30 Oktober, 2014

Makanan Untuk Gelandangan Oleh Al-Waasi Dan PandanPrihatin

15 ulasan
Assalamualaikum...


Makanan Untuk Gelandangan Oleh Al-Waasi Dan Pandan Prihatin - Program edaran makanan untuk gelandangan di sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur diteruskan lagi pada malam cuti sempena Deepavali baru² ini oleh team Al-Waasi dengan kerjasama NGO Pandan Prihatin... :) 



Barisan Aktivis Al-Waasi Dan Pandan Prihatin

Walaupun rancangan dibuat pada saat² akhir... namun ramai juga yang dapat turut serta... dan ini adalah antara barisan aktivis yang turut serta... pada malam itu program kami telah disertai oleh 3 orang wakil dari NGO Pandan Prihatin (berbaju merah) yang ingin turut sama merasai sendiri pengalaman bersama gelandangan ini... (y)



Makanan Untuk Gelandangan Oleh Al-Waasi Dan PandanPrihatin

130 bungkus makanan telah disediakan... menu pada malam itu adalah nasi lemak kukus, roti, kek dan air...



Makanan Untuk Gelandangan Oleh Al-Waasi Dan PandanPrihatin

Idah telah membawa si Kakak bersama buat pertama kalinya (dah habis UPSR kan) dan juga kakak idah serta anak²nya... kesemua mereka pertama kali mengikuti program makanan untuk gelandangan ini... 


Makanan Untuk Gelandangan Oleh Al-Waasi Dan PandanPrihatin

Lepak seketika sementara menunggu aktivis yang lain tiba... hujan turun lebat dan juga dingin pada malam itu... namun tidak melemahkan semangat kami terutamanya anak² ini... :)


Makanan Untuk Gelandangan Oleh Al-Waasi Dan PandanPrihatin

Sedikit taklimat dan garis panduan diberikan oleh pengerusi Al-Waasi kepada semua peserta untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku...


Makanan Untuk Gelandangan Oleh Al-Waasi Dan PandanPrihatin

Seperti biasa... sebelum kami memulakan langkah... doa dibacakan bagi memohon kepada yang maha Esa agar dipermudahkan langkah kami pada malam itu dan juga diberkati segala usaha kami...


Makanan Untuk Gelandangan Oleh Al-Waasi Dan PandanPrihatin

Lokasi pertama yang kami ziarah pada malam itu adalah di sekitar Masjid India... nampaknya tiada NGO yang memberikan mereka makanan pada malam itu... kasihan... mereka buka dan makan bekalan yang kami berikan sejurus menerimanya.... ermm... sungguh menyentuh hati... :(


Aktivis Menyapa Gelandangan

Makanan dan pakaian kami berikan kepada semua gelandangan tanpa mengira bangsa dan agama mereka... sambil menyapa dan bertanyakan khabar... :)


Makanan Untuk Gelandangan Oleh Al-Waasi Dan PandanPrihatin

Kemudian kami ke lokasi seterusnya iaitu perkarangan Menara Maybank... 


Menyantuni Gelandangan

Gelandangan adalah terdiri dari pelbagai bangsa dan kerakyatan... masing² dengan pelbagai kisah  mereka sendiri... 


Perkarangan Menara Maybank

Untuk memahami lebih mendalam maksud gelandangan boleh baca di SINI... :)



Perkampungan Gelandangan

Langkah diteruskan lagi ke perkampungan gelandangan... malam semakin larut dan cuaca juga semakin dingin... 



Makanan Untuk Gelandangan Oleh Al-Waasi Dan PandanPrihatin

Lelaki yang ditemui ini adalah dari sabah yang mana ingin mencari rezeki dan mencuba nasib di Kuala Lumpur...


Makanan Untuk Gelandangan Oleh Al-Waasi Dan PandanPrihatin

Buat pertama kalinya... kami menjumpai sebuah keluarga yang 3 generasi hidup bergelandangan... nenek, anak dan cucu... memandangkan kos rasa hidup yang meningkat saban tahun... tidak mustahil semakin ramai rakyat malaysia akan hidup bergelandangan seperti ini... :(


Makanan Untuk Gelandangan Oleh Al-Waasi Dan PandanPrihatin

Habis kesemua makanan yang kami edarkan... kami berkumpul semula ditempat pertemuan kami pada awalnya... sesi post-mortem pendek dijalankan disini...



Makanan Untuk Gelandangan Oleh Al-Waasi Dan PandanPrihatin

Terserlah kegembiraan pada wajah mereka ... dan pastinya mereka akan lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang mereka ada pada hari ini... :)



Nasi Lemak

Nasi lemak kukus yang kami bekalkan kepada para gelandangan... kami juga turut merasainya bersama²... andai sedap kami rasa... maka begitulah juga apa yang mereka rasa... :)



Makanan Untuk Gelandangan Oleh Al-Waasi Dan PandanPrihatin

Sambil makan.. kami juga membincangkan program Al-Waasi yang seterusnya... 


Alhamdulillah... segalanya dipermudahkan... tiada perkara yang diluar jangkaan berlaku... program tamat lebih kurang jam 12:00 tengah malam... :) Andai ada yang ingin merasai pengalaman seperti ini... atau berhajat untuk berkongsi sedikit rezeki yang ada bersama mereka... boleh hubungi idah di acikidah@gmail.com atau boleh terus ke facebook rasmi Al-Waasi...



Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi turun pada malam itu... walaupun dalam keadaan cuaca yang menyulitkan... penghargaan terima kasih juga kepada team Pandan Prihatin kerana sudi berkolaborasi dengan Al-Waasi dan jangan serik yerr... :D semoga berjumpa lagi di program² yang seterusnya... k babaii... (y)



15 ulasan :

  1. Allah...kesiannya.
    Tgk depa mula teringat dl2 rjin blk KL time mlm smpai sana Subuh2.tgk rmai tdo cmni la....hai la

    BalasPadam
  2. Syukur Alhamdulillah. Ada juga yang sudi membantu golongan tidak bernasib baik ni..

    BalasPadam
  3. ini adalah satu aktiviti dan pekerjaan yang mulia sekiranya dilakukan dengan seikhlas mungkin...

    BalasPadam
  4. keep it up al wasi..kasihannya sampai 3 generasi.duduk di KL memang biasa tengok gelandangan ni..cmanelah diorang survive

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...Rezeki mereka..Nway apa cerita program gelandangan yang kecoh-kecoh hari itu...

    BalasPadam
  6. Bestnya bestnya. Moga Allah beri yg terbaik untuk kerja murni ni :)

    BalasPadam
  7. semoga ada peluang utk saya join satu hari nanti ...

    BalasPadam
  8. tersentuh melihat keadaan seperti ni
    moga saya pun berpeluang melakukan benda seperti ni

    BalasPadam
  9. seronok jadi aktivis macam ni.... hurm... sebak tengok kehidupan gelandangan :(

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah... semoga Allah sentiasa merahmati & memberkati segala usaha yg dilakukan... aamiin.

    BalasPadam
  11. Simpati lihat nasib mereka ni. Mulianya hati para aktivis. Moga kalian sentiasa diberkati Allah.

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D