27 Februari, 2014

Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

19 ulasan

...السلام عليكم


Apa saja yang kita ada... tidak baik lokek... itu pesan mak dulu... sedikit sama dirasa... banyak sama dikongsi... pengalaman yang kami timba dalam membantu golongan gelandangan... kami turut berkongsi dengan persatuan² dan sahabat² yang lain... kami ingin mereka juga merasakan apa yang telah kami rasa disaat menghulurkan sedikit bantuan kepada golongan ini... kami suka berkongsi pengalaman kami dengan sesiapa saja....


Alhamdulillah... pada jumaat lepas 21 Februari 2014... sebuah persatuan kebajikan yang lebih kepada kebajikan untuk ahli² dan penduduk sekitarnya yang menggelarkan pertubuhan mereka sebagai Persatuan Sahabat Jiwa Murni... telah melantik idah dan skuad Al-Waasi' sebagai perancang dan sekaligus mengetuai rombongan persatuan mereka untuk turut sama² membantu golongan gelandangan ini di sekitar kuala lumpur...






Ziarah Gelandangan


Pertemuan ditetapkan di suatu tempat dan pengerusi kedua² persatuan memberi sedikit kata² pembukaan dan diteruskan dengan sedikit taklimat yang disampaikan oleh pengerusi Al-Waasi' (ditengah-tengah) berkisar tentang gelandangan dan apa yang boleh dan tidak boleh peserta lakukan... 




Ziarah Gelandangan

Selesai taklimat... bacaan doa dibacakan memohon agar niat suci kami ini diberkati dan dipermudahkan olehNya...





Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

Tepat jam 10:30 malam perjalanan kami menuju ke pusat bandar kuala lumpur dimulakan.... sebanyak 6 buah kenderaan semuanya... ini pertama kali kami melaksanakan program #makanan_untuk_gelandangan dengan bilangan peserta yang sebegitu ramai...





Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

Lokasi pertama kami adalah di kawasan belakang Jalan Bunus... berebut² peserta untuk mengambil peluang memberikan bungkusan makanan kepada gelandangan...





Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

Peserta mengagih-agihkan makanan, pakaian, selimut dan lain²...





Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

Oleh kerana kali ini kami memulakan program dengan lebih awal sedikit... ramai gelandangan yang masih belum tidur... mereka duduk² untuk menunggu hari gelap sambil bersembang sesama sendiri...





Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

Tersentuh rasa hati... apabila barangan yang kita berikan terus saja di sarungkan ke tubuh... menunjukkan memang mereka memerlukan... 





Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

Ada juga gelandangan yang meminta seluar... kerana katanya seluar yang dipakainya sudah koyak... tetapi kebetulan pada malam itu kami tidak membawa stok seluar... terkilan rasa hati... 





Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

Selesai di Jalan Bunus... Skuad Al-Waasi membawa rombongan ke Perkampungan Gelandangan pula...





Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

Barangan di agih²kan mengikut kesesuaian...





Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

Bantuan diberikan tanpa mengira agama dan bangsa... semuanya kami berikan layanan yang sama rata...





Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

"Kakk... saya tak dapat lagi makanan...!" kata abang yang berbaju biru itu... bergegas idah carikan bungkusan berisi makanan untuknya... alhamdulillah... masih ada... kemungkinan semasa rombongan lalu memberikan makanan dia tiada disitu pada awalnya... 





Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

Skuad Al-Waasi (Fizha & Zaty) sedang mencarikan saiz baju yang sesuai untuk abang nie... rasanya tiada yang sesuai untuk abang nie... tapi disebabkan dia amat memerlukan pakaian... dia ambil juga walau pun kami rasakan sendat sikit untuk tubuhnya... persatuan kami memang kekurangan pakaian lelaki yang bersaiz besar begini...





Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

Pada program kali ini... Skuad Al-Waasi hanya membawa rombongan Sahabat di 2 kawasan gelandangan sahaja... kerana memandangkan ini pengalaman pertama mereka menziarahi gelandangan dan juga kebanyakan dari ahli persatuan sahabat adalah terdiri dari kalangan mereka yang telah berusia...




Diakhir program... seperti biasa kami mengadakan sesi post-mortem dan perkongsian isihati bersama peserta² di samping persatuan sahabat menyediakan sedikit juadah untuk kami semua... kebanyakan dari mereka meluahkan perasaan sukar untuk mempercayai yang di dalam negara kita yang kaya ini masih ada golongan seperti ini yang tiada tempat perlindungan... dan macam² lagi luahan hati dan perasaan mereka... bercampur baur semuanya...






Ziarah Gelandangan Bersama Persatuan Sahabat Jiwa Murni.

