Assalamualaikum...
Cuti sempena Wesak baru² nie... idah dan beberapa orang geng Al-Waasi telah pergi menziarahi beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar Cheras... tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengenalpasti kesusahan yang mereka alami dan juga jenis bantuan yang mereka perlukan...
Seawal jam 10 pagi kami berkumpul di suatu lokasi pertemuan dan kemudian hanya menggunakan 1 kenderaan sahaja... 3 keluarga telah dipilih untuk ziarah kali ini...
Rumah pertama adalah milik Puan Adawiyah... merupakan seorang ibu tunggal beranak 1... beliau menghidap ulser usus dan telah di potong sebahagian besar ususnya... berikutan dari itu dia tidak boleh makan sembarangan makanan melainkan susu khas yang perlu dibeli di farmasi dengan harga yang agak mahal... selain dari itu beberapa ubat-ubatan lain yang perlu di makannnya setiap hari yang harganya juga agak mahal... rumah yang didudukinya adalah berstatus sewa dengan DBKL... sewa rumah juga telah beberapa kali tertunggak... sudah beberapa kali memohon bantuan Baitulmal tetapi di tolak kerana beliau masih bekerja walaupun gajinya sering kali dipotong memandangkan cuti sakitnya yang telah melebihi had... pihak Al-Waasi akan cuba untuk membuat permohonan semula ke pihak Baitulmal beserta surat sokongan...
Rumah ke-2 adalah Pakcik Md Nor... beliau baru menghidap penyakit buah pinggang... mula² dimasukkan ke hospital kerana kencing manis... dan kemudian terus merosakkan kedua² buah pinggangnya... akibatnya lehernya telah ditebuk untuk proses dialisis dan kemudiannya lengannya pula... seminggu beliau perlu mencuci buah pinggangnya sebanyak 3 kali... kos dialisis adalah dalam lingkungan RM1,200 sebulan... buat masa ini belum ada pihak yang membantu dari segi kos perubatan yang tinggi itu... beliau adalah pesara swasta... Al-Waasi akan cuma untuk menghantar permohonan bantuan perubatan Baitulmal bagi pakcik Md Nor...
Seterusnya kami melawat keluarga Abang Adul... beliau adalah merupakan seorang pemandu teksi... isterinya tidak bekerja dan anaknya adalah seramai 10 orang yang kesemuanya masih kecil... mereka sekarang menyewa di sebuah rumah PPRT milik DBKL... ini adalah merupakan kunjungan ke-2 kami ke rumah tersebut... sebelum ini kami pernah datang untuk menyampaikan bantuan Fakir Miskin dan Asnaf... tujuan kami datang ke rumahnya kali ini adalah untuk meminta kebenaran beliau untuk kami pihak Al-Waasi membuat program mengecat dan membaik pulih ruang tamu rumahnya memandangkan ramadhan yang hampir tiba... dan disamping itu juga ingin membawa anak²nya yang seramai 10 orang itu keluar makan² dan berjalan² di sekitar Kuala Lumpur... :D
Alhamdulillah... hajat kami diterima oleh Abang Adul dengan tangan terbuka... katanya... anak²nya sudah terlalu lama tidak di bawa ke mana²... insyaallah dalam masa terdekat kami akan merangka plan untuk bagi tujuan ini... jika ada sesiapa yang ingin menyumbangkan tikar getah, cat atau perabot lama atau kerusi yang tidak mahu digunakan lagi... boleh la mesej (PM) kami di AL-WAASI .... :D
Terima kasih kepada anda semua yang sudi membaca kisah jalan² ziarah idah dan teman² ini... itu la kerja kami... pantang ada masa terluang... insyallah akan kami isikan dengan membantu saudara² yang memerlukan... walaupun bantuan kami itu hanya tolong menghantarkan surat ke pihak tertentu SAHAJA... :D
Alhamdulillah.. Moga usaha Murni idah ini mendapatkan keberkatan Dan rahmat dari Allah..menolong orang yg susahkan..
BalasPadamsemoga Allah permudahkan niat baik membantu mereka dan dibuka jalan untuk penyelesaiannya ... aaamiin .
BalasPadamSemoga diberkati Allah...
BalasPadamusaha murni idah n alwaasi membantu mrk yg memerlukan amat bermakna sekali
BalasPadamSemoga hasil dari bantuan dan usaha murni kalian mendapat sedikit sinar harapan kepada mereka yang memerlukan...
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan dgn keberkatan & kecemerlangan... aamiin.
BalasPadamYa Allah sedihnya tengok gambar last tu...ramai yang susah di luar sanakan...Semoga bantuan yang diberi meringankan hidup mereka..
BalasPadamKesiannya... semoga urusan mereka dipermudahkan...
BalasPadamberuntungnya dpt ikut aktiviti macam ni...
BalasPadambagusnya dpt join aktiviti2 macam ni...
BalasPadamsemoga usaha begini diteruskan untuk mambantu orang orang yang kurang bernasib baik ni...
BalasPadam