08 Mei, 2014

Contoh Teladan Yang Patut Dipuji

22 ulasan

Assalamualaikum...




Semasa Himpunan Bantah GST baru² ini... ada sesuatu yang telah menarik perhatian idah... kejam rasanya diri ini andai idah tidak mengetengahkan sesuatu yang menarik dan tauladan yang sukar ditemui pada masa kini ini...



Contoh Teladan Yang Patut Dipuji



Dalam kesibukan puluhan ribu orang² berhimpun diketika itu... tiba² idah ternampak seorang chinese lady yang sungguh prihatin yang mana telah menunjukkan kepada ramai orang diketika itu suatu contoh dan tauladan yang baik dimana dia dengan inisiatif dirinya sendiri telah mengutip sampah² yang ada disetiap pelusuk yang dapat dilihatnya seorang diri... terbongkok² dia mengutip bungkusan makanan, botol dan cawan, plastik sehingga bersih...



Kebetulan memang semasa perhimpunan itu diadakan, pihak DBKL tidak menyediakan tong² sampah yang sepatutnya disediakan untuk memudahkan orang ramai membuang sampah... individu dan juga peniaga² lah yang telah mengambil inisiatif mengutip segala sampah² tersebut setelah selesai perhimpunan... sebahagian pengunjung² juga memberikan kerjasama dengan membuang sampah di plastik² yang disediakan oleh peniaga² ketika itu...




Contoh Teladan Yang Patut Dipuji


Inisiatif wanita cina ini patut dipuji dan dijadikan contoh... secara tidak langsung dia juga telah menarik orang² lain di sekelilingnya untuk membantunya mengutip sampah² tersebut... sukarkan untuk kita melihat fenomena sebegini di kala manusia sekarang ini masing² sibuk dengan hal dan kepentingan diri sendiri... 




Contoh Teladan Yang Patut Dipuji
Ehsan : Google

Walaubagaimanapun.... acikidah.blogspot.com ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada wanita cina ini diatas inisiatif, contoh dan tauladan yang telah ditunjukkan olehnya... semoga lebih ramai lagi insan² sebegini dapat kita jana untuk generasi kini dan akan datang dalam menuju Malaysia yang lebih harmonis dan gemilang... :D  (Wahh... macam pak² menteri memberi ucapan plak akue... kekeke...)






22 ulasan :

  1. susah nak jumpa dah orang macam ni dah, ada tapi sangat susah nak jumpa...

    BalasPadam
  2. sis pegi eh perhimpunan tu? hehehe..pape pon chinese tu mmg bagus..

    BalasPadam
  3. Tak ramai orang yang ada kesedaran sivik sekarang ni...

    BalasPadam
  4. rajin lah dia ... tapi kecil sgt kotaknya . heee

    BalasPadam
  5. Bagus sikap wanita cina nie.. mmg ptt dicontohi kan sis...=D

    BalasPadam
  6. bagus mentaliti wanita cina ni...sukarela demi menjaga kebersihan..

    kalau semua yg datang, bersikap mcm ni, next time mesti DBKL dan polis bagi permit buat perhimpunan...*amin*

    BalasPadam
  7. memang rare perlakuan wanita ini...kalau semua rakyat malaysia ikut contoh dia, mesti malaysia akan jadi negara bebas sampah...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  8. Contoh yg sememangnya harus dipuji... kesedaran spt ini mmg sepatutnya ada dlm setiap diri kita semua...

    BalasPadam
  9. Contoh terbaik..semua yg hadir masa tu pasti membuka mata..pasti malu sendiri untuk membuang smpah merata2..walau xdisediakan tong smpah..xbermakna kita boleh buang smpah sesuka hati..

    BalasPadam
  10. Tahniah untuk that lady...memang patut dicontohikan..Tapi tulah yang buang sampah tu pun satu hal..dah tau tak ada tong sampah jangan buang kat situ..Hmm..

    BalasPadam
  11. contoh yang harus dipuji....secara tidak langsung orang sekeliling pon tlg kuitp sampah jugak...

    BalasPadam
  12. kalau semua rakyat bersikap begini,alangkah baiknya..Malaysia mesti akan menjadi negara yang bersih dan bebas dari sampah...

    BalasPadam
  13. Sikap yg harus dicontohi...dlm seribu ada satu org mcm ni..

    BalasPadam
  14. Kalau gitu, di masa akan datang dinasihatkan para peserta demo masing2 digalakkan membawa plastik hitam untuk memudahkan org ramai membuang sampah. Biasa la Kak... bila satu2 perhimpunan yang tidak mendapat 'restu' . Macam DBKL pun siapa nak buat kerja lebih? Tetambah bila hujung minggu atau public holiday yang sepatutnya melepak santai bersama keluarga.

    BalasPadam
  15. Assalammualaikum... acikidah,

    contoh baik yang boleh dijadikan contoh... terbaik.

    mselim3

    BalasPadam
  16. bagus sangat-sangat sikap macam ni. saya kengkadang sakit hati betul tgok orang yg suka buang sampah merata2 ni.. depan mata pulak tu. sabar je lahh.

    BalasPadam
  17. sikap seperti ini perlu di puji.... contoh yang sangat baik

    BalasPadam
  18. mmg susah nak jumpa org mcm ni..

    BalasPadam
  19. salam. memang patut dicontohi..kebanyaknya orang tahunya nak membuang sampah saja..kutipnya memang tidak la

    BalasPadam
  20. Memang terbaik. Kebersihan itu perlu dimulakan oleh diri kita sendiri. Jika kita asyik harapkan tukang sapu je yang kena bersihkan, memang tak ke mana la jawabnya kebersihan dalam masyarakat kita.

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D