Assalamualaikum...
Sekali lagi idah dan Skuad Al-Waasi telah dijemput untuk menjadi contributor/penyumbang bagi program FreeMarket atau Pasar Percuma yang telah diadakan pada hari minggu lepas di belakang Bangunan MCOBA, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur... kami berasa amat berbesar hati kerana dapat menyumbangkan sesuatu kepada komuniti...
Objektif program FreeMarket ini diadakan adalah untuk memupuk nilai² murni dan sifat kemasyarakatan sekaligus mendidik masyarakat untuk menyumbang apa saja mengikut kemampuan mereka... untuk diberikan kepada golongan yang lebih memerlukan... tidak semestinya hanya orang kaya saja yang boleh menyumbang... antara sumbangan yang boleh diberikan adalah seperti masa, tenaga, kemahiran, barang²an yang masih boleh digunakan tapi kita tidak perlukannya lagi dan macam² lagi... :D
Program pada hari itu bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi... alhamdulillah cuaca sungguh baik... tidak panas... dan tidak hujan... ramai NGO² dan individu² yang turut serta...
Macam² barangan telah ditawarkan pada hari itu... pakaian, beg, anak patung, mainan, barangan letrik, DVD, barangan rumah, pinggan mangkuk, kasut... haishhh... macam² lagi laa... banyak sangat... sungguh dermawan rakyat Malaysia nie kan... :D
Ramai juga sukarelawan yang turun membantu menjayakan program ini...
Ada juga yang menyumbangkan makanan, minuman, cup cakes, aiskrim, roti dan macam² lagi...
Ini kaunter Al-Waasi... kami tawarkan baju melayu, baju kurung, kemeja lelaki dan lain²... acikidah dan para aktivis sedang sibuk melipat dan menyusun di kaunter Al-Waasi... hehehe... ini sebelum program bermula nie... :D
Alhamdulillah... ramai juga yang sudi hadir... kebanyakannya penduduk sekitar Kuala Lumpur... fakir miskin yang dikenal pasti dan juga anak yatim yang didatangkan khas oleh pihak penganjur... program ini tidak mensasarkan golongan² tertentu sahaja... tetapi menjangkau kepada segenap lapisan masyarakat... bukan saja anak yatim atau fakir miskin tetapi golongan yang kadangkala kita terlepas pandang contohnya seperti golongan pertengahan yang juga hidup tersepit dengan kos sara hidup yang tinggi dan golongan gelandangan...
Disamping kita membuat kerja² kemasyarakatan... secara tidak langsung kita juga dapat membuat teman² baru... yang mana sealiran dengan kita yang suka membuat kerja² amal ini... kita juga dapat membuka peluang kepada individu² lain yang mempunyai keupayaan tertentu untuk turut sama membantu pihak² yang memerlukan... pendek kata kita saling melengkapi dan tolong menolong dalam mencari pahala... :D
Sesuatu yang menarik pada hari itu... kita dapat lupakan seketika rutin harian kita yang setiap masa memerlukan kita menggunakan RINGGIT... nak makan, pakai, buku, segala²nya mengkehendakkan wang... tapi pada hari itu segala²nya kita boleh dapatkan dengan PERCUMA... ambil lah apa saja yang kita inginkan... makan lah selagi mampu... seakan² berada di dunia yang lain kan... :D berada di sini betul² dapat membuka mata kita yang... BERSEDEKAH/MENYUMBANG TIDAK SEMESTINYA DENGAN WANG RINGGIT... :D
Terima kasih kepada pihak penganjur #FreeMarketMCOBA atas kesudian menjemput Skuad Al-Waasi untuk menjadi salah satu dari penyumbang pada program ini... Terima kasih daun keladi... jangan serik jemput kami lagi yerr... :D
Insyaallah... program FreeMarket ini akan diteruskan lagi dan kali ini giliran kami Al-Waasi pula yang akan menganjurkannya... kepada NGO² atau individu² yang ingin TURUT SERTA boleh la berhubung dengan nama² yang tertera pada promo di bawah... jemput yerr jangan segan²... :D
Persatuan Kebajikan Al Waasi www.facebook.com/alwaasikl ingin menjemput anda ke event berikut.
#FreeMarketBTR
BERI ATAU AMBIL APA SAHAJA
Ianya seperti PasarLambak, kecuali segala² nya adalah PERCUMA.
Yup, PERCUMA tanpa sebarang bayaran.
FREEMARKET menjemput semua orang untuk membawa barang-barang yang masih elok, dan menawarkannya kepada sesiapa yang mahukannya. Contoh barangan ialah buku, pakaian, barang perhiasan, perabot atau apa² sahaja.Selain barangan,
FREEMARKET juga menggalakkan orang ramai menyumbangkan kepakaran atau perkhidmatan secara percuma, seperti nasihat tentang kesihatan, perundangan dan kewangan.
FREEMARKET tidak beroperasi secara pertukaran barang (barter system).
SEMUANYA ADALAH PERCUMA.
Jika anda mempunyai barangan yang masih elok untuk diberi secara percuma,
sila bawa dan tawarkan.
Jika anda tidak mempunyai apa² barangan, dont worry, just datang dan mungkin anda mempunyai sesuatu untuk diambil, secara PERCUMA. Tapi jangan TAMAK ye.
Anda digalakkan untuk bawa SHOPPING BAG sendiri.
Sila sebarkan kepada kawan², jiran tetangga dan komuniti anda.
Tarikh: 15 Jun 2014
Masa: 9am - 11am
Lokasi: Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
https://www.facebook.com/events/705334812856048/
salam sis. bagusnya aktiviti sebegini..
BalasPadamp/s salam jumaat :)
Salam...event yg bagus..
BalasPadamwow seronoknya dapat pergi event macam ni
BalasPadamTeruskan usaha yang baik.
BalasPadammemang bagus ada program macam ni...kalau dpt join pun ok gak..
BalasPadamsemoga usaha ini akan berterusan ...
BalasPadamAlhamdulillah.. meriah sambutannya.. semoga dipermudahkan segalanya... aamiin..
BalasPadam1 usaha yg baik.
BalasPadamsatu usaha yang baik..muga kebaikannya berterusan..kalau dekat pasti knah juga mahu ikut serta.. tahniah =)
BalasPadamSemoga semua berjln dgn lancar....tahniah alwaasi
BalasPadamTerima kasih utk sumbangan kpd #FreeMarketMCOBA. Yang ikhlas tu sememangnya itu ganjaran Allah. Semoga #FreeMarketBTR berjaya.
BalasPadamIn sya Allah
Meriah Acik Idah..In Shaa Allah one fine day I will drop by..
BalasPadamsemoga program seperti ini berterusan dan dapat memberi kepada yg memerlukan ...
BalasPadamBagus jugak buat free market ni. Dari membazir terus dibuang, elok dikitar semula pemakaian barang-barang tu. Mungkin kita dah perlukan barang tu lagi, tapi mungkin ada orang lain yang memerlukannya. One's trash is another's treasure.
BalasPadamsemoga usaha sebegini diteruskan...
BalasPadambagusnya aktiviti macam nie..hopefully untuk event seterusnya ia akan dapat dijalankan dengan lancar...
BalasPadamRegards,
-Strider-