28 Februari, 2014

Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh.

16 ulasan
...السلام عليكم



Semasa idah ke Pagoh, Johor... dalam program Insan Prihatin Warga Emas tempohari... rupa²nya tidak jauh dari rumah yang kami tinggal itu adalah terletaknya Makam Sultan Alauddin Riayat Shah... makam ini terletak di Kampung Raja, Pagoh, Johor...




Terlanjur dah terlalu dekat tu... kami singgah juga walaupun hanya seketika...



Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh.

Sultan Alauddin Riayat Shah adalah sultan Melaka yang ketujuh, memerintah dari tahun 1477 hingga 1488. Sultan Alauddin memerintah kerajaan Melaka selama kira-kira 11 tahun. Baginda merupakan sultan yang bijaksana dan tidak terlalu bergantung kepada Bendahara Tun Perak di dalam mentadbir negeri. 



Sejarah Melayu menggambarkan baginda sebagai raja yang bertanggungjawab dan adil. Baginda sendiri mengamankan negeri Melaka dan jajahannya. Pentadbiran keselamatan dalam negeri berjalan dan lengkap dengan balai-balai pengawalnya...


Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh.

Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh.

Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh.

Makam ini adalah makam Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, raja Melaka sebagai yang dibuktikan pada ukiran batu nesannya. Tertulis dalam bahasa arab dan terjemahannya adalah seperti berikut :

"Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.
Ini ialah kubur yang cemelang almarhum sultan yang suci.
Sultan Alauddin Ibni Sultan Mansur Shah, Ibni Sultan Muzaffar Shah, rahmat dan kesejahteraan
Allah barang terlimpah ke atas  roh mu wahai wali Allah yang terpilih."


Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh.



Adalah dipercayai Kampung Pagoh ini sudah ada pada zaman kerajaan Melaka dan sebuah istana telah terdiri di kawasan ini. Kerana pada masa kerja membina masjid yang ada ini dijalankan, beberapa banyak kepingan tembikar zaman Ming (Zaman raja² china T.M. 1368-1644) telah dijumpai di sini. Tambahan pula, Sultan Ahmad putera Sultan Mahmud telah berundor dan bertahan di Pagoh selepas Melaka di kalahkan oleh Portugis.



Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh.

Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh.

Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Pagoh.

Idah dan teman² abadikan kenangan di hadapan makam baginda sultan... :)


16 ulasan :

  1. Saya belum pernah pergi lagi ke sini.

    P/S: Berkenaan Tetamu Istimewa tu nanti acik idah maklumkan kepada saya semula, bila. Dan berikan butiran peribadinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah.. belum pernah pergi juga.. :)

      makam ni bersih dan terjaga la

      Padam
  2. dah lupa turutan sultan-sultan melaka ni...history revisited..

    seram juga tengok batu nisan balut2 dengan kain kuning...

    BalasPadam
  3. Pernah ke sana waktu zaman sekolah.. jln2 cuti sekolah sekeluarga dolu2. Lama tak teringat ttg ni sampailah terbaca kisah di entri ni.. Nice sharing acik idah.. :)

    BalasPadam
  4. Salam sabtu acik idah..Terjaga rapi makam nikan..semuanya nampak masih baru..

    BalasPadam
  5. selalu terdengar nama sultan ni masa study sejarah kat sekolah dulu..

    BalasPadam
  6. Kalau sultan dulu2 bu kuat daulatnya...bukan macam sultan sekarang

    BalasPadam
  7. Bestnya dpt melawat tempat tempat yg mcm ni

    BalasPadam
  8. aiza belum pernah sampai di sini lagi kak..

    BalasPadam
  9. Kita pun sama juga nanti...meninggal dan dikebumikan belum tentu ditanah tumpah darah. Elok dan terjaga sekali makam tu.

    BalasPadam
  10. owh...makam sultan melaka nie kat pagoh rupanya...tak tahu plak sebelum ini...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  11. Sultan ini terbaik di zamannya kerana diriwayatkan sejak kecil sanggup pergi belajar agama dgn ulama jauh dari istana. Dikatakan pnh berkata menolak utk dinobatkan sbg pengganti raja kerana baginda melihat amanah sbg pemimpin sangat besar di sisi Allah. Kerana itu ketika mentadbir negeri, beliau sanggup turun padang utk mengetahui masalahah ummah dan negeri, turut bertempur dgn perompak. Inilah ciri2 sultan berjiwa Islamik yg kita rindui... syabas kpd penduduk negeri kelantan yg mempunyai raja yg disegani.

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D