Inilah ahli dari 2 persatuan yang berkolaborasi pada malam itu.... meninggalkan anak², suami, isteri, dan juga tempat tidur yang empuk... semata² untuk membantu dan menziarahi golongan yang kurang bernasib baik ini... 


Semuga apa saja yang kami lakukan pada malam itu... dapat menyebarkan nilai murni kepada insan² di luar sana... agar turut sama membantu mereka² yang kurang bernasib baik walau dengan apa cara sekali pun.... :)



19 ulasan :

  1. Tahniah dan terima kasih kerana membantu mrk yg sangat memerlukan ini...masih ramai golongan daif miskin di negara kita yg makmur ni ya...kalau idah x post ke blog kak xtahu bgtu jg yg lain ada yg xtahu...semoga kerja2 kebajikan ini berterusan n ada jln penyelesaian kehidupan yg lbh sempurna utk mrk yg malang ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ...

      erm, rakyat msia ke tu? sedihnya, ingatkan kebanyakan gelandangan rakyat luar yg nak jimat kos sara hidup, macam indo ke india ke..

      Padam
  2. terasa sebak di hati bila tengok picture semua tu. kekadang terfikir dan bersyukur kerana kehidupan akak jauh lebih baik dari mereka...

    teringin nak berkongsi juga.. kenapa mereka menjdai gelandangan. dorang pun anak kepada seseorang/ibu kepada seseorang/saudara kepada seseorang...

    apakah yg menyebabkan kehidupan melarat sebegitu sekali kan... even pendatangasing pun ada kehidupan yang lebih baik dari mereka... sedih..

    BalasPadam
  3. hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kak idah dan semua rakan persatuan.. siapa sangka di malaysia yang dikatakan mewah ini masih ada golongan yang bergelandangan, tidak cukup makan dan tiada pakaian.. syukur dengan adanya NGO seperti kak idah ini dapatlah membantu mereka itu..

    BalasPadam
  4. Assalam.sis..klunak sponsor ble lebih detail pm saya dekat fb ek..
    https://www.facebook.com/cynta.ieda

    BalasPadam
  5. alhamdulilah ada insan yang berhati mulia membantu ornag dalam kesusahan.. sayu melihat gambar2 di atas

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. syabas. Satu usaha yg sgt mulia. Semoga Allah jua yg membalas dgn kebaikan di dunia & akhirat.. aamiin.. All the best semua.. :)

    BalasPadam
  7. Masalah gelandangan ni tak akan habis kan..rasanya perlu ada plan jangka panjanglah acik idah..maybe ada mereka-mereka yang baik hati untuk sediakan rumah-rumah khas untuk mereka...kena cari sponsor macam TS syed Mokhtar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sya Allah.. itu antara cita2 kami Raudzah... untuk membina tempat perlindungan bagi gelandangan... mohon doakan cita2 kami menjadi realiti.. :)
      TQ sis..!

      Padam
  8. Alhamdulillah, moga usaha murni kalian semua diberkati.

    BalasPadam
  9. Nampak dorang ni sihat2 jer yer kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan semua gelandangan itu tidak bekerja... tetapi gaji yang mereka terima hanya mencukupi untuk makan dan ubatan sahaja...

      Padam
  10. smoga usaha murni ni diberkati.. amiin..

    BalasPadam
  11. Dimanakah duit kebajikan dan zakat disalurkan. Tidak nampakkah mereka akan golongan ini. Semoga usaha murni ini dapat menggembirakan mereka dan diberkati. amiin...

    BalasPadam
  12. Begitu besar pengorbanan yang dilakukan oleh akak dan rakan-rakan. sesungguhnya hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas budi baik yang akak dan rakan-rakan lontarkan...tapi saya ada persoalan skit..agaknya wang seperti Brim tu smpai tak kepada golongan macam nie??

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Lan...
      Berkenaan BRIM tu... ada yang terima dan ada yang tidak... kerana informasi tu tidak sampai kepada mereka... apply kena melalui online.. dan juga penerima perlu ada akaun bank... jadi ada kekangan disitu...

      Padam
  13. Assalamualaikum, akak juga amat bersimpati dgn keadaan mereka dan kerajaan atau pun parti2 yg dok gaduh sesama sendiri tu cuba guna kan kelebihan yg ada untuk membantu insan2 yg mcmni..sungguh murni Idah menyatukan insan2 lain yg sama berhati murni utk membantu mereka, bagaimanakah caranya untuk akak salurkan samada pakaian atau apa2 bantuan yg akak mampu dengan rezeki Allah bg walau xbanyak. atau bagaimana nak tau hari apa bila persatuan turun mengedarkan makanan pd gelandangan, email saya eryzaabuhassan@ymail.com

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D