalahan mereka...





Ziarah Gelandangan 12 Mei 2014
Alhamdulillah... seramai 27 orang aktivis telah turun untuk membantu mengedarkan makanan... terima kasih dan tahniah buat adik² sekelian sanggup meninggalkan katil yang empuk dan waktu tidur kerana memilih untuk berbakti kepada masyarakat yang kurang bernasib baik... harap kalian tidak serik yea... :D




Ziarah Gelandangan 12 Mei 2014
Selesai tugasan... kami sama² menjamah dan menikmati makanan sama yang telah kami sajikan kepada para gelandangan tadi... jika sedap kami rasa... maka sedap la juga yang dirasai oleh mereka... sedikit sama dirasa... banyak sama dikongsi...



Begitulah sedikit kisah aktiviti malam hari idah dan teman²... menyusuri jalan² gelap dan sunyi... demi untuk menunjukkan sedikit rasa simpati dan peduli kepada saudara² kita yang sedang dalam kesusahan... 



Siang tu hujan lebat dan angin kuat... banyak rumah² yang tercabut bumbung... pokok² besar tumbang dimerata-rata... esok pagi²nya idah ada ziarah ke beberapa rumah yang dikenalpasti pula... :D





19 ulasan :

  1. sian kan tengok dorang. tidur kesejukan

    BalasPadam
  2. ramai org2 gelandangan kat KL ni...kat belakang office, setiap hari Isnin dan Rabu, ada yg datang bagi makanan..

    BalasPadam
  3. semoga ALLAH mempermudahkan usaha u al semua.

    BalasPadam
  4. kesiannya.. kat malaysia pun ada gelandangan..sedihnya

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah... Idah, lain kali cubalah tanya mereka ttg BR1M.. dia org dpt atau ambil tak? atau tak ambil tahu langsung... Sekurang2nya boleh buat info utk Al-Waasi juga ttg segmen gelandangan mcm ni.. cadangan je.. :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah murah rezeki dia orang..kita pun sedang menunggu good news ni..Acik Idah tolong doakan kita berjaya ya..In Shaa Allah Al Wassi tak akan dilupakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga tercapai apa saja yang sedang Raudzah usahakan yer... dan dimurahkan rezeki... Ameen.. :D TQ Sis..

      Padam
  7. ramai juga yer gelandangan kat msia ni... hairan la diorg ni memang tak ada family yer

    BalasPadam
  8. bagus ada program macam ni...kesian kat diorang ni...kena bantu mereka ni cari tempat perlindungan...

    BalasPadam
  9. semoga usaha akak dan team akan memberikan kebaikan buat mereka

    BalasPadam
  10. rajin betol acikidah join aktiviti kemasyarakatan macam ni. bagus2..

    BalasPadam
  11. Program yang bagus demi kemaslahatan masyarakat.. Semoga bisa istiqomah :) Amin...

    BalasPadam
  12. org camni lah yg kerajaan patut beri bantuan cam kat us ... kenapa jutawan kat malaysia ni tak nak buat rumah cam asrama utk mereka ... saham akhirat tu . kat hong kong ada ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x... itulah plan jangka panjang Al-Waasi insyaallah...

      Padam
  13. Alhamdulillah..semua mereka menyumbang serta telibat dalam program ini akan diberi rahmat oleh Allah SWT..kak, saya share link nie kat account fb saya yer..hehehe..menabung darlie sini... :D

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  14. alhamdulillah...teringin sangat nak join...

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D