02 Mei, 2014

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 3

9 ulasan

Assalamualaikum...




Bagi Penerima Bantuan Fakir Miskin Siri ke-3 ini... 5 lagi penerima sumbangan ingin idah paparkan... jika kita merasa yang kehidupan kita ini susah... lihat lah masih ada yang lebih susah dari kita... melihat kebawah membuatkan kita menjadi insan yang lebih bersyukur...





Penerima 11


Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 3

Pn. Norasmah 41, merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 7 orang anak yang mana hampir keseluruhannya bersekolah... menyara kehidupan dengan membawa teksi yang disewa disamping bantuan Baitulmal sebanyak RM300 sebulan... rumah flat yang diduduki adalah berstatus sewa dengan pihak DBKL...





Penerima 12


Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 3

Kedatangan kami disambut oleh adik ini dengan ketiadaan ibunya dirumah yang pada ketika itu keluar bekerja sebagai jurujual di pasaraya SOGO... ibunya merupakan seorang ibu tunggal yang menanggung 5 orang anak² yang masih kecil... 




Penerima 13

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 3

Kak Saodah 46, merupakan seorang ibu yang menanggung 2 orang anak yang masih bersekolah dan suaminya yang merupakan seorang OKU... beliau menyara kehidupan dengan menjual kuih di stesen LRT yang agak jauh juga jaraknya dari rumah... setiap hari wanita tabah ini akan menolak kereta sorong kayu yang telah uzur itu untuk menjual kuih... selain dari hasil menjual kuih beliau juga ada menerima bantuan dari JKM untuk suaminya sebanyak RM300 dan juga pihak Baitulmal sebanyak RM350 sebulan... rumah flat yang diduduki adalah berstatus sewa dengan DBKL...




Penerima 14


Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 3

Makcik ini merupakan warga emas sebatang kara... dia baru sahaja kematian suaminya yang telah lama sakit 4 bulan yang lalu... beliau tinggal di sebuah bilik kecil yang disewa dengan kadar RM250 sebulan... menyara kehidupan dengan kadangkala kerja dan kadangkala tidak dan simpati dari jiran tetangga... tidak lagi menerima bantuan pihak Baitulmal semenjak suaminya meninggal... sewa bilik yang sebelum ini ditanggung oleh anak tirinya turut juga dihentikan setelah ketiadaan suaminya... sudah hampir 3 bulan sewa bilik telah tertunggak... semasa kedatangan kami... bilik ini gelap gelita... lampu biliknya telah rosak... dan selama ini dia hanya ditemani oleh lampu suluh kecil dan cahaya televisyen sahaja....



Penerima 15


Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 3


Pn. Isma 34, merupakan seorang ibu tunggal beranak 5... dia tidak lagi bekerja memandangkan kos orang menjaga anak lebih mahal dari gaji yang diterimanya... tiada tempat tinggal yang tetap dan diketika ini sedang menumpang di sebuah kedai jahit yang kecil di pusat komuniti milik seorang Hamba Allah yang simpati akan ibu muda ini yang dijumpainya di Bantulmal beberapa bulan lalu... Buat masa ini 2 orang anaknya di jaga sementara oleh pihak JKM, 2 orang lagi dibela oleh mertuanya dan hanya seorang yang kecil yang dibelanya sendiri... ada menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM300 sebulan... kerenah birokrasi memaksa si ibu menunggu sehingga tahun 2017 utk mendapat jawapan permohonan rumah sewa dari DBKL...




Begitulah sedikit kisah kehidupan diluar sana... kais pagi makan pagi... kais petang makan petang... kasihan anak² kecil yang terpaksa faham erti kehidupan dan kesusahan... gaji yang kecil beserta kos sarahidup yang tinggi di bandar adalah suatu kenyataan yang amat menyesakkan...





THE MORE WE REALIZE...
THE MORE WE ARE GRATEFUL OF WHAT WE HAVE...
ALHAMDULILLAH...





9 ulasan :

  1. salam jumaat dan alhamdulillah, seronok tengok mereka mendapat bantuan...

    BalasPadam
  2. salam. semoga pihak Baitulmal n pusat pungutan zakat akan terus membantu golongan fakir miskin spt mrka...

    BalasPadam
  3. assalam...begitulah realiti kehidupan...mrk yg terlalu banyak bersungut itu ini xmencukupi patut melihat sisi ini...tahniah kerna rajin membantu yg memerlukan..

    BalasPadam
  4. Kak Idah, boleh saya dapatkan no hp akak? tak pun FB..sebab saya ada perkara nak tanya. saya nak kalau boleh nak sumbangkan pakaian terpakai...akak email kat saya boleh?
    ainim86@gmail.com

    BalasPadam
  5. hmm.. betul tu kos untuk baby sitter memang mahal sekarang ni. kalau dah anak 5 berapa nak bagi pengasuh kan. kos lelain lagi. then gaji minimum sekarang pun 900 je. teruskan usaha murni ni yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..

      gaji rm900 tu pun dah cukup bagus. kat kl ni wujud lagi kompeni kecik yg bayar gaji kerani rm600 tau. entah bila la nak dilaksanakan gaji minimum yer

      Padam
  6. Alhamdulillah...semoga bantuan yang diberidiberkati Allah dan dapat mengurangkan beban mereka..

    BalasPadam
  7. syabas untuk ibu-ibu tunggal tu, walaupun susah masih lagi berusaha membesarkan anak yang ramai. rezeki Allah sentiasa ada. syabas juga untuk Al-Waasi dan semua penderma

    BalasPadam
  8. Sedih mengenangkan nasib mereka... alhamdulillah... mudah2an membantu meringankan beban mereka. Sama2lah kita berdoa agar dipermudahkan rezeki & kehidupaan mereka semua... aamiin.

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D